Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, September 29, 2010

Sicilian Orange Cake


Nampak  Kak Hana buat ari tu, jadi teringin pulak, Mas buat 1/2 adunan jer , memang sedap kek oren ni, lembut dan gebu jer....tak muak dimakan, maceh untuk  Kak Hana resepi kek oren ni, selain dari Kak Hana,  Kak.JunRima Singapore dan Kak.Yatie pun dah mencuba kek ni dan rasanya ramai lagi yang dah mencuba.....jadi sesiapa yang teringin boleh try buat kek oren ni, senang dan bahan2 pun tak banyak....

Sicilian Orange Cake
Copy : Kak Hana

 Bahan-bahan
  • 250g butter - suhu bilik
  • 250g gula pasir - hana buh 210g je..tuh pong dh manis
  • 4 biji telur size M
  • 11/2 sk parutan kulit oren
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren
Bahan untuk aising
  • 125g gula aising
  • 5 sk jus oren
Cara-cara
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.


Tuesday, September 28, 2010

Mee Goreng Mamak





Assalamualaikum. Mee Goreng Mamak untuk makan petang....selalunya kalau makan kat kedai mamak Mas memang suka order mee goreng mamak, selalu juga Mas buat kat rumah, Ain ngan Daniel pun suka mee goreng mamak...abang kurang sikit, lebih suka bihun goreng...beza mee goreng mamak ni cuma ditambah serbuk kari...memang sedap....mee goreng mamak ni Mas tambah conot ayam yang dipotong2....ha..ha..bertambah2 la lemak...sekali sekala tak pe kan...


Mee Goreng Mamak
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • mee kuning - agak2 untuk sorang
  • udang - ikut nak banyak mana
  • conot @ isi ayam - cuci bersih dan potong2
  • 1/2 cawan taugeh 
  • 2 pokok kucai - potong kecil 
  • 3 sudu cili mesin -  nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu kecil rempah kari ayam
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/2  sudu kecil sos ikan
  •  sedikit  minyak masak - untuk menumis
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 biji telur
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, cili kering yang dikisar ikut pedas dan serbuk kari dan biarkan garing dan wangi.
  2. Masukkan udang, isi ayam dan kacau rata.
  3. Masukkan kicap, sos cili, sos tiram, sos ikan, kacau sebati dan masukkan mee. Kacau rata. Boleh tambah stok ayam @ air jika mee kelihatan kering. Air @ stok tu agak2 yerk. 
  4. Masukkan taugeh, sawi dan kacau lagi.
  5. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  6. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  7. Masak hingga mee agak kering dan boleh diangkat.






Pengat Labu




Assalamualaikum.
Mas buat Pengat Labu pulak untuk dessert petang semalam. 
Sebenarnya Mas terlupa ada juga buah dari kampung, labu ni mak mertua Mas dapat dari jiran sebelah rumah, Mas ambik sikit, boleh buat pengat dan kuih sikit...masa Izah tanya Mas bawa buah pe dari kampung , terlupa ada bawa labu setengah biji....itu pun sebab Mas selongkar freezer, ternampak labu berbungkus terselit dalam freeze, kalau tak kecut juga buah labu ni....he..he..saboo jerk la


Pengat Labu
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
labu - kopek kulit - buang biji dan potong2
santan 
sedikit gula melaka @  merah
gula pasir - ikut manis
daun pandan
sagu biji - rendam supaya kembang
sedikit garam - untuk seimbangkan rasa lemak2 manis

Cara :
Rebus labu 1/2 masak, toskan.
Masukkan santan, daun pandan, gula melaka @ gula merah dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
Kemudian masukkan gula pasir dan garam dan rasakan supaya cukup rasa lemak2 manis.
Kemudian masukkan labu yang telah direbus 1/2 masak tadi dan sagu biji, biar seketika dan boleh tutup api. 
Sedap dimakan panas2 suam @ sejuk dan sedap juga dicicah ngan roti.


Monday, September 27, 2010

Pedal Masak Kunyit



Assalamualaikum......apa khabar semua...rindu kat semua....Pedal Masak Kunyit ni Mas masak hari rabu lepas,  jadi dah abis tau, buat cuci mata jer ni...he..he...kalau pedal ayam Mas suka masak kunyit, memang sedap, boleh juga ditukar dengan hati ayam, ikut selera masing2, Mas memang tak makan hati ayam, tapi kalau pedal ayam, Mas memang suka....untuk bebudak yang tak sunat lagi, tak digalakkan makan pedal ayam tau,he..he....betul tak....

Pedal Masak Kunyit
Bahan :
  • pedal ayam - cuci bersih dan rebus supaya lembut
  • bawang besar - hiris
  • cili merah - hiris
  • kacang buncis - potong2
  • daun sup
  • kentang - belah 6 dan goreng empuk
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit kiub ikan bilis
Cara memasak :
 - Tumis bawang besar dan cili merah hingga wangi dan masukkan pedal yang direbus dan kacang buncis, kacau rata dan masukkan sedikit air dan biarkan mendidih, masukkan kentang yang telah digoreng , serbuk kunyit, garam secukup rasa, daun sup dan kiub ikan bilis, kacau rata dan masak seketika dan boleh diangkat.



Thursday, September 23, 2010

Chocolate Mint Cake




Assalamualaikum.
Mas buat Chocolate Mint Cake ni untuk buah tangan family mertua kat kampung, jap lagi dah nak bertolak balik kampung.....mudah2an kami sekeluarga sampai dengan selamat...Amin..jadi kekawan semua, nanti kita berjumpa pada hari Isnin yer....kat kampung internet lembab sikit, malas Mas nak bawa laptop...
Resepi Chocolate Mint Cake ni, Mas ambik resepinya kat dapur Kak Ummi, maceh Kak Ummi, memang sedap kek ni, lembut dan gebu jer....resepi asal kata Kak Ummi dari Kak Halimah Anang.....jadi sesiapa yang nak kek ni jangan marah yer, semuanya Mas bawa balik kampung...tengok gambar jer la ye....rajin2 tu,  buatla kek ni, sedap tau...


Chocolate Mint Cake
Copy :  Kak Ummi

Bahan : 
loyang bulat 8 inci
200 gm tepung naik sendiri
230 gm mentega
220 gm gula kastor
230 gm telor (*ummi letak 4 biji saiz B)
3 gm esen vanila (1 sudu teh)
30 gm serbuk koko 
50 gm susu segar
beberapa titis pewarna hijau
beberapa titis esen peppermint


Cara :
Panaskan oven pada suhu 180 C.
Sapu butter pada loyang dan alaskan kertas baking di dasar dan bahagian tepinya.
Dalam mangkuk, pukul tepung dengan mentega hingga jadi pes yang sebati (hati-hati ketika memukul, tepung akan sedikit naik berdebu). Ketepikan.
Dalam mangkuk lain, pukul telor dan gula hingga likat.
Masukkan adunan ini dan esen vanila ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati dan kembang.
Bahagi dua adunan - satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala satu bahagian lagi dicampurkan pewarna hijau dan esen peppermint.
Letakkan 2 sudu besar adunan coklat di bahagian tengah loyang dan kemudian letakkan pula 2 sudu besar adunan hijau di atas adunan coklat tadi.
Buatlah secara berselang seli hingga habis.
Kemudian hentakkan sedikit loyang sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 - 50 minit.


Wednesday, September 22, 2010

Puding Susu Bandung




Assalamualaikum.
Mesti pernah nampak puding ni kan...ingat tak kat mana...biar Mas bagitahu yer....kat dapur Kak Yat la...nampak sama kan, Mas guna sirap, bila dah masuk ngan susu dan santan jadi la warna pink ni...Kak Yat  guna perisa strawberi, sedap tau puding bandung ni, rasa lemak2 manis....makan pulak masa sejuk..perh...tak terbayang sejuknya tekak ni....nyaman jer...maceh Kak Yat  resepi puding ni, kata Kak Yat  resepi puding ni dari  Gert, maceh juga untuk Gert....kata Kak Yat Gert buat perisa pandan....untuk sesiapa yang teringin, cepat2 la buat.....puding Mas pun tinggal 2 ketul jer....ada sapa2 yang nak....untuk resepi Mas tukar kebahasa Malaysia...boleh yer Kak Yat...

                                  
Puding Susu Bandung
Copy : Kak Yat 

Bahan :
600 ml air
120 gram gula pasir
8 gram serbuk agar agar 
3 helai daun pandan
300 ml susu segar
200 ml santan
beberapa titik esen pandan

Cara :
Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur.
Masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2. 
Tapis dan tuang 1/2 bancuhan kebekas lain dan titiskan sirap @ esen pandan @ strawberi paste dan kacau sebati.
Tuang kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer. 
Biarkan beku ( Mas letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding bandung tadi.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2....

         

Ayam Beriani




Assalamualaikum.
Ni lauk ayam yang dimakan dengan Nasi Beriani Jus Oren, Mas buat Ayam Beriani, sedap tau, memang kena bila dimakan dengan Nasi Beriani Jus Oren....resepi Ayam Beriani ni Mas ambik dari Kak HanaKak Hana masak Beriani Hati Ayam, Mas tukar dengan ayam. Kak Hana pulak ambik resepi dari  Kak.Dayang, yang memang masak Ayam Beriani. Haa..Haaa..jangan pening yer....ni memang resepi Ayam Beriani...Mas jer yang ambik resepi Beriani Hati Ayam Kak Hana..Maceh untuk akak berdua atas resepi yang sedap ni......walaupun banyak bahan2 sampingan yang Mas tak letak sebab tak de stok ,Ayam Beriani ni memang mantop...lain kali Mas buat, nak letak bahan2 sampingan pulak...mesti lagi lagi mantoopp....


Ayam Beriani
Resepi : Kak Dayang
Copy : Kak Hana

Bahan :
1 ekor ayam - dipotong ikut suka, digaul bersama sedikit kunyit dan garam. Kemudian digoreng hingga 3/4 masak
70 gm rempah beriyani Faiza - dibancuh dgn sedikit air
5 sudu besar minyak masak - utk menumis
3 sudu besar minyak sapi
garam secukupnya
sedikit gula
1/3 tin susu cair 
2 sudu besar puri tomato
2 sudu besar madu

Bahan2 kisar :
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 biji cili hijau

Bahan2 dimayang :
daun bawang - Mas tak letak
daun sup - Mas tak letak
daun ketumbar - Mas tak letak
daun pudina - Mas tak letak
1 biji bawang besar

Bahan hiasan : 
kismis, gajus goreng dan bawang goreng - Mas tak letak

Cara :
Panaskan minyak dan minyak sapi di dlm kuali besar. 
Tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga wangi. 
Masukkan pes rempah beriyani dan tumis lg hingga pecah minyak.
Masukkan 5 cawan air @ secukupnya. Biarkan ia mendidih dan menjadi pekat.
Masukkan susu cair, puri tomato, dan madu. Kacau rata.
Masukkan bahan2 yg dimayang, garam serta sedikit gula.
Masukkan ayam dan gaulkan.
Masukkan bahan2 selebihnya dan masak hingga sebati.



Tuesday, September 21, 2010

Nasi Beriani Jus Oren



Ni menu untuk Mas berbuka semalam, Nasi Beriani Jus Oren, sedap tau....Ain ngan Daniel bertambah makan  Nasi Beriani ni, rempah beriani Mas guna rempah Beriani Faiza...memang sedap, Nasi Beriani ni Mas makan dengan Ayam Beriani dan telur rebus.....resepi hasil dari selongkar dapur Kak Hana dan  CMG pun dah try Nasi Beriani ni....rasanya yang lain pun dah mencuba kan, maceh banyak2 Kak Hana.....lepas ni nak buat lagi nasi beriani ni, tak puas lagi makan....he.he..

Nasi Beriani Jus Oren
Copy : Kak Hana
Boleh juga tengok kat dapur CMG 

Bahan-bahan :
  • 3 cawan beras basmathi - rendam sebentar dan toskan
  • 3 cawan air + 1/2 cawan susu cair (hana lebihkan 1/2cwn cecair utk nasik yg lembut, sepatutnyer sama sukatan cecair dan beras) - dan susu cair tuh hana cume ltk 1/2 cwn shj. klu ikutkan nisbah 2:1 (2 air, 1 susu)
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • *3 biji bwg merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • rempah tumis
  • 2 sudu besar rempah beriani (hana gune faiza)-bancuh dengan sedikit air jadikan pes
  • 2 sudu besar jus oren @ 1 sudu makan sunquick
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 ketul kecil gula batu
  • daun pudina, daun ketumbar, daun pandan
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu kecil saffron - bleh ganti dengan pewarna kuning (bancuh ngan sket air panas)
  • kismis, gajus dan bawang goreng
  • garam

Cara-cara :
  • Blend bhn yg bertanda *.Panaskan minyak sapi dalam kuali@periuk. Masukkan rempah tumis dan bawang besar hiris. Masukkan skali bhn blend.Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan pes rempah beriani dan kacau rata hingga pecah minyak.
  • Masukkan air, susu cair, kiub ayam, gula batu, jus oren, daun pandan, daun pudina dan daun ketumbar. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan beras basmathi yg telah ditoskan airnya. Kacau rata.
  • Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi dah kering, keluarkan daun2 yg ada. buat lubang dua tiga, gaul perlahan yer agar nasik tak mudah patah. masukkan saffron @ pewarna dan masukkan skali kismis, gajus, bawang goreng dan lebihan daun ketumbar yg dihiris halus. Tanakkan hingga masak.
  • Jika suka bleh masukkan skali ayam @ daging beriani yg sudah siap dimasak. bleh juga jika anda ingin melapis2kannya.
  • Hidangkan dengan acar, dan lauk beriani pilihan masing2.


Monday, September 20, 2010

Banana Nut Muffins Recipe



Mas buat untuk minum petang, dah lama nampak kat dapur Izah, baru dapat buat....memang sedap muffin pisang ni...gebu jer...lepas tu kunyah gajus yang rangup tu...memang sedap....kata  Izah resepi dari Simplyrecipesmaceh yer.... 


Banana Nut Muffins Recipe
Copy : Izah
          Simplyrecipes

Ingredients :
  • 3 or 4 ripe bananas -  smashed
  • 1/3 cup melted butter
  • 3/4 cup sugar (saya kurangkan bergantung tahap keranuman pisang)
  • 1 egg -  beaten
  • 1 teaspoon vanilla
  • 1 Tbsp espresso or strong coffee (optional)
  • 1 teaspoon baking soda
  • Pinch of salt
  • 1 1/2 cup of flour
  • 1 cup chopped walnuts  (toasted or raw)
METHOD    
No need for a mixer with this recipe.
1 -  Preheat the oven to 350°F. With a wooden spoon, mix butter into the mashed bananas in a large mixing bowl.
2 -  Mix in the sugar, egg, espresso and vanilla.
3 -  Sprinkle the baking soda and salt over the mixture and mix in.
4 -  Add the flour, mix until it is just incorporated. Fold in the chopped walnuts.
5 -  Pour mixture into a prepared muffin tin. Bake for 25-30 minutes. Check for doneness with a toothpick inserted into the center of a muffin. If it comes out clean, it's done. Cool on a rack.
Makes 12 muffins.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...