Search This Blog

Saturday, March 12, 2011

Bun Pandan Berkaya



Assalamualaikum. Jangan ada yang jemu dengan menu roti lagi. Ni projek petang semalam, try buat Bun Pandan Berkaya lak sebab memang Mas tak sabar2 nak buat roti ni. Cuma kasi laluan untuk Roti Yogurt dulu. Nampaknya Bun Pandan Berkaya ni juga amat memikat hati Mas. Bun ni amat2 sedapppp, gebu dan lembut  sangat. Walaupun dah sejuk, bun ni tetap lembut...asyik betul menguyahnya, dah habis seketoi, nak seketoi lagi. Makan macam tu jer pun dah cukup sedap.  Memang terbaik roti ni, harus dicuba untuk sesiapa yang belum merasanya. Kalau tak caya, tanya IzahHa SueCMG dan Zaliedana. Mereka semuanya dan mencuba dan mengakui yang Bun Pandan Berkaya ni memang betul2 sedap. Maceh untuk tuan resepi kak Rinn Chan yang sudi berkongsi resepi Bun Pandan Berkaya yang sangat best ni.Lain kali Mas nak ikut cara  Kak Rinn Chan, sapu kaya pada doh dan gulung. Boleh tengok caranya kat dapur Kak Rinn Chan. Kali ni Mas tak letak kaya dan kelapa kering atas doh tu, sebab Mas letak kaya dalam roti sebab Ain ngan Daniel suka inti kaya. Sedapp tau.

Bun Pandan Berkaya
Resepi Asal : kak Rinn Chan
Sumber : IzahHa SueCMG dan Zaliedana
Bahan :
  • 350 g tepung roti (high protein flour)
  • 200 ml air sejuk (dari peti sejuk) * Mas dan Izah letak 200ml santan sejuk
  • 50 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 3 camca teh instant yeast
  • 1 camca teh bread improver
  • 20 g serbuk santan * Mas dan Izah tak letak
  • 1 camca besar susu tepung  
  • 1 biji telur kecil - Mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
  • 30 g mentega
  • 1 camca teh pandan paste
Bahan Hias :
  • Kelapa kering secukupnya
  • Seri kaya secukupnya
Cara Membuatnya :
Untuk Doh : 
Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. 

Kaedah Lain ( menggunakan Breadmaker ) :
  1. Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit dengan api atas bawah. Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi @ teh jgn lupa yeaa...
Kalau nak buat kaya roll pun ok, canai adunan rata2, sapu kaya dan gulung macam swiss roll, pastu kerat dan susun. Bila sampai waktu membakar, spray air dan tabur kelapa kering.
Nota Mas :
Mas lapikkan loyang dengan aluminium foil dan sapukan marjerin, sebelum tu sapukan sedikit marjerin pada loyang baru letakkan aluminium foil supaya aluminium foil lekat elok pada loyang. Ini supaya senang nak keluarkan roti nanti dengan cara angkat jer aluminium foil tu keluar dari loyang dan roti tak kemik2 sebab sapuan telur + susu tu menyebabkan roti melekat pada loyang selepas dibakar.

11 comments:

  1. pandainyer akak...hijau...menyelerakan...nak balajr nih..boleh

    ReplyDelete
  2. mas..aku pun suke giler ngan roti ni..nanti kite buat roll pulak ek..wehhhh... nk kuar jenjalan ke..owwhh sedisss

    ReplyDelete
  3. dah gatal tgn mcm nak buat roti nih tp lepas balik cuti lah...tq yer mas kongsi resepi...

    ReplyDelete
  4. Syai Hazira,
    he...he...try la buat hazira...sangat best tau roti ni..

    Izah,
    tu la makcik...aku suka sangat roti ni...lembut gila kan makcik....nnti kita sama2 buat yg roll lak yer makcik..he..he..

    Watie,
    sama2 watie..he..he..selamat mencuba yer..he..he..

    ReplyDelete
  5. Assalam kak mas,mmg betoi n xdapat di nafikan roti nih mmg terbaik yg pernah sy buat,cuma doh dia agk lembik,sy tmbah tepung lam 3sudu kut,maybe telur besaq kut,wlpun cmtu kak, roti nih ttp n lmbut gebu juga pas 3ari..smp 3ari baru abis mkn,yerla family kecik,tamak wat 1 adunan,ngee..Uish pnjg lak komen rini,daa kak mas,nak g knduri nih..

    ReplyDelete
  6. Zaliedana,
    haaa..betul3...best gila roti ni..sangat sedappp..
    kak mas suka la ngan roti ni..
    sajer simpan sikit untuk test kelembutannya..memang lembut lagi walaupun dah lama ..

    ReplyDelete
  7. Salam Mas...kita jeles ngan roti awak...rajin nya...tolong lah wat kian kita roti ni gak...

    ReplyDelete
  8. aduhai..berkenan betoi la ngan rotimu mas, berkilat & gebus ye..bila la nak jd projek meroti nih, cik falcon dah lama cuti tuh...

    ReplyDelete
  9. mas,gebus jek roti ko tuh..aku pun nak meroti gak nih..tp lom lagi laa..tggu angin rajin melintas lak..ni kejap2 je mlintas..tu pasal lom jadik lg roti aku nih..ngeee..sedap kan roti nih mas...mintak aku seketui

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..
    Mas sok akak datang umah ambik bibik melayu tu yea.

    ReplyDelete
  11. Salam. Baru je buat roti ni petang td. Thank you for the recipe. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.