Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, May 15, 2011

Apam Labu



Assalamualaikum. Hmmm..resepi labu lagi kan, ni penghabisan labu yang Mas beli ari tu, sebenarnya Mas beli sebiji labu, tak ada la besar sangat, tapi bila dah dikukus, banyak lak isi labu tu, jadi Mas simpan baki labu yang dikukus tu dalam freeze dengan cara simpan labu dalam bekas bertutup rapat dan letakkan dalam freeze, insyaAllah dalam 4 ke 5 hari, labu tu masin elok, bila nak guna, keluarkan dulu dan Mas cedok labu tu dengan sudu bersih dan kering dengan jumlah yg diperlukan saja dan biarkan dulu dalam suhu bilik baru guna. Jadi lebihan labu tu simpan balik. Tak membazirkan. Untuk senangkan kerja, masa mengukus labu tu, Mas basuh labu tu bersih, kemudian belah 8 menggunakan pisau besar dan dengan menggunakan sudu, korek tengah labu tu untuk membuang biji dan selaput labu, kemudian kukus hingga labu masak dan lembut, sejukkan dulu baru korek isi labu menggunakan sudu dan boleh digunakan, lebihan labu tu boleh disimpan.


Berbalik pada kisah Apam Labu ni, Mas dapat resepi hasil skondeng kat Myresepi. Terima kasih pada Kak Hasiah yang sudi berkongsi resepi Apam Labu ni....best tau Apam Labu ni, lembut jer walaupun dah sejuk....kali ni Mas buat 1 adunan untuk menghabiskan stok labu tu walaupun rakyat kat rumah ni tak de la ramai pun. Dapat juga kasi kat jiran sepinggan. Apam Labu ni rasanya agak lemak2 manis, terasa labu tu....kiranya pada tekak Mas, memang sedapppp....jadi untuk sesiapa yang ada labu tu...apa salahnya mencuba Apam Labu ni lak...sedappp tau...

Apam Labu
Bahan ( lebih kurang 30 biji ) :
  • 300 gm labu
  • 400 gm tepung gandum - diayak
  • 200 gm gula pasir
  • 3 biji telur
  • 400 ml santan @ susu segar
  • 1 bungkus yis
  • 2 sudu kecil baking powder - diayak sekali dgn tepung gandum
  • sedikit garam

Cara membuatnya :
  1. Labu di rebus kemudian blender dengan santan.
  2. Pukul telur, gula dan garam sampai kembang.
  3. Kemudian masukkan yis. Pukul lagi sampai sebati.
  4. Bila dah sebati, masukkan labu yang di blender dengan santan tadi.
  5. Masukkan juga tepung yang telah di ayak dengan baking powder. Pukul lagi sampai sebati semuanya.
  6. Simpan adunan selama 1jam. Mas tutup bekas adunan tu.
  7. Akhir sekali, kukus selama 10 - 15 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut dengan kain supaya wap tidak menitis atas apam tu.

23 comments:

  1. Assalamulaikum Mas

    Kuning mata hitam ku.. hahaha. Cantik berseri2 memukau mata memandang, begitulah keajiban sentuhan tangan seorang isteri dan ibu yang rajin sangat memasak ni. Cantik mulus dan nampak gebu apam labu ni. Kak ct belum pernah cuba, kecuali buat bingka labu jer. Bagus ni bagi idea kat kak ct Mas... maechhhh.. cayang Mas. muahhh!

    ReplyDelete
  2. MAS.. tak kuat sangt ke rasa yis tu.. bnyk gak satu bungkus tu kan...
    hmm mana sedap ngn apam yg dari resepi apm keledek tu mas...
    rasa nk jugak buat ni..

    ReplyDelete
  3. oo mkcik.. ko tak nh buat ye apam yg resepi derhaka dri keledek tu.. ok tak pe.nnti aku nk jugk try resepi ni.. nanti ade labu ko kna try kuih bingka labu lak. fuh yg tu best!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Mas,
    Akak mmng ada labu kat dapor tu, rasanya nak wat apam mcm ni gaklah...mudah tu, yakyah kopek..kukus je...tq Mas..

    ReplyDelete
  5. Assalam Mas..
    singgah jap petang nie... waaa sedap nyer apam labuu nampak gebuss jew.. waduhh mengancam betoi apam labu kuning di raja nie..

    ReplyDelete
  6. kak ct ,

    akak..mas lak belum try lagi bingka labu..nak buat gak nanti..he..he..
    selamat mencuba kak ct...

    ReplyDelete
  7. izahdaut,

    sedapp jerk apam ni makcik..tak terasa pun yis tu...klu kau takut rasa yis kuat sangat, kau kurangkan sikit yis tu..
    pada aku lebih kurang sama gak ngan apam yg resepi derhaka dri keledek tu..
    wehhhh..aku sebetulnya dalam dilema antara apam ni ngan bingka...last2 masa sukat lebihan labu ni...cukup untuk wat apam jerk....tu yang mengapam lagi...kikiki

    ReplyDelete
  8. kak yatie,

    akak..buat cara mas tu..senang..tak yah susah2 nk kopek labu tu...

    selamat mencuba kak..tak sabar lak nak tengok apam labu kak yatie lak...

    ReplyDelete
  9. kak Nur Ede,

    akak..tu la pasal..labu ni memang kuning betul...he..he..

    ReplyDelete
  10. Salam mas, akak baru nak menyalin resipi donut labu nih..tup..tup..dah kuah kuih labu versi lain lagi plak ni...mana 1 nak buat ni..ayyooooo...(tepuk dahi jap)..heheheh...

    ReplyDelete
  11. kak Rabiatun,

    akak..buat la satu2 dulu..he..he..
    labu ada banyak kan...

    ReplyDelete
  12. Mat Gebu,

    che mat....kikiki...mengancamkan warnanya......labu ni memang kuning betul....

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum mas....
    kat umah akak ada labu sebiji nie mas.. boleh buat nie.. ehhehee...;)

    ReplyDelete
  14. kak Diana @ Melley Mey,

    selamat mencuba kak....
    labu kat rumah mas dah abiss..layan pisang lak lepas ni...he..he..

    ReplyDelete
  15. Wah wah! Apam labu. Tak pernah makan. Mesti sedap sangat ni sebab saya suka labu kuning ni.

    Thanks for the recipe ;)

    ReplyDelete
  16. ShashaCatering,

    selamat mencuba shasha...memang best tau aspam ni.....

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum..
    mas.. kalau ayu tengah demam..
    sure tekak nak makan yang enak2
    melihat apam labumu y kuning..
    wah.....
    meleleq air liurku

    nak!!!

    ReplyDelete
  18. Salam ziarah..cantik dan gebunya nampak apam labu tu

    ReplyDelete
  19. Assallamualaikum Mas..
    Sorry dah beberapa hari tak jenguk blog Mas.. Lepas masalah blogspot ari tu, nak amik mood balik utk update blog lambat sikit..

    Mas, kuning mata hitamku ini tg apam labumu itew...Montoknya...

    ReplyDelete
  20. Citarasa Rinduan,

    ayu..moga cepat2 sihat yerk...
    dah abiss la ayu..he..he..

    ReplyDelete
  21. IXORAROXI ,

    salam kenal ixora..
    maceh sudi bertandang...

    ReplyDelete
  22. kak naz,

    akak..memang best apam labu ni...
    try la buat...kikiki

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...