Search This Blog

Tuesday, March 22, 2011

Pau Gebu ( water roux)



Assalamualaikum. Meh layan Pau Gebu Water Roux  Ros ni. Memang lembut gebu macam yang Ros cakapkan. Mas letak inti kacang merah untuk pau ni. Sajer buat kecik2 comei ...senang bebudak nak maman..kalau maknya..dua kali ngap dah abiss sebiji ....muahahaha... 
Untuk baking powder tu Mas letak double action baking powder...sebab pau2 yang Mas buat sebelum ni memang Mas letak double action baking powder dan hasilnya tetap menjadi pau Mas ni. Maceh untuk Ros sudi kongsi resepi pau yang best ni.

Pau Gebu Water Roux
Bahan :
  • 500 gram tepung pau ( low protein flour)
  • 3 sudu besar shortening  @ lemak sayuran
  • 220ml air suam+1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula 
  • 2 sudu kecil baking powder - Mas letak double action baking powder
  • 4 sudu besar water roux
  • 2 1/2 sudu kecil yis
Resepi water roux :

  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air

Cara untuk membuat water roux :
  • Masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
Variasi inti bagi pau
Ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. 


Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.
  2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
  3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.
Mas dan Ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.


Nota Tambahan :
Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus .
  1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)
  2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja)
  3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)  dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.
  4. Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).

19 comments:

  1. dah salin rsp haritu tp lom smpt buat..hehee...kat dapo aku mmg guna double action bp tu, mmg beli yg tuh je..ada beza ke kalau yg bp saje tu dgn dabp?
    nanti senng aku buatle...

    ReplyDelete
  2. Gebunya pau water roux tu...akak tngh busy sesangat ni..tapi berangan dlm kepala otak ni nak wat pau...manalah pengukus yg ku simpan ni...akak pindah lagi, tu yg brng2 dlm kotak..nak selongkar baliklah ni..sblm balik nak pau gebu putih melepak ni 5 ketoi ya..hah2 tamak tu nak 5 ketoiiiii...

    ReplyDelete
  3. aku nak je menerai pau neh, tapi inti tak kacang merah tak de.ko beli kat kedai kek ke beli kat pasaraya ade ke? aku lom jumpe lagi yg ready made nyer neh.nampak gebu seh pau ko neh

    ReplyDelete
  4. ana,
    Double acting baking powder nie tak sama dgn baking powder biasa, sebab yg ini dia akan melalui proses penaikkan sebyk 2 kali, pertama masa kena cecair dia dah bertindak balas, pas tu kena suhu tinggi dia bertindak balas sekali lagi....
    jadi sesuai untuk pau...
    mas tau pun sebab baca kat resepi pau gebu CMG, kat sini http://www.myresipi.com/top/detail/1059
    kau baca komen2 tu,...banyak yang boleh dibelajar..

    ReplyDelete
  5. yesss...ada pau kat sini..akak suka pau..buat selalu pun tak per..pernah gak uat letak water roux dulu,mmg gebukan..tapi tak laa letak kat umah alam maya..hehee camera rosak,jadi senyap ajer dulu...

    ReplyDelete
  6. Kak Yatie,
    hmmm..pindah lagi yer kak..
    dok mana lak kak..
    nanti dah free akak buat la..he..he..
    dah abiss la kak....mas buat petang semalam..he..he..

    Izah,
    haaa..makcik..nanti dah buat anto kat aku sikit..he..he..
    aku beli jer inti kacang merah kat kedai kek..macam2 inti ada...pilih jer....

    ReplyDelete
  7. Kak Asma,
    akak..rindu kat akak..
    best kan pau ni bila diletak water roux..lembut gebu jer...he..he..

    ReplyDelete
  8. salam mas adik manis
    amboii pau gebu ..minta sikit kak ilah dah malas nak masak sejak2 tu... entah bila nak mula..tapi lawatan tetap jalan cuma tak tinggal jejek jer hehe..rindu sgt kat dapo..

    ReplyDelete
  9. wahh.. gebus nyer pau itu kak mas.. rajin mengepau.. (erk... pesal bunyi len macam pulak nih.. kih kih.. <- tiada maksud tersembunyi)

    ReplyDelete
  10. mas pun dah buat jugak? ish.. k.nor dah save resipi ni bila ros publish aritu.. duk hujan manjang kat ktrg ni..tunggu panas terik dulu la.. :)

    ReplyDelete
  11. yuhuuu kak mas, wah ade pau lah, nak nak, thanks ya kak, sudi mencuba resepi ros ni, cun lah pau akak, nak mengepau buleh hahahahahahaha

    ReplyDelete
  12. wah sedapnya pau tuh, nak cuba jugak nanti tp sy ni takutlah nak buat benda2 yg kena uli cam roti, pau, donut..takut tak jadi...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum...Mas...kak cek baru je buat pau aritu...tgk pau kat "rumah" Mas ni...teringin nak buat lagi lak....he he...memang suka makan pau....

    ReplyDelete
  14. Teringan nak wat pau segebu pau ni..tapi tak kesempatan lagi..mintak sebiji pun jadi lah...

    ReplyDelete
  15. ni memang saje nk menjeleskan la ni...tadi singgah umah kak izah mintak sri kaya die...
    skang nk mintak pau kak mas lak...
    nak makan puas2...lalalallala

    ReplyDelete
  16. Kak MAs.. gebus kebasnyer.. memang comel2 yang penting sedap n inti lebey ha ha ha.. lamanya x wat pau.. nak 2 bijik.. he he he

    ReplyDelete
  17. Kak MAs.. gebus kebasnyer.. memang comel2 yang penting sedap n inti lebey ha ha ha.. lamanya x wat pau.. nak 2 bijik.. he he he

    ReplyDelete
  18. Kak mas wah gebunya pau akak,lambat sampai arini msti pau dah abiskan..Dah lama toi x wat pau..Psstt akak,half adunan dapat bape biji.?sja tya sbb akak kan ratu half adunan,muahaha ,jgn marah akak..

    ReplyDelete
  19. wah sedapnya pau mas ni..gebus ni nanti nk cuba letak w/roux jugalah...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.