Search This Blog

Saturday, March 19, 2011

Apam Snow White bertukar pink....



Assalamualaikum. N3 tertunggak dari kampung...Haaa..jangan jemu tengok ada Apam Snow White lagi, cuma kali ni dah bertukar jadi pink..boleh lihat DISINI untuk Apam Snow White yang Mas buat dulu. Saja Mas buat lagi apam yang sedap ni untuk keluarga dikampung merasa. Mas guna acuan MIL, rasanya acuan tu untuk agar2 kot, belasah jer guna...wakakaka...janji jadi Apam Snow White ni.

Apam Snow White
Bahan :
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam
Cara :
  1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
  2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
  3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
  4. Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
  5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
  6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .
  • Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
  • Jika adan nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
  • Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.


8 comments:

  1. mas
    anak akak pun suka apam snow white ni..slalu kena buat utk dia n memang kena buat kaler pink hihi

    ReplyDelete
  2. snow white dah tinggal nama... he he he tp mmg sedap kan.

    ReplyDelete
  3. salam mas

    best ek balik kg?kirim salam kat mentua ya..kata bakal jiran kim salam..wakakaka..

    ni kejap2 lagi nak buat apam gak nih..si bongsu tu dah memekak2 nak apam..nak apam...

    ReplyDelete
  4. dr jauh nmpak cam jelly td..rupe2nyer apam snow white dah tuka kaler :))) nk skit..

    ReplyDelete
  5. snow pink la plak...nak seketui wat bf...

    ReplyDelete
  6. omey nyer kaler pink! kak mas, tun x smp2 seru lg nk buat apam nih. sbb xde acuan chomey, jd terbantut sket. huhu

    ReplyDelete
  7. Kak mas,
    sy pong guna acuan agar2 arwah mil punyer..Ngee,belasah jer kak,janji apamnya jadi dah kan..Mcm berjanji wat apamkan..Kak mas,hati2 blk dri kg nnti yer..

    ReplyDelete
  8. ooo dah jadi apam snow pink la eh..kih kih kih..yg penting sodap kan mas??

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.