Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, December 31, 2010

Pau CMG



Petang semalam Mas buat pau untuk minum petang, kali ni Mas ikut resepi CMG, sebab tu nama pau ni Pau CMG. Tengok kat myresepi, ramai dah yang mencuba, jadi Mas try buat, hasilnya pau ni memang lembut dan gebu. Untuk resepi Pau CMG ni, ada letak sedikit cuka yang fungsinya untuk memutihkan pau dan Mas guna tepung gandum jer. Untuk 1 adunan Mas dapat 14 biji....ni pun Mas panaskan balik pau semalam yang berbaki 5 biji lagi, boleh wat sarapan lak...he..he....

      
Pau CMG
Sumber : CMG

Bahan untuk doh :
  • 240 gm tepung "Hong Kong" @ guna tepung pau pun ok - Mas guna tepung gandum
  • 1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh yis
  • 25 g lemak sayur (shortening)
  • 100 ml air suam
  • 30 g gula halus
  • 1/2 camca teh cuka -  disatukan dan kacau hingga gula larut

Bahan inti :
  • 2 biji kentang, kupas dan potong dadu kecil2
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 camca besar serbuk kari ikan
  • 1 tin ikan tuna, hancurkan
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 camca teh minyak bijan (kalau suka)
  • 1 tangkai daun kari, dihiris halus
  • 1 tangkai daun sup, dihiris halus
  • Garam, gula dan air secukupnya

Cara :
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.
  2. UNTUK INTI:- Panaskan minyak masak + minyak bijan dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masukkan kentang yg tlh didadu dan juga ikan tuna. Tuang susu dan masukkan garam dan gula secukup rasa, masak dgn api perlahan hingga kentang empuk dan inti kering. Masukkan cincangan daun sup, gaul rata, matikan api dan sejukkan.
  3. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.
  4.  Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
  5. Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
  6. Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting utk doh. Masukkan kesemua bhn dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.

Thursday, December 30, 2010

Keli Salai Lomak Cili Padi



Tergoda betul tengok Keli Salai Lomak Cili Padi yang Kak Norma buat semalam, setelah dapat jawapan tentang cara nak salai keli tu dari Kak Norma, Mas pun try salai keli dalam oven ikut macam yang Kak Norma ajar, kata Kak Norma, Mas- bakar@salai dalam oven pun bleh..tp takyah la garing sangat..nanti keras plak..elok2 masak ler... api kecik..so air dia keluar habis.. tu namanya salai... haa..tadi Mas pun salai la keli tu, api kuat lak..tapi kejap jer..bila ikan tu dah mcm kering, Mas terus keluarkan, bau keli ni masa salai...memang wangi....semerbak satu rumah....dan hasilnya setelah dimasak lomak ....perrhhh..memang sedappp....habiss licin 2 ekor Keli Salai Lomak Cili Padi yang Mas buat tadi.....tak pandang lauk lain dah....hubby pandang jer..tak nak makan sebab dia dah minta buatkan sambal keli....last dia rasa, haa..tau pun sedappp...maceh Kak Norma...memang Mas akan buat lagi, selalunya Mas masak lemak keli mcm tu jer, tak salai...lepas ni, akan ku salai keli tu...he..he..

Keli Salai Lomak Cili Padi
Sumber : Kak Norma

Bahan :
  • 3 ekor ikan keli - dibersihkan -  Mas guna 2 ekor
  • *  cili padi  - terpulang banyak mana nk...
  • *  kunyit hidup 
  • * 1 biji bawang besar - Mas letak
  • Santan - dr setengah biji kelapa - Mas guna santan kotak
  • Sebiji limau nipis - Mas guna asam keping
  • Garam dan perasa - Mas guna garam dan kiub ikan bilis

Cara :
  1. Ikan keli disapukan kunyit dan garam kemudian disalai hingga kering..(kalau malas nk salai..bakar dalam oven pun boleh)
  2. Bahan-bahan bertanda  * ditumbuk halus ( Mas kisar jer ). Kemudian,masukkan ke dalam periuk
  3.  Masukkan santan dan asam keping. Masak dengan api perlahan. Kemudian masukkan keli salai.
  4. Masukkan garam dan kiub ikan bilis.
  5. Masak hingga kuah pekat dan boleh tutup api.

Agar-agar lapis pelangi



Mas nampak Agar-agar lapis pelangi ni kat myresepi masa merayau2 kat sana, jadi terpikat lak. Ramai gak yang dah mencuba dan semuanya cantik2 jer kejadian agar2 ni. Jadi semalam Mas pun try buat, sambil melapis agar2 ni, boleh buat keje lain. Petang tadi baru potong dan makan.....sedapp tau agar2 ni sebab rasa lemak2 tu tak kuat sangat...pada Mas agar2 ni memang sesuai ngan tekak Mas. Maceh untuk Aziemas dari myresepi sebab sudi kongsi resepi Agar-agar lapis pelangi. 

                              
Agar-agar Lapis Pelangi
Sumber : Aziemas

Bahan A :
  • 2 sudu makan serbuk agar2
  • 1200 ml air
  • 200 gram gula
  • Pewarna- hijau, merah dll
Bahan B :
  • 2 sudu makan serbuk agar2
  • 400 ml santan
  • 800 ml air
  • 200 gram gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh esen vanila - Mas tambah

Cara :
  1. Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
  2. Kemudian tapiskan..letak dalam mangkuk... biarkan dalam bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dengan api kecil
  3. Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
  4. Dah masak..masukkan santan dan garam..didihkan sekejap sahaja. Buat seperti bahan A - tapis letak dalam mangkuk..biarkan dalam bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil.
Cara melapis :
  1.  Sukat 250 ml agar2 (A) dan letakan 1 warna dan kacau sebati..masukan dalam loyang..biarkan dalam 5 minit @ agak keras - Mas masukkan dalam freege.
  2. Lapisan pertama dah agak keras dan lorek2 permukaan agar2 yang dah agak keras tadi dengan garfu supaya lapisan akan melekat dan sukat lagi 250 ml agar2 (B) bersantan dan tuang dalam loyang......biarkan dalam 5 minit - Mas masukkan juga dalam freege
  3. Ulangi langkah 1 & 2...hingga habis..tapi setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..TAPI jangan lupa setiap lapisan yang dah keras mesti dlorek2 dengan garfu dan agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis
  4. Sapa2 yg tak suka manis sgt blh adjust rasa dia...

Wednesday, December 29, 2010

Ubi Getok



Meh layan Ubi Getok yang Mas buat untuk minum petang. Jiran Mas ada kasi ubi kayu, jadi Mas buat Ubi Getok jer...nak buat Talam Ubi macam Kak Nor, takut tak menjadi lak..nnti dah berani baru Mas buat...he..he..Ubi Getok ni berpantung pada ubi gak tau untuk mendapat kesedapan ubi getuk ni. Kalau ubi kayu jenis gebu, memang sedappp ubi getuk tu. Ubi kayu yg Mas dapat ni memang gebu setelah direbus, jadi ubi getuk ni sedapp tau..lembut jeer....meh tengok bebahannya.

Ubi Getuk
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
  • Ubi kayu secukupnya
  • Kelapa parut putih
  • gula  - ikut manis sendiri
  • sedikit garam
  • Bancuhan tepung untuk menggoreng - Mas guna tepung gandum + tepung beras, jadikan 3/4 cawan + sedikit garam + 1 cawan air  dan kacau dengan pemukul telur supaya bancuhan tak berbintil2 dan licin.
Cara membuatnya :
  1. Ubi kayu dikupas kulit, cuci bersih dan belah2, kemudian rebus dengan sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas dan lenyek2 hingga halus.
  2. Kemudian masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam dan gaul sebati dan kemudian masukkan kelapa parut agak2 yer ngan ubi tu dan sebatikan lagi, bila dah boleh dikepal2, boleh bulat2kan ikut saiz.
  3. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Sedap gak dicicah ngan cili kicap dan sambil2 tu minum kopi o......perhhh.....

Apam Gula Melaka



Gara2 tengok ramai yang buat Apam Gula Merah ni, Mas pun jadi teringin lak nak mengapam lagi. Sedap tau Apam Gula Merah ni. Lembut, lembab dan gebu jer dan satu lagi.....apam ni dah senyummmm..sukanya. Betul kata Kak Yatie dan Izah, kena letak dalam papercup baru apam ada senyum. Resepi Mas ambik dari Kak Yatie dan kata Kak Yatie dia nampak apam ni kat dapur Kak Ita dan resepi asal dari Kak Rossitamz dari myresepi. Petang semalam Mas nampak Hani pun dah buat, jadi lepas tu Mas pun terus buat. Maceh untuk semua atas resepi apam yang best ni. Mas kejap lagi nak kluar nak bawa Ain gi hospotal, ada temujanji ngan doktor jap, kita jumpa tengahari nanti yer, kunjungan yang tak sempat dibuat akan bersambung nanti tau...bye....

Apam Gula Merah
Bahan :
  • 125 gm gula pasir
  • 125 gm gula Melaka - dipotong kecil2 
  • 150 ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½  sudu teh soda bikarbonat
  • ½  sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak
  • Papercup secukupnya.

       
Cara membuatnya :
  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).
Nota :
  • Untuk dapatkan apam yang senyum kena letak dalam papercup atau jika guna acuan, jangan sapu minyak dalam acuan tu.
  • Jangan tuang adunan ke dalam acuan atau papercup sampai penuh, biar berbaki suku dari acuan atau papercup sebab adunan akan naik nanti.
  • Kukus dengan api kuat dan jika air kukusan berkurangan, tambah air panas dalan bekas mengukus tu .
  • Tunggu air kukusan betul2 mendidih baru masukkan adunan apam yang hendak dikukus dan lapik penutup dengan kain dan pastikan penutup ditutup kemas.

Tuesday, December 28, 2010

Ayam Masak Kari Kering & Perencah Bilis



Dah lama nampak Kak Nor dan Anna masak Ayam Masak Kari Kering ni berulang kali. Baru ari ni Mas sempat buat. Patut la ayam ni selalu ada siaran ulangan..sedappppp sangat...bebudak tu bertambah2 makan...Daniel ngan Ain kata macam lauk kenduri...Mas pulak rasa macam kat kedai mamak. Tak puas makan lagi tau, lepas ni kena masak lagi. Maceh Kak Nor atas resepi ayam yang sedapp ni dan Anna yang mempromotkan lagi ayam ni. 

Ayam Masak Kari Kering
Sumber : Kak Nor
Bahan :
  • 1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
Goreng ayam 1/2 masak ~ biar lembut jer, tak perlu sampai garing.
Angkat dan toskan.

Bahan lain :
  • 7 bj bawang merah ~ dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
  • 1 - 2 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar rempah kari ~ bancuh dgn sedikit air
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan air
  • jus asam jawa
  • garam
  • gula ~ jika suka
Cara :
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing,
  2. Masukkan cili mesin. Goreng lagi.
  3. Masukkan rempah kari dan goreng hingga sedikit kering.
  4. Masukkan 1/4 cawan air dan juga daun kari. Masak hingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan sos tiram, baki air, jus asam jawa, garam dan gula.
  6. Kacau2 dan masukkan ayam.
  7. Masak hingga ayam masak dan juga kuah pekat.
  8. Angkat dan hidangkan panas2.

Mas gadingkan Ayam Masak Kari Kering tu ngan Perencah Bilis, macam sambal pun ada, Mas ambik resepi dari Nurizatti dari myresepi. Sedapp tau, boleh kata pengganti sambal belacan dan perencah bilis ni boleh simpan lama, jadi senang kalau lauk tak pedas....dah ada pemedasnya....maceh yer Nurizatti atas resepi yang best ni.

Perencah Bilis
Sumber : Nurizatti 
Bahan :
  • 1 mangkuk @ 2 genggam ikan bilis yg telah dibuang kepala - beli je kt kedai
  • 2 labu bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 sudu makan cili kering yg telah dikisar - kalau nk lg berapi, tambah je cili padi
  • gula secukup rasa & sket aji bg yg nk bubuh
  • 1 - 2 senduk minyak masak
Cara :
  1. Blend ikan bilis (basuh dlu sblm tu), bawang merah & bawang putih hingga agak halus - tak halus sangat pn tak pe, janji tak de rupa ikan bilis dah - masa blend tu jgn lupa bubuh air secukupnya.. kang rosak plak blend tu
  2. Masukkn minyak masak dalam kuali. Pastu tuang je bhn2 yg telah diblend td bersama cili kering. Takyah tunggu minyak panas pn. Masa masak tu guna api sederhana tau..
  3. Masak la hingga agak kering. Pastu masukkn gula & aji ikut sedap tekak anda. Guna api kecik & kacau sentiasa
  4. Masak lg hingga betol kering cam masak rendang tu. pastu bleh la angkat & mkn ngn nasi putih panas2... memang best.

Donat Hasiah



Petang semalam mendonat lagi, kali ni try ikut resepi Kak Hasiah dari myresepi lak, sedap tau donat ni, lembut, gebu dan donat ni tak berminyak tau. Kali ni letak topping coklat lak, gara2 tengok Izah mentopping Donut Kentang Ros  ngan coklat...jadi tergoda lak. Mas ada simpan donat ni untuk difrozenkan, bila digoreng balik tadi, hasilnya donat ni tetap lembut, gebu dan tak berminyak sama macam petang semalam. Maceh Kak Hasiah atas resepi donat yang best ni.
      
Donat Hasiah 
Sumber : Kak Hasiah
Bahan :
  • 600 gm tepung gandum
  • 80 gm marjerin
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 2 sudu susu pekat manis - Mas guna sudu besar
  • 1 paket yis
  • Air suam secukupnya
  • Gula kastor - untuk menggaul
  • MInyak - untuk menggoreng
Cara membuatnya :
  1. Air suam dicampur dengan gula, susu dan yis. Biar sampai kembang.
  2. Gaul tepung, marjerin dan telur. Masukkan bancuhan yis tadi, gaul sebati.
  3. Tambahkan air suam sedikit-sedikit sambil diuli menjadi doh yang licin, perapkan selama 20 - 25minit.
  4. Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bebola kecil mengikut saiz yang dikehendaki.
  5. Bentukkan bebola tersebut menjadi donat dengan menebuk lubang ditengah - tengah.
  6. Susun di dalam dulang yang ditabur dengan sedikit tepung, biarkan naik lebih kurang 20-25 minit lagi.
  7. Goreng hingga masak, bila agak suam barulah gaulkan dengan gula kastor.


Monday, December 27, 2010

Sambal Tumis Ikan Pari



Lunch ari ni Mas masak Sambal Tumis Ikan Pari ngan masak lemak putih kobiss jer . Masak simple2 jer sebab hubby keje ari ni. Pernah tengok Izah buat Sambal Tumis Ikan Pari ni, jadi ari ni try buat, sedapp tau pari dibuat sambal....lagi pun pari ni di goreng dulu, rasanya jadi lebih sedap. Resepi Sambal Tumis Ikan Pari ni kata Izah di ambik dari Dapur Tanpa Sempadan, CMG yang pemess tu..he..he..maceh yer CMG dan Izah untuk resepi yang simple dan sedapp ni.

Sambal Tumis Ikan Pari

Bahan :
  • 300 ikan pari, potong kecil
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 4 camca besar cili kisar
  • 1/3 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar, belah 6
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan  - yg bertanda * ditumbuk halus

Cara membuatnya  :

  1. Ikan pari diperap bersama jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga wangi, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Tuang jus asam jawa, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat.
  3. Tambah bawang besar belah dan juga ikan pari tadi, gaul hingga rata. Masak sekejap, rasa dan boleh diangkat. Hidangkan..

Apam Tepung Beras



Mabuk mengapam tak abiss lagi.....tergoda lak tengok Apam Beras Izah ngan Mimiey, petang semalam Kzai lak buat sama macam Mas. Dalam banyak2 apam yang Mas buat, rasanya Apam Beras ni yang paling sedapp, lembut walaupun dah sejuk dan gebu. Mas ada simpan sikit untuk  difrozenkan untuk wat sarapan pagi ni sebab Ros pernah frozenkan Apam Beras yang dia buat. Bila dikukus balik, kelembutan Apam Beras ni sama macam petang semalam. Lepas ni mesti Mas buat lagi, bebudak pun suka....maceh pada tuan resepi Apam Beras ni Kak Watie Penang dan semua yang mempromot apam ni.

akhirnya dapat gak cari acuan lompang ni......sukanya.....Apam beras ni pun tak senyumm..nape..api memang dah kuat, terbaca izah ckp jngn letak minyak dlm acuan bru apam senyummm, tak pe, nnti Mas try buat....

Apam Tepung Beras
Sumber :  Kak Watie Penang

Bahan :
  • 1 cawan nasi
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula putih
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil yis
  • sepeket kecil eno

              

Caranya:
  1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).
  2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
  3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
  4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.



Sunday, December 26, 2010

Kuih Kaswi Pandan



Assalamualaikum. 
Ni first time Mas buat Kuih Kaswi tau, Alhamdudillah...menjadi dan sedappp rasanya....rupanya kuih kaswi ni yang paling senang nak dibuat,  cuma satukan semua bahan, kisar,  tapiskan ke dalam loyang dan kukus....aaarrr seronoknya buat kaswi...selalu beli jer...lepas ni boleh buat selalu, ni gara2 tergoda tengok Kaswi Izah dan lepas tu Kak Hana pulak buat. 
Resepi asal dari ciku hafi...maceh untuk semua....


Kuih Kaswi Pandan
Resepi : ciku hafi.
Sumber : Izah dan  Kak Hana

Bahan :
1 cawan tepung gandum
2 cawan air @ air pandan - hana campur santan cair
1 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras - izah add
sedikit pewarna hijau @ pandan emulco
1 sudu kecil air kapur mkn
sedikit garam * - gaul bersama kelapa parut
1/2 biji kelapa parut ( putih sahaja * )



Cara membuatnya :
Blend semua bahan diatas kecuali kelapa parut dan garam.
Tapis bahan yang telah di blend ke dalam loyang dan kukus selama 30 - 40 minit.
Setelah masak sejuk kan terlebih dahulu baru potong.
Gaul bersama kelapa yang telah digaul bersama garam.
Boleh la dihidang untuk minum petang @ breakfast.



Buttermilk Pancake



Pagi ni sarapan burger dan pancake. Ari tu nampak Kak Hana buat, lepas tu Izah lak, jadi ari ni Mas lak nak menerai Buttermilk Pancake.....memang betul macam makcik2 tu cakap, gebu betul pancake ni.....sedapppp....ni la pancake yang best lepas Pancake Mayonnis yang Mas pernah buat dulu. Maceh yer Izah dan Kak Hana.....lappp u alll...

Buttermilk Pancake
Sumber : Kak Hana , Izah
Bahan :
  • 150g tepung hot pancake - jika tiada ganti dgn tpg SRF atau tpg kek + 1sk baking powder dan soda dan secubit garam
  • 100ml buttermilk
  • 1 biji telur size M
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan butter cair - optional
Cara membuatnya :
  1. Jika menggunakan tepung hot pancake, bancuh semua sebati menggunakan whisk@spatula dan masak seperti biasa.
  2. Jika menggunakan tepung SRF@tpg kek, blend semua sebati dan biarkan sebentar 10-15min baru masak atas kuali seperti biasa.
Buttermilk Homemade:

1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka 
@
1 cawan susu segar + 1 sudu besar lemon jus
1 cawan susu segar + cream tartar


Cara membuatnya :
  • Satukan susu dan bahan pemasam, dan peram 15 minit dalam bekas yang bertutup. Boleh digunakan.

Saturday, December 25, 2010

Keli Masak Asam Lagi...



Assalamualaikum.
Selalu gak Mas masak Keli Masak Asam ni, cuma kali ni Mas try letak bendi, hasilnya lebih sedapp tau. Lagi pun masak asam ni dah jadi peberet Ain ngan Daniel, jadi kena buat kuah lebih dan kurang pedas. Jadi Mas kena buat sambal belacan untuk cari pedas tu masa makan nasi. Asal resepi ni Mas dapat dari myresepi mrs noor yang masak Ayam masak Asam...dah diderhakakan resepi ni tukar ayam jadi ikan....tapi tetap sedapp tau.


Keli Masak Asam 
Resepi : mrs noor@myresepi.com  
Olahan : Mas Duniaku

Bahan :
3 ekor ikan keli sederhana besar
6 biji bendi - Mas tambah
* 3 ulas bawang putih
* 4 biji bawang kecil - Mas guna 1 biji bwg besar 
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* 1 sudu kecil jintan manis
10 biji cili api dibelah 2 -  Mas ketuk je cili api ,nk rasa lebih pedas 
1 biji bawang besar dipotong bulat2
1 batang serai diketuk
2 sudu besar asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit kiub ikan bilis - Mas tambah
sedikit air



Cara :
Ikan keli disiang, dilumur dengan asam jawa @ jus limau nipis , biar 5 minit, cuci bersih. Bersihkan dan perap sekali lagi dengan garam, jus limau nipis dan sedikit tepung dan perap selama 15 minit. 
Bilas sebersihnya dan letakkan garam, kunyit dan sedikit tepung gandum dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
 Kisar bahan2 yang bertanda *  dan tumis bersama serai, bawang besar dan cili api hingga garing.
 Masukkan air asam jawa, sedikit air, gula, sedikit kiub ikan bilis dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
Masukkan ikan dan bendi dan biar mendidih dalam 5 minit .Tutup api dan sedia dihidangkan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...