Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, July 31, 2010

MEE SUP AYAM



Lunch ari ni Mee Sup Ayam jer...sesekali tekak ni terasa nak makan sup pulak..jemu juga asyik nasi jer...Mas buat sup ayam ni cara Mas...sedap tau...makan dengan cili kicap...perh...menitis peluh ni...ha..ha..

Mee Sup Ayam

Bahan - bahan :
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil2
  • 1/2 batang saleri - dipotong2
  • 1 kiub ayam
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar :
  • 1 peket rempah sup adabi 
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1/2 batang batang saleri
Bahan sampingan :
  • mee kuning - dicelur , toskan
  • baun sup , daun bawang
  • bawang goreng
Cili kicap :
- Satukan cili padi yang ditumbuk halus + jus limau nipis + kicap manis dalam satu bekas.

Cara memasak sup :
- Rebus ayam hingga 1/2 masak, sementara itu tumis bahan - bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau dengan api perlahan kemudian tuang kedalam rebusan ayam tu, masukkan batang saleri yang dipotong2, kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sup tu pekat dan ayam cukup masak.

Cara menghidang :
- Masukkan mee kedalam mangkuk, masukkan daun bawang , daun sup, bawang goreng,tuang kuah sup tadi dan letakkan cili kicap secukup pedas...



MURTABAK MAGGI



Malam tadi tetiba jer rasa lapar..masa selongkar peti ais, Mas nampak ada maggi kari...telur pun ada banyak lagi...jadi teringat Murtabak Maggi kat dapur Che Mat Gebu, nampak sedap sangat...tanya kat En Azha dia pun setuju...jadi la murtabak maggi ni..mas letak sosej ngan daun bawang jer....

Murtabak Maggi
Resepi :  Che Mat Gebu
Bahan :
  • 2 peket maggi 
  • 3 biji telur
  • 1 batang sosej
  • sedikit daun bawang
  • sedikit lada putih
Cara membuatnya :
  1. Celur maggi sahaja hingga kembang , toskan dan sejukkan . Celur sosej dan potong2.
  2. Pukul telur hingga kembang dan masukkan rencah kari maggi, lada putih, maggi yang telah dicelur hingga kembang, sosej dan daun bawang. Sebatikan .
  3. Panaskan  non-stik pan , letakkan sedikit marjerin dan tuang bahan2 tadi seperti memasak telur dadar, mas tuang semua sekali dan masak dengan api perlahan dan tutup non-stik pan tu dan biarkan murtabak masak dan terbalikkan dan biarkan lagi hingga betul2 masak.
  4. Angkat dan boleh diletakkan mayonis dan sos cili..

Friday, July 30, 2010

Poteto Sarada



Ari ni sarapan Poteto Sarada ngan roti dan telur...memang sedap Poteto Sarada ni, resepi Mas copy dari Kak Hana, Kak Hana ambik dari Ros Jintan Manis, tima kasih ye Kak Hana dan Ros ...memang sedap Poteto Sarada ni...timun dan carrot tu memang rangup...berbunyi2 masa menguyahnya.....

Poteto Sarada
Copy : Kak Hana  dan juga Ros Jintan Manis  

Bahan-bahan
  • 3 biji kentang ( direbus dan dilecek)
  • 1/3 batang carrot
  • 1/2 batang timun
  • 1/4 biji bawang besar
  • 3 sudu besar mayonis
  • sedikit garam
  • 1 batang sosej ayam ( direbus dan dihiris halus)
Cara-cara
  • Hiris nipis timun, carrot dan bawang besar, ( ros guna slicer) kemudian gaul sebati dengan 1 sudu kecil garam dan curahkan 1 cawan air, wrap kemas dan ketepikan. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.
  • Setelah 10 minit, tapis sayur tadi bagi keluarkan air, tekan sedikit untuk mengeluarkan air yang berlebihan, di dalam bekas, masukkan kentang yang telah dilecek bersama mayonis, timun, lobak merah dan bawang besar serta sosej, gaul sebati.
  • Sedia untuk dihidangkan, tak perlu masuk garam atau gula, sesuai dijadikan menu bentou atau di makan begitu sahaja.Jika mahu letakkan satu biji telur rebus yang telah dilenyek pun boleh, lagi creamy rasa potato salad ni nanti. Selamat Mencuba.


Thursday, July 29, 2010

Roti Sosej Mini Gebu



Dah lama Mas nampak kat dapur E-na Zarina, baru semalam tergerak hati nak buat, bahan - bahannya pun ringkas jer, tak guna telur tau, E-na Zarina  kata roti save budget....tima kasih E-na resepi roti ni, memang sedap dan gebu walau pun Mas tak letak water roux...Ain ngan Daniel suka sangat, siap bawa bekal gi sekolah...

 Roti Sosej Mini Gebu
Sumber : 
E-na Zarina

Bahan-bahan :
  • 250 gram tepung gandum
  • 140 ml fresh milk
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 - 2 sudu kecil dry yeast 
  • 1/2 sudu kecil garam halus
Bahan sampingan:
  • 12 batang sosej direbus, toskan dan dipotong dua (24 batang)
  • Sedikit marjerin untuk di sapu pada roti (optional)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan KECUALI garam ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  2. Kemudian masukkan garam dan uli sehingga doh menjadi licin elastik dan tidak melekat ditangan atau selama 15 minit *E-na uli 15 minit*. (Kadang-kadang 10 minit pun dah dapat doh yang cantik)
  3. Buatkan sebiji bulat besar dan tutup mangkuk dengan plastik cling / wrapping atau kain lembab.
  4. Biarkan doh naik dan mengembang dua kali ganda lebih kurang 30 -45 minit.
  5. Seterusnya keluarkan udara di dalam doh dengan menumbuk doh. Bahagikan kepada 24 bahagian. Bulat-bulatkan.
  6. Ambil satu bahagian dan buatkan panjang kemudian lilit pada sosej. Selitkan kedua-dua hujung ke dalam dengan kemas supaya tidak terbuka semasa proses pengembangan doh. Tinggalkan sedikit ruang dihujung sosej dengan tidak berbalut dengan doh supaya bila doh mengembang doh tidak terkeluar dari sosej.
  7. Ulang langkah 6 sehingga selesai.
  8. Biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 30 minit.
  9. Bakar dengan suhu 180 degree sehingga masak selama 12-18 minit bergantung kepada jenis oven.
  10. Sapu marjerin di permukaan roti untuk mengilatkannya. Kalau tak sapu pun tak apa rasa tetap sama. Sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!
NOTE : Doh ini juga boleh di gunakan untuk membuat pizza atau bun berinti.
TIPS :
  • Elak dari mencampurkan dry yeast sekali dengan garam kerana garam boleh mengurangkan keaktifan dry yeast.
  • Jika menggunakan BM , garam di masukkan dahulu dan dry yeast di atas sekali (buat lubang atas tepung).
  • Simpan roti yang telah disejukkan di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan dari menjadi keras kerana terkena udara.


Wednesday, July 28, 2010

BEST EVER MUFFIN



Ha..ha,,rasanya dah mula seronok memuffin..orang lain dah lama buat, cuma mas jer yang baru tergerak hati nak memufin...memang seronok buat muffin ni, senang dan sedap...bahan2 pun ringkas jer..Ain pun dah minta muffin untuk bawa bekal kesekolah...resepi Best Ever Muffin ni Mas copy dari Izah, tokey muffin tu..tima kasih Izah...lain kali boleh cuba yang lain lagi...memang sedap muffin ni..



BEST EVER MUFFIN
Copy : Izah

Bahan ( untuk 12 biji muffin ) :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1/4 cawan minyak sayuran - mas guna minyak masak
  • 2 keping slice cheese - mas tambah
Cara membuat :
  1. Panaskan oven pada suhu 205c ( nanti diturunkan ke 180c bila nak bakar muffin )
  2. Dalam mangkuk,campurkan tepung gandum,baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
  3. Dalam mangkuk yang kecil,pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi dan gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul - ketul sedikit.
  4. Tuang adunan kedalam mangkuk muffin.
  5. Pelbagaikan muffin anda :
  • Muffin Blueberi - Campurkan 1 cawan blueberi segar
  • Muffin Kismis - Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang
  • Muffin Kurma - Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang
  • Muffin Cheese - Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut. ( mas letak 2 keping slice cheese yg dihiris2 halus.
6 . Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning - kuningan. 


Tuesday, July 27, 2010

Bubur Kacang Durian



Mas beli durian kat Giant. yang dah kopek siap2, senang kan..3 bungkus RM10...untuk buat bubur...2 peket  buat bubur durian dan 1 peket buat bubur kacang durian, ari tu tengok kat rumah Kak Hana , terliur dibuatnya, kalau nak makan macam tu rasanya kurang sikit...memang sedap makan bubur kacang durian ni dengan roti...habis juga 1 bungkus kecil roti gardeniar tu...ha..ha..

Bubur Kacang Durian
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
  • 2 cawan inti kuih kasturi
  • 1 kotak santan kotak
  • 3 cawan air
  • 7 ulas isi durian
  • 1 helai daun pandan-  disimpul
  • sedikit  garam - untuk imbangkan rasa
  • Gula pasir secukup rasa

Cara Memasak :
  1. Masukkan 2 cawan inti Kuih Kasturi, air, daun pandan dan isi durian, kacau rata dan biar mendidih dengan api perlahan.
  2. Tuang santan dan kacau rata dan masak lagi dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika kurang manis dan masin, tambah gula pasir dan garam secukup rasa sebab inti kuih kasturi tu dah ada gula dan garam. Masak sekejap dan matikan api.
  3. Boleh dihidangkan bersama roti atau biskut cream cracker ......



Monday, July 26, 2010

Sirap Laici Limau




Assalamualaikum. 
Tengahari panas2 ni memang nyaman tekak bila minum Sirap Laici Limau ni....ada 2 gelas jer tau sebab kat rumah ni tinggal 2 orang je...minum sambil makan nasi memang sedap...sambil2 tu tengok tv, memang asyik...

Sirap Laici Limau
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
laici tin - yang ada buah
air gula - secukup rasa
 limau nipis - ikut nak masam atau kurang masam
sedikit pati sirap
ais

Cara membuatnya :
Masukkan air laici dan buah laici dalam gelas, satukan air gula, air limau nipis dan pati sirap, tuang kedalam air laici dan buah laici tadi, kacau dan rasa, tambah limau atau air gula jika perlu, tambah ais, sedia diminum...


Keli Masak Tempoyak




Assalamualaikum.
Untuk lunch petang nanti, sajerk masak awal2, senang...sedap tau keli masak tempoyak ni, Mas masak sekor jer..faham2 je la, Mas sorang yang makan keli masak tempoyak ni...untuk Ain ngan Daniel  Mas masak kari ayam, senang ..... petang nanti boleh buat roti puri untuk cicah ngan kari ayam tu...


Keli Masak Tempoyak
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 ekor ikan keli - cuci bersih dengan air limau nipis @ air asam jawa
2 sudu besar tempoyak
1 biji bawang besar - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
5 biji cili padi - dikisar
sedikit kunyit hidup - dikisar
1 batang serai - dititik
daun kesum
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak :
Satukan ikan keli, bahan2 kisar, tempoyak, serai, daun kesom, gula dan garam secukup rasa dalam periuk, gaul rata dan tambah sedikit air. 
Masak dengan api perlahan dan kacau sesekali, apabila kuah pekat dan ikan keli masak tutup api dan boleh dihidangkan.


Potato Salad



Pagi ni sarapan ala2 barat ...subuh2 dah rebus kentang untuk buat Patato Salad ni, hm....memang sedap...dimakan dengan sosej, roti dan telur. Memang kenyang...cukup bekalan sampai tengahari, resepi Potato Salad ni Mas ambik dari dapur Kak Hana, tima kasih kak...mas belah 2 jer kentang tu,rasanya lebih sedap kalau belah4, tak pe, rasanya esok2 buat lagi...he..he..


Potato Salad
Copy : Kak Hana


Bahan - bahan :
  • 5 - 6 biji kentang - nak cepat belah 2 atau 4
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • mayonis
  • garam
  • dry parsley - optional - mas tak letak  
Cara - cara :
  1. Rebus kentang sehingga empuk. Toskan airnya.. Biarkan kentang dlm periuk.
  2. Masukkan butter, garam, blackpepper dan juga mayonis. Tutup periuk dan goncang2kan agar bhn2 tadi sebati.
  3. Letak di atas pinggan dan taburkan dry parsley.
  4. Enak dimakan panas2.
  5. Jika inginkan cheese, lenyek kentang separa mashed, masukkan kedalam bekas dan letak cheese dan bakar.

Sunday, July 25, 2010

MARBLE BANANA MUFFIN



Hasil dari selongkar dapur Izah, yang suka muffin tu, Mas pilih Marble Banana Muffin untuk muffin pertama Mas, sebenarnya  Mas tak pernah buat muffin lagi, tetiba tergerak hati nak makan muffin, jadi kita selongkar dapur Izah untuk melihat pelbagai jenis muffin, rupa2nya buat muffin lebih senang dari buat kek dan bahan2 nya pun simple jer, godek2 jer dah siap, seronok juga tuang dalam bekas2 yang comei2 tu...Ain dah tersenyum lebar bila Mas bagi dia tuang adunan muffin dalam bekas...dan rasanya memang sedap...lembut dan gebu....tak sedar dah makan 3 ketoi...he..he..


MARBLE BANANA MUFFIN
Copy : Izah

Bahan bahan A :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula kastor - izah guna 1 cawan, mas pun guna 1 cawan
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
Bahan B :
  • 1 biji telur - saiz L
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak masak / mentega dicairkan
  • 1 cawan pisang dilenyek kasar
Bahan lain :
  • 1 sudu besar coklat pes ( izah guna 1/2 sudu besar kopi paste + 1 sudu besar serbuk koko
  • untuk topping : coklat chip / walnut / apa2 yang disukai ( mas pun tak letak )
Cara membuatnya :
  1. Ayak tepung dan baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas.
  2. Satukan telur, susu segar dan minyak  dan gaul sebati dan tuang kedalam adunan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar adunan bersatu dan masukkan pisang yang telah dilenyek kasar tadi.
  3. Bahagikan 2 adunan dan masukkan coklat pastle kedalam 1 adunan.
  4. Kemudian cedokkan kedalam muffin pan dan selang selikan untuk marblekan muffin. Mas letak pisang yang telah dihiri2 nipis atas muffin.
  5. Panaskan dulu oven pada suhu 200c dan apabila nak bakar muffin turunkan suhu ke 190c dan bakar selama 25 minit.

Friday, July 23, 2010

MINI MARBLE CHIFFON CAKE



Ari tu selongkar dapur Kak Ros yang dok kat jepun tu, terjumpa resepi Mini Marble Chiffon Cake, nampak menarik dan sedap...kebetulan Mas baru beli bekas chiffon yang kecil ( 16 cm ) jadi rasanya elok sangat untuk mencuba, tima kasih kak ros ...kek cipon ni memang sedap....kejap je dah abis...tapi kek ni tak tinggi sangat sebab acuan kak ros 10 cm, mas punya 16 cm, itu pun mas buat 2 adunan....apa pun kek ni tetap laku..dan marble tu jngn pelik, dah terlebih campur sebab masa nak bakar mas tertolak kat tengah acuan tu terus adunan cipon terkeluar kat bawah tu, terpaksa tuang balik adunan untuk betulkan balik bekas cipon tu, susah juga kan acuan yg jenis bleh buka tu...tapi yang best masa nk keluarkan kak..senang kan..


MINI MARBLE CHIFFON CAKE
Copy : Kak Ros

Bahan-bahanya - ( Acuan Mini Kek Chiffon 10cm)

  • 1 biji telur (saiz L)
  • 20 gram gula
  • 20 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar susu segar@air
  • 1 sudu teh baking powder


Cara-caranya :
  1. Asing putih dan kuning telur, kemudian putar putih telur hingga berbuih dan masukkan 15gram gula, pukul lagi hingga kental dan menjadi merigue, ketepikan.
  2. Kemudian putar pula kuning telur bersama, baki gula dan susu, putar hingga kembang, masa ni nak pakai handwhisker pun boleh, tak perlu guna electic mixer tu. Setelah kembang masukkan tepung dan baking powder dan kacau sebati.
  3. Selepas itu masukkan meringue sedikit demi sedikit dan guna cara kaup balik iaitu kaup adunan dari bawah ke atas, ulang langkah tadi sehingga meringue habis, pastikan semua sebati dan akhir sekali baru masukkan minyak masak, kacau lagi.
  4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian, dua bahagian di warnakan dengan warna merah dan hijau dan satu lagi biarkan warna asal, Tuang berselang seli aduanan merah, hijau dan warna asal dan akhir sekali ambil garpu dan lorekkan perlahan, bakar pada suhu 160 darjah selama 20 minit
  5.  Setelah masak terbalikkan kek di atas gelas dan apabila sudah sejuk baru keluarkan dari acuan, sedia untuk dihidangkan. selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...