Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Wednesday, January 19, 2011

Daging Hitam Berempah



Lauk untuk lunch semalam, sedap lak kalau daging segar dimasak macam ni....terasa manis daging tu....selain dimakan ngan nasi, makan ngan roti pun sedapp tau...bebudak pun suka daging ni.....meh tengok resepinya .

Daging Hitam Berempah
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :
  • 1/2 kilo daging - dipotong2
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1/2 inci halia
  • * 2 batang serai
  • suku inci kunyit hidup
  • 4 biji bawang putih
  • * 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang besar - potong nipis2
  • 1 sudu besar cili kering - nak pedas letak lebih
  • Bahan penumis ( bnga lwng, kulit kyu mnis, buah plga, bnga cengkih )
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 1/2  sudu besar kicap pekat - nk lgi hitam letak lebih
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit ajinamoto
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • air secukupnya
  • kentang - dibelah 4 - jika suka


Cara :
  1. Kisar bahan2 bertanda * dan gaul dengan daging dan bawang besar yang dihiris nipis. Gaul sebati dan perap 1 jam untuk sebatikan semua bahan, jika tak de masa tak payah perap, cukup gaulkan sebati.
  2. Tumis cili kering yang dikisar bersama bahan2 penumis dan kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi dan kacau seketika, kemudian masukkan kentang,sos tiram, kicap pekat, gula, garam, ajinamoto, serbuk lada hitam dan air dalam 1 cawan, kacau sebati dan masak hingga daging empuk dengan api perlahan. Jika daging belum empuk dan kelihatan kering , boleh tambah air dan masak lgi hingga daging empuk.


11 comments:

  1. salam tuan rumah...amboi dh siap masak ye! sedap menu Mas hari ni...! ;)

    ReplyDelete
  2. fuhh mmg best lah lauk camni..laki aku suka sangat...janji ada rasa pedas..eh kalau tak pedas pong suke jugak..janji ada kuah..eh tak de kuah pun suka jugak..janji daging..hahaa

    ReplyDelete
  3. Salam, Mas... akak suka masakn daging mcm ni, tapi hubby tak suka daging berempah, dia lagi suka togel2 dgn kicap jer... hahaha.
    Mas, silakan ambil award di http://sariyusa.blogspot.com/2011/01/creative-blogger-award.html ya

    ReplyDelete
  4. Kak Sofea,
    haaa..memang sedapp daging tu...lauk semalam la kak...untuk ari ni dlm proses..he..he..

    Izah,
    banyak songeh makcik ni...senang crita...laki kau suka daging kan ...he..he...

    Kak Yus,
    haaa...masak mcm tu pun sedapp kak...arr...ada award..maceh kak..nnti mas ambik yer...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    Wa minggu ni kira minggu daging sedonia kut. Semalam kat jepun ari ni kat shah alam. Sok kat mana plak? Adakah penang???? Mungkin tidak.....

    ReplyDelete
  6. salam singgah sini,

    wawawawa,,,daging lagi,,,,hidung tersumbat, air mata meleleq (mungkin sebab ayu demam panas)..

    tak boleh nak ambil bau dan jenguk resepi mas lama2....

    wawawaw

    ReplyDelete
  7. salam.. Kak Mas suker... erma panggil Ayam masak Hitam.. pernah wat gak.. memang sedap mkn ngan nasi panas2 makan ngan lempengpun sodap ha ha ha nak join.. lapo lah kak tgh tgk menu sedapni..

    ReplyDelete
  8. semalam beli daging se kg tapi dok berfikir nak masak apa..dah dapat idea ni mas..t.kasih:)

    ReplyDelete
  9. tadi baru makan masakan ni..... sedap.
    Yang Mas punya tentu lagi sedap kan...(ayat bodek... heheheh )

    ReplyDelete
  10. Salam Mas,
    Akak dtng nak rasa daging kicap berempah tuuu....kalau masak mcm ni...akak suka ratah2 je...sedap hingga menjilat jari....fuhhh sedapnya....

    ReplyDelete
  11. Mas, sedap ni...ada lagi tak nk singgah lunch sini...hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...