Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, June 27, 2010

KUIH BAKAR KENTANG




Sedap tau Kuih Bakar Kentang ni, Mas saje buat dalam bekas muffin sebab nampak cantik sikit. Rasanya lembut dan berlemak memang sedap dimakan sambil minum air nescafe....



Bahan :
  • 2 biji kentang - rebus dan lenyek / kisar
  • 1 biji telur
  • 2/3 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • pewarna kuning / hijau
  • 1/3 besar minyak sapi / butter - cairkan
Cara membuatnya :
  1. Kacau telur dan gula. Masukkan tepung gandum, pewarna kuning dan santan, kacau sebati, tapis ( mas blender jadi tak payah tapis )
  2. Tuang kedalam ubi kentang yang dilenyek tadi dan kacau sebati, masukkan butter cair, kacau sebati lagi.
  3. Sapukan loyang / acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan kedalam bekas tadi.
  4. Masak atas api kecil dan boleh tabur bijan jika suka.
  5. Mas bakar dalam oven selama 20 minit suhu 180c.


Friday, June 25, 2010

SUP AYAM SIMPLE



Arini Mas buat Sup Ayam untuk Ain, Ain tak sihat la, demam dari semalam...mudah2an Ain cepat2 sihat ye...nampak Ain berselera juga makan sup tadi...lega rasanya...agaknya dah berselera kot sebab semalaman tak nak makan apa2...

Bahan :
  • beberapa ketul ayam - dicuci bersih
  • 1/2 inci halia - ditumbuk biar pecah sikit
  • sedikit carrot
  • sedikit lada hitam
  • 1/2 ketul kiub ayam
  • air  - 2 cawan lebih
Cara membuatnya :

 Satukan ayam, air, lada hitam dan halia, masak hingga ayam kelihatan agak empuk. Masukkan carrot, stok ayam dan sedikit garam. Masak seketika hingga carrot kelihatan empuk. Boleh dihidangkan.


Solok Lada Pedas Sos Tiram



Assalamualaikum.
Panjang plak nama lauk ni, hentam je la..selalunya Solok Lada ni tak de kuah atau kuah santan, disebabkan tekak ni nak rasa pedas jadi Mas buat kuah sos tiram dan letak cili padi....memang pedas dan sedap....Mas baru je lepas masak tau...tak sabar dah ni nak makan...he3..resepinya Mas belajar dari mak Mas yang belajar dari adik angkatnya yang orang Terangganu....kena sangat dengan tekak Mas..sedappp...


Solok Lada Pedas Sos Tiram
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 ekor ikan kembung - jenis yang banyak isi ( ambik isinya saja )
3 biji cili besar - belah sikit dan buang biji
2 sudu besar kelapa parut
2 biji bawang merah
sedikit lada hitam dan kiub ayam , garam jika perlu

Bahan kuah :
1 biji bawang besar -belah 4
6 biji cili padi - tumbuk pecah
1/2 inci halia - potong nipis2
3 sudu besar sos tiram
sedikit air dan kiub ayam
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan air



Cara membuat solok lada :
Kisar semua bahan A ,masukkan dalam mangkuk, perasakan dengan sedikit kiub ayam dan garam jika perlu. Gaul sebati.
Sumbatkan bahan kisar tadi kedalam cili besar yang dibelah tadi padat2, jika ada baki boleh di masukkan dalam kuah nanti.
Kukus cili yang disumbat tadi hingga masak. 






Cara membuat kuah :
Tumis halia hingga garing, masukkan bawang dan cili padi, masak sebentar.
Masukkan sos tiram , kiub ayam dan sedikit air, kacau rata, apabila kuah mendidih masukkan lebihan isi tadi, kacau lagi dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebati.
Tuang kuah tadi atas solok lada tadi. 

CHIFFON COKLAT



Salam semua....Mas buat Kek Chiffon Coklat ni 1/2 adunan je,sebab tu nampak kek tu tak berapa nak tinggi, rakyat kat rumah ni tak ramai, jadi buat sikit je la...nak merasa je...geram juga tengok Kek Chiffon Coklat kat rumah Kak Hana, semalam Izah pun buat juga, memang sedap kek ni, lembut dan gebu....resepi Mas copy dari rumah Kak Hana, tima kasih ye kak....



CHIFFON COKLAT 
Copy : Kak Hana 

Bahan A
  • 4 kuning telur (gred A)
  • 135 ml air
  • 85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 100 g gula halus
  • 135 g tepung gandum 
  • 15 g serbuk koko
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 camca teh baking powder
Bahan B
  • 4 putih telur (gred A)
  • 90 g gula halus
  • Secubit cream of tartar - mas tak letak

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
  3. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.
  4. Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.
  5. Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk dihidang.

Thursday, June 24, 2010

KUIH LAPIS PISANG



Baru sampai Kuih Lapis Pisang ni kat rumah Mas, memang sedap...ari tu Mas buat kat kampung, tak sempat nak ambik gambar, memang laku kuih lapis ni, kejap je habis, jadi Mas buat lain, ari tu tak puas makan la..tima kasih pada kak yatie yang rajin memasak tu, macam2 jenis kuih lapis ada kat rumah dia....


Bahan :
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung kastad / tepung jagung pun boleh 
  • 1 sudu teh garam
Bahan B
  • 1 cawan pisang berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air
Bahan C
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna -mas guna warna hijau
Cara menbuatnya :
  1. Campurkan bahan A hingga sebati . Tapis ( mas blender bahan A hingga sebati, tak payah tapis ) dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  2. Campurkan bahan B satu bahagian dan kacau rata.
  3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C ,kacau rata.
  4. Panaskan kukusan, ( sediakan loyang yang disapu sedikit minyak ), panaskan sebentar
  5. Tuang hampir 3/4 cawan adunan pisang ( B ) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan hijau dan kukus juga selama 8 minit. ( mas sukat adunan (B) dan adunan (C ) sama banyak)
  7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang (B)
  8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukus dengan kitchen towel dan kukus lebih kurang 10 -12 minit.
  9. Biar sejuk baru dipotong.


Wednesday, June 23, 2010

Asparagus Masak Udang




Assalamualaikum.
Asparagus Masak Udang yang digadingkan sekali dengan Sambal Cencaru Sumbat Kelapa, perhhh...memang best. Kuah Asparagus ni pun tak pedas, jadi sesuai untuk Ain dan Daniel....meh layan Asparagus Masak Udang yang simlle dan sedapp ni.

Asparagus Masak Udang
Resepi : MasDuniaku

Bahan  :
15 batang asparagus - dipotong2
udang - ikut suka nak banyak mana
2 ulas bawang putih - dihiris2
1 cawan stok udang
1 sudu kecil sos tiram - Mas guna jenama Maggi
1 sudu kecil lada sulah 
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
sedikit garam jika perlu

Cara memasak :
Tumis bawang putih hingga garing sikit, masukkan asparagus dan udang, kacau kejap, masukkan stok udang dan biarkan mendidih.
Masukkan sos tiram dan lada sulah, kacau sebati.
 Masukkan sedikit garam jika rasa kurang masin dan masukkan bancuhan tepung jagung, kacau dan tutup api.


Sambal Cencaru Sumbat Kelapa



Sambal Cencaru Sumbat Kelapa ni Mas buat hari Isnin, semalam sibuk sikit la, tak sempat nak buka blong lama2,cencaru ni Mas buat 2 ekor je, yang nak makan pun Mas sorang je, anak2 Mas tak makan ikan cencaru ni, Mas goreng ayam je kat diaorang,

Sambal Cencaru Sumbat Kelapa
Bahan tumbuk : 
  • segengam kelapa parut
  • 5 biji cili kering -direndam
  • sedikit kunyit hidup, halia, 
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit garam kasar dan gula
  • 1 batang serai - dihiris2
- 2 ekor ikan cencaru - dibersihkan dan dibelah belakang

Cara memasaknya :
  1. Lumurkan ikan cencaru dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Sumbatkan bahan2 yang ditumbuk halus kedalam ikan cencaru.
  3. Ikat ikan dengan benang supaya bahan2 yang ditumbuk tu tak keluar masa nak goreng nanti.
  4. Goreng cencaru hingga garing, angkat dan letak sambal tumis diatasnya.
Bahan sambal tumis :
  • cili kering - dipotong2 dan direbus sekejap, kemudian toskan -dikisar
  • bawang besar - dikisar
  • bawang putih - dikisar sekali
  • sedikit ikan bilis - dikisar sekali
  • sedikit gula merah, garam ,gula secukup rasa
  • sedikit sos tiram , sos cili
Cara memasak :

Tumis bahan2 yang dikisar hingga naik bau, masukkan sedikit gula merah, sos tiram ,sos cili, garam dan gula secukup rasa, masak hingga sambal pekat dan kelihatan garing, angkat dan tuang atas cencaru tadi.




Monday, June 21, 2010

TELUR DADAR BERSOSEJ



Ni Telur Dadar Bersosej yang Mas makan dengan Tomyam, sedap tau, tak payah tambah lauk lain dah, kalau nak makan Telur Dadar Bersosej ni untuk sarapan pun boleh juga, cuma tambah Kentang Goreng je..

Bahan :
  • 2 biji telur
  • 1 batang sosej - potong 
  • sedikit garam, lada putih, susu segar
Cara membuatnya :
  1. Goreng sosej yang dipotong tadi. Toskan.
  2. Satukan telur, sedikit garam ,lada putih, susu segar , pukul sebati, masukkan sosej tadi, kacau rata.
  3. Masak seperti memasak telur dadar.


TOMYAM



Tomyam ni Mas masak untuk tengahari semalam, ari tu tengok ada tomyam kat rumah kak Hana, jadi teringin pulak, lagi pun anak - anak ngan suami pun suka ...tomyam ni mas makan ngan nasi panas dan telur dadar, memang sedap....


Bahan :
  • ayam dan udang -ikut suka nak banyak mana
  • bebola ketam
  • 3 kiub tomyam 
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang besar - dibelah 4
  • bunga kobis 
  • 5 biji cili padi - ditumbuk pecah sedikit 
  • 1 sudu besar oren sunquits
  • 2 biji jus limau nipis
Bahan kisar :
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
Cara memasak :
  1. Masukkan ayam dan air kedalam periuk dan biar mendidih.
  2. Masukkan bahan kisar, daun limau purut, serai, cili padi, bawang besar, tomato,bebola ketam dan kiub tomyam. Biar mendidih.
  3. Apabila ayam kelihatan masak ,masukkan udang, bunga kobis, pati oren sunquits dan jus limau nipis.
  4. Bila udang kelihatan kemerahan bolehlah tutup api dan dihidangkan.


Sunday, June 20, 2010

Agar2 Roti




Assalamualaikum. 
Agar2 Roti ni Mas buat masa kat kampung, suspen juga buat sebab first time buat, tak tahu rasanya macam mana. 
Alhamdulillah...sedap sangatt....puas hati buat agar - agar roti ni, anak - anak Mas pun suka makan sebab warnanya yang warna warni. Cantik kan. Sebenarnya resepi Agar2 Roti ni Mas dapat masa mencari2 resepi agar2 kat internet...tak ingat lak dari blog sape dan siapa tuan resepi sebenar Agar2 Roti ni...Mas minta dikongsikan disini yerk... 

Agar2 Roti
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 peket agar2 bertali - 20 gram
6 cawan air 
200 g gula pasir
1 tin susu cair
6 keping roti - Mas guna kulit roti sekali
1 biji telur
3 jenis pewarna
1 sudu teh esen vanila 


Cara :
Roti ,susu cair dan telur disatukan.
 Apabila roti kembang, blender hingga halus.
Agar2 direndam sekejap kemudian toskan. 
Satukan agar2 dengan 6 cawan air dan masak hingga agar2 hancur dan tapis. Masukkan semula ke dalam periuk.
Masukkan gula dan apabila gula sebati masukkan bahan2 yang diblender tadi. 
Kacau  sekejap dengan api perlahan.
Bahagikan ke - 3 bahagian dan masukkan warna tiap2 bahagian tu. Kacau rata.
Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( SEKALI TUANG HABIS 1 WARNA YER ) dan diikuti dengan warna lain juga, dituang ditengah loyang, TAK PAYAH TUNGGU ADUNAN TU KERAS.
Sejukkan didalam peti sejuk dahulu sebelum dipotong.
Sesuai juga dibuat untuk jamuan atau kenduri....


Saturday, June 19, 2010

NASI KUNING



Nasi Kuning ni Mas dapat resepi dari rumah Kak Yatie yang rajin memasak tu, jauh tau datang , dari US, kena naik kapal terbang baru sampai kat Subang ni, he..he..tima kasih kak. memang sedap nasik ni, rasanya ala2 nasi lemak, anak - anak Mas memang suka...

Bahan :
  • 3 cawan beras basmathi - mas guna beras biasa + beras wangi
  • 3 1/2 cawan santan
  • 3 sudu besar minyak sapi 
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 labu bawang besar - kisar ( mas pun hiris je )
  • 2cm halia - kisar ( mas pun hiris je )
  • 3 helai daun pandan
  • garam
Cara memasak :

  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Masukkan santan, garam dan daun pandan kedalam rice cooker.
  3. Sementara itu, panaskan minyak sapi dan tumis bahan2 kisar  dan serai hingga naik bau. Bila nasi mendidih, masukkan bahan2 tumis, kacau rata.
  4. Biarkan nasi masak seperti biasa.
  5. Bila nasi dah masak, bolehlah digembur dan boleh dihidangkan.

Friday, June 18, 2010

Mini Bun Cheese



Assalamualaikum , rindu betul Mas kat semua...line kat kampung teruk la...frust juga tak boleh bukak blog, sabar je tunggu balik ke Subang balik, Mas sampai malam tadi, alhamdudillah semuanya selamat, petang ni baru free, biasa la kan, banyak kerja nak kena buat...roti Mini Bun Cheese ni Mas buat petang sebelum balik kampung, sedap tau.
Mini Bun Cheese
Bahan :
  • 300g tepung gandum
  • 55g gula halus
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 camca besar susu tepung
  • 1/2 camca teh bread improve - mas ganti dengan water roux
  • 30g minyak sapi / mentega - mas ganti dengan lemak sayur
  • 1 1/2 camca teh yis
  • 30g telur
  • 100 ml air suam - 50 ml air extra
Cara - cara :
  1. Gaul rata tepung gandum, garam, susu tepung, water roux, lemak sayur dan telur.
  2. Bancuh air suam dengan yis dan gula halus.
  3. Tuang bancuhan tadi kedalam adunan tepung, uli hingga adunan menjadi licin dan lembut.
  4. Rehatkan selama 45 minit atau naik 2 kali ganda.
  5. Tunbuk2 untuk keluarkan angin dan buat bulat2 dan susun dalam loyang yang telah disapu mentega.
  6. Biar doh naik lagi dan sapukan susu segar + telur diatas roti .
  7. Panaskan oven 180c dan bakar roti selama 10 - 15 minit atau hingga keperangan, apabila roti kelihatan perang2 muda, keluarkan roti dan sapu susu segar + telur sedikit atas roti dan taburkan gula pasir dan cheese yang dipotong halus2 atas roti dan bakar lagi selama 3 minit.



Friday, June 11, 2010

Kek Gula Hangus



Assalamualaikum. Apa khabar semua dipagi Jumaat yang mulia ni. Kek Gula Hangus ni baru je lepas masak tau, Mas buat untuk buah tangan keluarga dikampung. Kek ni memang lembut dan gebu, sebelum dibakar kena perap dulu 4 jam lebih untuk dapatkan sarangnya tu....kejap lagi Mas nak bertolak balik ke rumah mertua di Felda Keratong di Pahang. Mas seminggu disana, jadi kalau line internet ok dapatlah kita berjumpa macam selalu. Minta2 ok...he..he..jadi doakan perjalanan kami selamat sampai ketempat yang dituju ye.

Kek Gula Hangus
Resepi : MasDuniaku
Bahan gula hangus :
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar mentega
Cara :
Masak gula sahaja hingga cair dan berwarna coklat, dengan hati - hati tuang air perlahan - lahan dan kacau hingga gula hancur sepenuhnya, masukkan mentega, kacau sebati, - sejukkan

Bahan kek :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camca besar soda bikarbonat
  • 4 biji telur - mas guna 3 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat , kacau sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat, kacau sebati.
  4. Masukkan air gula hangus dan esen vanila, kacau sebati.
  5. Tuang kedalam loyang bakar yang telah disapu marjerin dan perapkan selama 4 - 6 jam.
  6. Panaskan oven 160 - 180 c , bergantung pada oven masing - masing, mas guna suhu 160c saje sebab oven mas kecil je dan bakar selama 1 jam, mas bakar selama 50 minit je..
  7. Setelah masak, sejukkan dulu baru dipotong.

Yang ni untuk keluarga dikampung...tak boleh ambik tau...


Thursday, June 10, 2010

Ayam Masak Santan Berlada



Assalamualaikum. Layan Ayam Masak Santan Berlada ni Mas copy resepi dari majalah RASA ni untuk lunch hari ni, sedap tau, tak tahu nak masak apa, itu yang membelek2 majalah cari resepi, selain dimakan dengan nasi sesuai juga dimakan dengan roti atau pulut,

Ayam Masak Santan Berlada
Resepi : Dari majalah Rasa
Bahan :
  • 1/2 ekor ayam
  • 250 ml santan
  • 1 helai daun kunyit
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar :
  • 10 biji cili kering - nak pedas boleh letak lebih
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 biji buah keras
Bahan Tumis :
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga garing.
  3. Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut sedikit.
  4. Masukkan santan dan daun kunyit.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6.  Masak hingga kuah kelihatan agak pekat.
  7. Sedia dihidangkan.

Donat Kentang



Assalamualaikum. Sarapan pagi semalam, Mas buat donat kentang, sedap la, donatnya lembut dan gebu..asyik bila dah start menguyah, sedar tak sedar dah 4 biji Mas makan...resepi Mas dapat dari Kak Yatie....tima kasih ye kak..berbaloi buat donat ni....


Donat Kentang
Sumber :  Kak Yatie
Bahan :
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu suam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar yis - Mas satukan dengan susu suam
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar marjerin @ butter
  • 1 cawan kentang rebus - lenyek hingga halus
  • 1 sudu teh garam

Cara membuatnya :
  1. Tepung gandum digaul dengan marjerin dan kentang lenyek sehingga rata.
  2. Telur dipukul sedikit dan dicampur dengan gula dan garam, tuang ke adunan tepung, gaul sebati.
  3. Tuang susu suam yang bercampur dengan yis dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Biar doh naik 2 kali ganda.
  5. Kemudian tumbuk untuk keluarkan angin.
  6. Bentukkan doh bulat2 dan leperkan sedikit, biar naik lagi...bila nak goreng baru lubangkan tengahnya.
  7. Goreng hingga donat berwarna coklat2 dengan api perlahan.
  8. Angkat dan toskan...salut donat dengan gula halus.

Wednesday, June 9, 2010

Kuih Sagu



Gara - gara tergoda tengok kuih Sagu kat dapur Indah, Mas terus buat masa masak tengahari tadi, Mas memang suka kuih Sagu, disebabkan dah lama tak makan, bila dah nampak jadi gelisah plak selagi tak makan, mengalahkan orang mengandung plak,he..he..sagu pon ada sikit je, jadi dapatlah 3 ketoi, lepas la kempunan tu....wakaka..memang kelakar bila difikirkan, sagu tu dah lama tersimpan dalam almari, jadi tadi kira nak menghabiskan stok la....


Kuih Sagu
Sumber : Mas - Duniaku
Bahan :
  • 1 cawan sagu biji kecil
  • 2 cawan air
  • 3/4 gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah
  • sedikit pati sirap
  • 1 helai daun pandan - untuk mewangikan kuih tu
Untuk salut
  • kelapa parut - agak 2 
  • sedikit garam - digaul sebati dengan kelapa parut
Cara :
  1. Rendam sagu hingga kembang.
  2. Panaskan air, masukkan pati sirap, daun pandan dan gula, biar mendidih .
  3. Toskan sagu tu dan masukkan sagu kedalam air yang mendidih tu, kacau hingga sagu menjadi agak 2 pekat dengan api sederhana, kalau masih ada biji 2 putih, tak pe, biarkan. 
  4. Tuang sagu kedalam loyang atau acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak, kukus selama 20 minit dengan api sederhana atau sehingga biji 2 putih sagu tu hilang.
  5. Apabila sejuk, keluarkan dari acuan, kalau dari loyang potong ikut saiz yang dikehendaki dan salutkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
  6. Jeng..jeng..boleh dimakan

Ikan Percik Utara



Ikan kembung ni memang sentiasa ada stok dalam peti ais sebab anak dara Mas suka makan ikan kembung goreng, disebabkan ikan  kembung tu segar - segar jadi Mas buat Ikan Percik Utara, resepi Mas dapat dari majalah RASA, memang sedap....makan dengan bendi pedas udang dan telur, memang habis sepinggan nasi...he..he..

Ikan Percik Utara
Bahan :
  •  ikan kembung - dicuci bersih ( mas guna 2 ekor)
  • 10 biji  cili kering -dikisar ( kalau nak pedas letak lebih )
  • 4 biji bawang merah - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1 batang serai - dipotong2 dan dikisar
  • 1/2 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1/2 biji buah keras - direndam dan dikisar
  • sedikit minyak masak untuk menumis
  • 1/2 cawan santan 
  • garam dan gula secukup rasa
Cara :
  1. Perap ikan kembung dengan bahan - bahan kisar selama 30 minit.
  2. Kemudian letakkan ikan atas aluminium dan bakar dalam oven hingga garing atau bakar atas bara api lebih sedap.
  3. Lebihan bahan yang dikisar tadi ditumis sehingga harum dan masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Masak hingga kuah hampir pekat dan tuang atas ikan yang dibakar tadi.


Bendi Pedas Goreng Udang dan Telur



Bendi Pedas Goreng Udang Dan Telur ni Mas masak tengahari semalam. Dah lama tak masak bendi, tiba - tiba je teringin. Sedap tau, Mas letak cili padi tumbuk, memang berpeluh makan.


Bendi Pedas Goreng Udang dan Telur
Bahan :
  • bendi - dibersihkan dipotong serong - serong.
  • udang
  • 4 biji cili padi ditumbuk
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • sedikit belacan - ditumbuk sekali dengan bawang dan cili padi
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam, gula
Cara :
  1. Tumis bahan - bahan yang ditumbuk hingga wangi dan sedikit garing dengan api sederhana.
  2. Masukkan sos tiram, garam sedikit dan gula, kacau sebati.
  3. Masukkan udang dan bendi, masukkan sedikit air, kacau rata dan tutup kuali seketika.
  4. Apabila bendi dan udang kelihatan masak , masukkan telur dan biar setengah masak baru dikacau rata.
  5. Tutup api dan boleh dihidangkan.

Tuesday, June 8, 2010

Prosperity Burger




Assalamualaikum.
Inilah rupa Prosperity Burger yang Mas cakapkan tu. Memang sedap...cayala Kak Hana, rasanya sama macam kat MD, he..he..lepas ni boleh buat selalu. Anak - anak Mas pun suka, tima kasih ye kak atas resepi yang sedap ni

Prosperity Burger

Bahan utama :
Roti burger
Burger daging
Bawang holland - dihiris memanjang 
nak goreng boleh @ nak mentah pon boleh
Kobis bulat - potong halus2 - Mas tambah 
Cheese -  Mas tambah 

Bahan sos lada hitam :
2 cawan stok ayam - guna stok ayam -  air + kiub ayam 
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar..agak2 lah kalau nak pedas tambahlah lebih
1/2 biji bawang besar - cincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega @ marjerin
2 sudu tepung jagung - dibancuh dengan air
garam dan gula jika perlu




Cara :
Tumiskan bawang besar hingga naik bau. 
Masukkan stok ayam dan susu. Didihkan.
Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega @ marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang di kehendaki.
Goreng daging ( tak yah letak minyak ) dan lepas tu celupkan kedalam sos lada hitam.
Belah2  roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
Lekatkan daging yang telah dicelup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang dihiris. Mas letak juga kobis bulat yang dipotong halus dan cheese. 
Sedia untuk dimakan...yummy...

Nota :
Untuk buat stok sos prosperity ni, masa sos dah masak, sebelum masukkan bancuhan tepung jagung, tuang sos kedalam bekas bertutup dan tinggal kan baki yang nak guna saja, biarkan sos tadi sejuk baru ditutup rapat2 dan disimpan dalam peti ais, lebihan sos tadi baru dimasukkan bancuhan tepung jagung, sos boleh disimpan selama 3 hari, bila nak guna panaskan sos dan tuang bancuhan tepung jagung.


Milo Ais Blended



Minum milo ais blended sambil makan prosperity burger, sedap tau, he..he..pagi - pagi dah minum ais, sekali sekala sedap juga...

Milo Ais Blended
Bahan :
  • 3 sudu besar milo
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu segar
  • ais
Cara:
  • bancuh milo dan susu pekat manis dengan 1/2 cawan air panas kemudian masukkan susu segar.
  • tuang kedalam bekas kisar dan tuang ais ikut bekas sampai penuh, kisar hingga halus.
  • Tuang kedalam gelas, sedia diminum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...