Search This Blog

Monday, January 3, 2011

Kastard Finger Bun



Assalamualaikum. Meh jamu mata ngan roti ari ni, petang semalam Mas meroti gara2 geram tengok roti Kak Nor dan Kak Yatie yang cantik2 dan gebu2 tu. Kali ni Mas try resepi Blueberry Finger Bun Kak Nor, cuma blueberry jer dah jadi kastad dan ada bhn yg terpaksa ditukar mcm air Mas ganti dengan susu segar sebab susu tepung tak de....dan butter Mas ganti dengan marjerin....Alhamdudillah roti ni menjadi dan rasanya memang sangat sedapppp. Mas buat 1/2 adunan jer semalam, tak cukuppp tau....ari ni kena buat lagi...maceh untuk Kak Nor sudi berkongsi resepi roti yang sangat sedapp, lembut dan gebu ni.....dan memang disukai ramai. Sayanggg Kak Nor....

Nampak tak roti yang lembut dan gebu tu.....memang sedap diletak sos kastad, bebudak kata macam roti kentang la......

Kastard Finger Bun
Sumber : Kak Nor
Doh :
  • 380gm tepung high protein ( tpg roti ) - Mas guna tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung - tak letak
  • 80 gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 biji telur A
  • 100 ml air - Mas guna susu segar suam sikit
  • 100g m water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30 gm butter - Mas guna marjerin
  • 30 gm shortening
Topping:
  • blueberry filling - diblend halus
  • kastard
Kastard:

  • 1 cawan susu fresh
  • 2 sudu besar kastard
  • 2 sudu besar gula
Cara :
  1. Campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
  2. Kacau supaya tidak berketul@hangus
  3. Masak hingga sedikit pekat
  4. Padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan


Kaedah 1 -  jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  11. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  12. Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  13. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  14. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  15. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard keatas doh yg dah naik.
  16. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C dengan api atas bawah lebih kurang 20 - 25 min  atau sehingga masak.
  17. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Kaedah 2 - Jika menguli menggunakan tangan:

  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.

## sori la ya,kaedah nampak agak panjang sbb K.Nor tak reti nak buat pendek2. Rasa cam tak complete jer kaedah buat roti kalau main pendek2. Kang nanti org yg tak pandai or tak pernah buat roti tak faham cara nk buat roti ni. Bagi yg dah biasa, dah expert dgn kerja2 buat roti, gerenti dah faham dan tak perlukan kaedah membuat tu. Semua step buat roti biasanya sama jer kalau main campak dlm BM cuma yg tak biasa jer mungkin nampak cam cerewet jer nak buat roti.




14 comments:

  1. Mas : teringin nak meroti..tp tak larat nak nguli..ko guna BM ke pakai lengan je? heheh..
    ambik 2 ketoi nak cicah teh

    ReplyDelete
  2. waaah bestnya mas..akak ni ntah bila lah nak rajin masuk dapur nih..sakit 'm' memanjang..anak 2 org dah start sek, maknya baru ada feel nak bercuti..jgn aku tak masak hari ni sudahlah...

    ReplyDelete
  3. makcik..aku dah tahu dah mcmana kegebuan roti neh... suka suka tengok..memang gebu kan..dah dua kali dah buat roti neh.tapi semalam tak jadi nak buat projek roti.haha..banyak makanan lain tu yg tak jadi tu..tak pe tak pe..akan ku bertekad petang ini mau meroti..nak cubit sikit roti tu ye..hehe

    ReplyDelete
  4. Anna,
    mas pakai Stand Mixer la Anna..senang gak nk meroti, tak yah teruk2 uli....

    Kak Anymz,
    puuuhhhh...tiup angin meroti kat akak..he..he..ank2 mas pun dh start sek...jap lgi kna masak....

    ReplyDelete
  5. Izah,
    makcik, ku tunggu roti mu lak...he..he..kau nk cubit aku ke cubit roti sebab roti tu dh abiss, jap lgi nk meroti lagi..he..he..

    ReplyDelete
  6. salam mas, wahhh dah start meroti ya.. bagus2... gebus kan mas walau tak pakai BS dan BI.. kita tunggu izah meroti lak.. hehe

    ReplyDelete
  7. kak nor,
    tu kak nor, lembut dan gebu betoi roti ni....mas pun tak sabar nk tengok roti izah lak....he..he..

    ReplyDelete
  8. salam mas..wah awal2 pagi dh kuar roti..nk minta wat bf..ade lagi ke..hehehe..puas hati wat sendiri kan..

    ReplyDelete
  9. Salam Mas,
    Gebunya roti Mas....akak mmng tngh kemaruk ni nak buat roti jek...arini busylah sbb anak2 baru start sklh...nah akak antor sepiring serimuka labu...makanlah....hehehe..

    ReplyDelete
  10. Kak Zhai,
    tu la kak, memang puas ati buat sendiri...dah abiss la kak..ni pun kejap lgi kena buat lagi, bebudak dah pesan tadi...

    Kak Yatie,
    ni yg sayang kt kak yatie, dtg bawa serimuka lagi, sedappnya....
    try buat roti ni lak kak..sedapp tau...mas pun nk meroti lagi jap lagi...

    ReplyDelete
  11. masssss jgn kata dah abesss aku lapo nih lapoooo hahahaha

    ReplyDelete
  12. Salam.. K.Mas.. sedapnyer..nampak lembut n gebus...mmmm sedap bau..

    ReplyDelete
  13. kak hana,
    memang dah abiss kak,roti pintal ada sikit lagi, akak nk tak..he..he...

    erma,
    memang lembut dan gebu erma...sedapp tau...

    ReplyDelete
  14. singgah lagi tgk roti gebus lak....sedapnya bila nk try buat ni...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.