Search This Blog

Wednesday, February 2, 2011

Karipap Daging



Ari ni lambat sikit bersiaran disebabkan ada hal sikit pagi tadi. Meh layan karipap yang Mas buat petang semalam. Sempat gak dijadikan sarapan pagi tadi. Ni gara2 tergoda tengok karipap Kak Hana yang cantik2 tu.

Karipap Daging
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :
  • 4 biji kentang - besar
  • 3 sudu besar daging cincang
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • sedikit ikan bilis
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • garam dan gula
  • air secukupnya
Bahan kulit .
Sumber : Kak Hana
  • 250g tepung gandum
  • 4 sudu besar @ 30g minyak masak
  • garam + air sejuk @ air biasa (lebih kurang 100-110ml)


Cara :
  1. Untuk membuat inti - Blend bawang besar, bawang putih, serbuk kari dan ikan bilis. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan kentang, daging dan air. Masukkan sekali garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Tutup api. Biarkan inti sejuk. 
  2. Untuk membuat kulit karipap. Panaskan minyak. Tuang minyak perlahan2 ke dalam tepung dan gaul menggunakan sudu@garfu sebati. Jangan menggunakan tangan dikhuatiri melecur sbb minyak panas.
  3. Gaul sehingga menjadi crumble. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli doh hingga tidak melekat ditangan. Tutup doh dengan kain@plastik wrap supaya doh tidak kering.
  4. Ambil adunan tepung tadi. Canai. Terapkan dengan mulut cawan besar atau apa2 terap yang bulat. Ambil satu, masukkan inti dan kelim seperti biasa. Goreng dengan minyak panas sehingga keemasan. Pastikan api sederhana sahaja. Angkat dan toskan.
  5. Siap dihidang.

15 comments:

  1. mas,lawanya karipap tu.. akak nk 4 ketoi nk breakfast ni...kul 10am kat sini baru nk breakfast ni...hehehe p/s: ada email terbaru yer:)

    ReplyDelete
  2. lama tak makan kkaripap.. tunggulah habis dua hari ni..

    ReplyDelete
  3. Kak Nieza,
    dah habiss kak...tengahari tadi Ain habiskan...he..he..
    nanti mas check emel yer kak...

    Cikgu Isza,
    dah nak sbiss pantang cikgu,...rasa kejapp jer..
    nanti boleh makan macam2..he..he..

    ReplyDelete
  4. salam mas...
    sedapnyer mas terliur akak tengok... mcm terpanggil2 suruh buat karipap ni....

    ReplyDelete
  5. masss....ader lg tak?? akak punyer da abesss.....

    ReplyDelete
  6. assalam mas,nak karipap..!memang feveret akak ni mas..buat utk minum ptg,mmm..sedapnya.

    ReplyDelete
  7. Salam Mas,
    Inti aritu ada lagi..tapi nak wat karipap malas tul....bila tngk karipap Mas..tetiba jadi ghajen pulak....hehehehe...nak wat gaklah..

    ReplyDelete
  8. Mas, akak nk bunga rose tu yer..karipap nk 1 jer.. hehe

    ReplyDelete
  9. Kak Ita,
    haaa...kak ita..masuk cepat opis akak yg cantik tu...buat bebanyak tau..boleh mas tapau nanti..he..he..

    ReplyDelete
  10. Kak Hana,
    dah abiss la kak...suka benar ain ngan daniel tu makan..
    agaknya sebab lama mas tak buat karipap kot..

    ReplyDelete
  11. Kak Anim,
    mas pun suka kak...sedapp lak bila lama dah tak buat.....
    dah abiss la kak...he..he..

    ReplyDelete
  12. Kak Yatie,
    sayang inti tu..baik akak buat cepat...
    nanti lepas goreng jangan lupa anto subang tau.....

    ReplyDelete
  13. Kak Norma,
    haa..ni mesti minat bunga ros ni.....
    nahh kak...sekumtum bunga ros wat akak..he..he..
    nak kasi karipap dah abiss la...

    ReplyDelete
  14. Hmmm... Karipap daging! Lama tak makan. Mesti sedap nih ;-)

    ReplyDelete
  15. Kak Mas, saya nak seketoi karipap..lama dah saya tak buat karipap =0).

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.