Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, May 24, 2011

Asam Pedas Daging



Assalamualaikum. Bersiaran dengan resepi Asam Pedas Daging pepagi ni. Tu menu semalam, jadi dah abiss yerk..Ari tu tengok Izahdaut buat.....jadi teringat2 lak selagi tak merasanya.....mengalahkan orang mengidam kan..kikiki....Mas guna daging yang kat bahagian tulang sum2 lembu tu...tak tahu lak nak menyebut namanya.....memang best...rasa kenyal2 jerk...first time tau Mas makan daging bahagian tulang sum2 ni....sedappp...kata Ijah resepi Asam Pedas Daging ni dari Sya Annur dari Myresepi. Hmmm..memang best asam pedas ni...licin kuah tu Mas hiruppp....he..he...

Asam Pedas Daging
Bahan :
  • 1/2 kg daging - direbus hingga empuk
  • 10 biji cili kering
  • 3 biji bawang merah @ 1 biji bawang besar
  • 1/2 inch halia
  • 1/4 inch lengkuas
  • 1 batang serai
  • sedikit belacan *saya tambah
  • blend@tumbuk semua bahan di atas smpai lumat (kecuali daging la, hehe)
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • Daun kesum
  • 1 sudu makan paste asam jawa * Mas dan Izah tambah
  • Sedikit rempah tumis ( Cengkeh, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis & Buah Pelaga )
  • Garam dan Gula secukup rasa

Cara memasak :
  1. Toskan daging yang telah direbus tadi. Kemudian hiriskan
  2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah bersama dengan bahan yang telah digiling tadi.
  3. Apabila bahan yang ditumis tadi naik baunya, tuangkan baki air rebusan daging tadi kedalam periuk.
  4. Masukkan daging, buah tomato dan daun kesum. Juga garam, gula dan jus asam jawa secukup rasa.  
  5. Biar ia mendidih dan rasa,jika ok boleh tutup api.


23 comments:

  1. Salam kak mas!!!! selamat pagiiiii!!! nak join kita mkn puding tak? ni kita bwkkan akak puding, mangga tak cukup carik sendirik hihihi.... asam pedas daging!!!!!! i loikeeeee!!!! sedapnyer! alamakkk! ari ahad beli daun kesum sampai skrg tak terguna lagi kang kuning lerrr daun kita tuuu :D nak masak daging asam pedas ni pulak daging kita tggl sikit jerrr hihihi...nak buat guna ikan pun ikan tak de :D

    ReplyDelete
  2. sedap, tengok rupa pun dah tau sedap sgt nih, harus tambah nasik tiga kali.. hihi

    ReplyDelete
  3. ijayuji,

    ika.....meh hulur puding tu dulu..kikiki...
    ika pun minat asam pedas yerk..
    best kan....kak mas kalau makan asam pedas, sampai menghirup kuah tu...kikiki
    ala...ayam pun sedapp gak kan buat asam pedas....cian daun kesum tu dah kuning....he..he...

    ReplyDelete
  4. kak Sari Yusa Ibrahim ,

    akak..memang sedapp kak..
    bertambah lak nasi..he..he...

    ReplyDelete
  5. akak suka asam pedas daging tetel sebab ada lemak lemak gitu..err daging kat tulang sum sum tu camner ye? hihi tk kenal laaa..

    ReplyDelete
  6. kak mas.. ni fist time tun nengok daging wat asam pedas ni... terasa jakun pulak.. tun masak daging biasa 2-3jam baru empuk, mmg xde skill.. huhu

    ReplyDelete
  7. kak zarin,

    akak..give me 5....sama la kita...he..he..
    daging kat tulang sum2 tu, mas tengok dagingnya sikt jer melekat kat yang putih tu....bukan lemak tau sebab keras....bila dah rebus...yg putih tu jadi kenyal2.....sedapppp...
    mas beli kat carefour ari tu kat bahagian daging...dah siap bungkus....tengok lat label tu tulis tulang sum2....agaknya daging kat bahagian tulang sum2 tu kot...
    memang best ...
    mungkin kak nor, kak ummi @ sesiapa tahu daging bahagian ni....

    ReplyDelete
  8. tun_telani,

    tun...try la buat asam pedas daging ni..
    memang best...
    kak mas pun rebus guna rice cooker dalam 2 jam 1/2 juga.....baru daging empuk elok...kikiki

    ReplyDelete
  9. Salam MAs...rasanya dah lama benar ira tak masak asam pedas ni. Orang kelatan katakan. Kalau ira gantikan dgn ayam boleh tak?

    ReplyDelete
  10. Wanieyra,

    haaa..kena masak asam pedas la pulak tu......he..he..
    ngan ayam pun sedapp tau....

    ReplyDelete
  11. Assalam Mas..
    Akak x pernah lagi buat dan makan asam pedas daging.. tapi bila tengok geng2 blogger buat masakkan asam pedas daging nie..teringin ler.. pulak nak buat...

    ReplyDelete
  12. aku pernah makan tp tak pernah buat lg..leh cuba gak ni..ada daging..hehe

    ReplyDelete
  13. ASssalam mas,
    akak pun baru semalam masak daging asam pedas juga, tapi ada buh kerisek ..hehe..lain kali boleh cuba yang ni pulak lah..

    ReplyDelete
  14. Mas,kalau ada tetel sikit lagi ummph,,memang menjilat pinggan nanti..hirup kuah mak oiii sedapnyerkan

    ReplyDelete
  15. Ambooiii Mas..ngencesss sungguh tgk asam pedas tuh! ^__^

    ReplyDelete
  16. Mas,
    lama akak tak makan daging asam pedas ni...payah la nak cari daging yg ada tetel. Biasa diorang buang semua..
    terliur tengok

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum mas ~
    akak dah terliur tgk nie mas.. wah nasib minggu nie hubby akak x nak makan daging.. kalau x mesti nak masak gak nie... x per2.. nxt wk ada lag.. Insyaallah!

    ReplyDelete
  18. Assalam kak,nmpk sedap,xpernah lagi wat ngan daging,selalu ngan ikan jer..Bebaru nih wat asam pedas ketam,sedap gak..

    ReplyDelete
  19. Looks too good..

    New to ur space and Following U :)

    Do visit me as time permits
    http://comeletseat.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Mas,
    Kalau lauk asam pedas mmng kegemaran akak ni..tak kisahlah daging ke, ikan, ayam...semuanya akak suka..oh asam pedas...laporlah...

    ReplyDelete
  21. Assalam Mas, amboi sungguh menyelerakan asam pedas mas ni...akak nk kena pi cari daging dulula...hehe

    ReplyDelete
  22. sedap menu mas hari ni..kalau di melaka diorang buat asam pedas daging ni diorang letak daun limau purut jugak mas..isshh...ngences jugaklah tgk ni..

    ReplyDelete
  23. sedap menu mas hari ni..kalau di melaka diorang buat asam pedas daging ni diorang letak daun limau purut jugak mas..isshh...ngences jugaklah tgk ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...