Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, May 31, 2010

MARBLE CHEESE CHOCOLATE BROWNIES



Hari ni Birthday adik ipar Mas, Norfazihan yang ke -21. Semoga Yan dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik,diberkali Allah sentiasa dan moga mendapat jodoh yang baik. Amin...
Jadi Mas buatkan Marble Cheese Chocolate Brownie untuk Yan...


Bahan - bahan A :
  • 250 g butter
  • 1 cawan serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara - cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170c.
  2. Cairkan butter dan masukkan serbuk koko, kacau rata.
  3. Dalam bekas lain, putar gula dan telur hingga kembang,masukkan no 1 dan putar lagi, masukkan susu segar, putar lagi, masukkan bahan 2 kering yang telah diayak sedikit 2 dan masukkan esen vanila, kacau sebati.
  4. Tuang kedalam loyang yang telah disapu marjerin dan tinggal sedikit untuk hiasan peringkat akhir, bakar selama 20 minit. 
  5. Apabila sudah masak, keluarkan dan sejukkan.
Bahan - bahan B :
  • 250 g cream cheese
  • 200 g fresh cream / plain yogurt
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 2 biji telur
  • 8 camca besar gula halus
Cara - cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170 c.
  2. Masukkan semua bahan kedalam blender dan kisar hingga menjadi krim.
  3. Tuang ke atas kek yang telah dibakar tadi. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi kedalam piping beg dan buatlah beberapa garis dan loretkan untuk mendapatkan corak.
  4. Masukkan air panas kedalam loyang dan letakkan loyang kek tadi diatasnya.
  5. Bakar selama 40 minit ke 45 minit .
  6. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit, letakkan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan  kek hangus dan terus bakar hingga cukup 45 minit.
  7. Setelah kek sejuk masukkan kedalam peti sejuk selama 2 - 3 jam sebelum dipotong.
  8. Sedia dihidangkan apabila kek sudah sejuk...

APOM BERAS



Sebenarnya dah lama mas mencari resepi apom beras ni,sesetengah tempat panggil apom lenggang, jumpa juga kat rumah ummi, tima kasih ye ummi atas resepi apom beras ni, sedap tau...berebut2 makan dengan anak - anak, rasanya lemak2 manis, sedap dimakan dengan air nescafe....

Bahan - bahan :
  • 300g tepung beras
  • 270 ml santan pekat
  • 1 sudu kecil yis kering
  • 60g gula 
  • 1/2 cawan nasi
  • secubit garam 
Cara - cara :
  1. Kisar semua bahan kecuali garam hingga sebati.
  2. Tuang kedalam mangkuk dan masukkan secubit garam. Kacau sebati. Boleh tambah sedikit air jika adunan kelihatan agak pekat.
  3. Rehatkan selama 1 jam.
  4. Panaskan kuali non - stik dan masukkan 1 1/2 senduk besar ke dalamnya.
  5. Lenggangkan merata didalam kuali.
  6. Tutup kuali tersebut dan biarkan 2  hingga 3 minit.
  7. Angkat apom dan terus gulung. Ulang langkah tadi hingga habis.

Sunday, May 30, 2010

Roti Arab 2



Roti Arab lagi, tapi cara masaknya tak sama tau, sedap dimakan dengan rendang pedas, resepi rendang pedas boleh dilihat disini yer...roti arab ni lembut dan gebu tau....


Roti Arab 2
Bahan - bahan :
  • 500g tepung high protein 
  • 1 peket yis kering 
  • 50g gula halus
  • secubit garam
  • 250 ml air suam 
  • 6 sudu besar lemak sayur
  • 2 sudu besar water roux - mas saja letak, jadi kurang kan sikit air suam tu ye
Cara - cara :
  1. Satukan semua bahan kecuali air suam dan yis kering, kemudian tuang campuran air suam dan yis yang telah disatukan dan uli hingga adunan lembut dan licin.
  2. Rehatkan adunan selama 45 minit atau naik 2 kali ganda dengan menutup dengan kain bersih yang lembab.
  3. Tumbuk - tumbuk untuk keluarkan angin, bahagikan adunan ikut saiz yang dikehendaki.  Buat bulat2 kemudian leperkan dan biarkan doh naik - dalam  15 ke 20 minit.
  4. Masak dalam kuali non - stik tanpa minyak, tutup kuali supaya roti masak sama rata. Bila kelihatan coklat boleh diterbalikkan disebelah lagi.
  5. Tebal atau nipis roti bergantung pada citarasa masing2.


MEE KARI



Assalamualaikum. Dalam cuaca sejuk pagi ni jom kita layan mee kari pagi ni. Mas buat untuk sarapan. Dah lama tak masak mee kari, bila ternampak kat rumah kak yatie, kena masak juga, he..he..mengalahkan orang mengidam kan,kalau dah teringin, memang tak sabar2 nak makan.

 Bahan - bahan :
  • 1 peket mee kuning
  • 1 cawan santan
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil2
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
Bahan kisar :
  • sedikit halia
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • sedikit air
Bahan hiasan :
  • telur rebus
  • kerang - dicelur
  • kobis dipotong halus2 - tak payah celur
  • tauge - dicelur sedikit
Cara - caranya :
  1. Celur mee kuning dalam air mendidih, toskan, ketepikan.
  2. Tumis serai, daun kari, bunga cengkih, kayu manis dan bahan2 yang dikisar halus hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air dan isi ayam, biar hingga mendidih,apabila ayam kelihatan masak masukkan santan, garam ,gula dan serbuk perasa.Masak hingga ayam kelihatan cukup masak dan boleh ditutup api.
  4. Letak mee yang dicelur dalam pinggan, letakkan juga kobis dan tauge diatas mee, kemudian kerang dan telur yang direbus,tuang kuah kari keatas mee tadi, sedia dihidangkan.

Saturday, May 29, 2010

PAPRIK AYAM




Jom layan paprik ayam, mas baru je masak, suami mas tiba2 je nak makan paprik ayam, paprik ni makan ngan donat,he..he.. betul ke tak cara ni, mas layan je, petang ni tetap masak nasi, suami mas ni tengah diet, nasi dia makan seminggu 2 ke 3 kali je, tu yang selalu buat roti...tak pe la, untuk che abang tercayang, tak kisah la..., mas pulak yang tak tahan nasi, tiap2 hari wajib makan...

Bahan - bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil- kecil
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 labu bawang besar - ditumbuk
  • 2 batang serai - dititik
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • 3 helai daun limau purut - dipotong nipis
  • carrot ,kacang panjang
  • sos tomato , sos cili , sos tiram - semuanya disukat sama banyak    ( 2 sudu besar tiap2 sos )
  • gula secukup rasa
  • 1 sudu besar air limau nipis
  • sedikit perasa
Cara - cara  :
  1. Ayam digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam setengah masak.Ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, daun limau purut ,serai dan cili padi hingga wangi.
  3. Masukkan sos tiram ,sos cili , sos tomato ,air limau nipis,kacau rata. Tambah air sedikir jika kuah terlalu pekat.
  4. Masukkan carrot , kacang panjang dan ayam. Kacau rata. Bila sayur dan setengah masak boleh diangkat dan dihidangkan.


Bubur Nasi Bersantan




Assalamualaikum. 
Bubur Nasi bersantan yang Mas masak petang semalam. Tetiba je tekak teringin nsk makan bubur nasi. Lagi pun Ain ngan Daniel pun gemar sangat bubur nasi. Kiranya sekali masak la kan...he3. Ikan bilis goreng ngan sambal tu pulak untuk mak budak makan. Budak2 ni, nak makan gitu2 jerk..

Bubur Nasi Bersantan
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 cawan beras
sedikit ayam - dipotong2
1 helai daun pandan
3 cawan air
1/2 inci halia
1 batang serai - dititik
1/2  ketul kiub ayam
1 cawan santan
1/2 cawan carrot dipotong dadu
garam dan lada sulah - agak2

Cara Menyediakannya :
Campurkan beras, daun pandan, ayam, halia dan serai bersama 3 cawan air dan masak hingga beras hancur.
Masukkan carrot, kiub ayam, 
  • lada sulah @ blackpepper,
  •  garam dan santan. 
    Kacau rata dan masak sehingga semuanya lembut.
  • Cedokkan ke dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup @ daun bawang dan juga bawang goreng. 
  • Sambal ikut pilihan masing2.
  • Jika suka, bleh buh ikan bilis goreng dan juga daging ayam rebus yang disiat2.



  • Friday, May 28, 2010

    Buter Roll



    Assalamualaikum. Selamat bercuti semua. Seronoknya minggu ni cuti 3 hari. Anak2 cuti tapi kaum2 ibu tetap bekerja,untuk keluarga tercinta tak kisah kan, walaupun cuti, rasanya jadual tetap padat, anak mas ada tuisyen pagi ni, jadi mas seperti biasa juga sediakan sarapan. Meh kita sarapan Butter Roll pagi ni....Mas copy resepi dari Yani Myresepi, thanks Yani, roti yang sedap....

    Butter Roll
    Sumber :  Yani Myresepi

    Bahan (  12 biji ) :
    • 120ml susu segar
    • 50g telur
    • 300g tepung roti  - mas guna tepung gandum
    • 3 sudu besar gula
    • 1 sudu kecil garam
    • 60g butter
    • 1 sudu kecil dry yeast
    • telur untuk sapu - untuk disapu pada roti
    Cara - cara :
    1. Masukkan semua bahan-bahan ikut turutan dari atas ke bawah ke dalam breadmaker.. ON kan dan tunggu siap.
    2.  Keluarkan dari breadmaker. Bahgiakan kepada 12 bahagian dan buatkan bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
    3. Kalau tak de breadmaker macam Mas , uli ngan tangan jer, satukan semua bahan kecuali susu segar dan garam, dan tuang susu segar + garam dan uli hingga doh lembut. Bahagikan kepada 12 bahagian dan buat bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
    4. Kemudian bulatkan sikit dan buatlah biar jadi bentuk kon.
    5.  Canaikan biar jadi panjang lebih kurang 30-35cm. Kemudian gulungkan.
    6.  Biarkan naik 2 kali ganda. Sebelum dibakar sapukan dengan telur
    7.  Bakar selama 10-12 minit pada suhu 180C. Jika roti belum perang, biarkan roti dalam oven selama lebih kurang 5 minit sebelum dibawa keluar.
    Untuk lebih jelas tentang cara membuat Butter Roll dan tengok gambar cara membuatnya boleh klik disini.

    Thursday, May 27, 2010

    Air Teh Dangdut




    Assalamualaikum. 
    Meh kita minum Air Teh Dangdut tengahari ni, Mas dapat resepi dari Siti Mariam masa meronda - ronda kat Myresepi. Sebenarnya dah lama nak buat, cuma baru hari ni tergerak hati nak minum, sedap tau, tapi tak elok minum selalu..he..he..tengok respon kat Myresepi, ramai gak yang dah menerainya...memang terbaik Teh Dangdut tu....sedappp...

    Air Teh Dangdut
    Resepi Asal : sitimariam@myresepi.com
    Sumber : MasDuniaku


    Bahan - 1 gelas  :
    2 uncang teh
    3 sudu besar susu pekat
    2 sudu besar susu segar - option 
    air panas ikut gelas - Mas tak guna, tukar ngan susu segar

    Cara membuatnya:
    Rebus teh dengan setengah cawan air. 
    Pastikan teh tu pekat ( rebus 1/2 cawan air + 2 uncang teh dan rebus hingga air teh tinggal 1/3 cawan )
    1 cawan air panas, campur dengan susu pekat dan susu segar (susu segar panaskan ), tarik sampai berbuih - buih.


    Cara Mas : 
    Rebus teh dengan setengah cawan air. 
    Pastikan teh tu pekat ( rebus 1/2 cawan air + 2 uncang teh dan rebus hingga air teh tinggal 1/3 cawan )
    1 cawan susu segar panas, campur dengan susu pekat  dan  tarik sampai berbuih - buih.
    Masukkan susu yang ditarik ke dalam gelas sekali dengan buih2 tu.
    Tips : 
    Untuk dapatkan buih yang banyak..pastikan bahan no 2 tu panas secukupnya....baru buih2 tu terhasil dengan banyak....kalau suam..tak banyak buih yang terhasil...
    Akhir sekali baru masukkan teh yang pekat tadi kedalam susu yang ditarik tadi perlahan - lahan .
    Sukatan air dan susu ikut citarasa sendiri nak manis atau tidak, sukatan air pun sama, ikut saiz gelas, lebih senang sukat dulu air mengikut gelas yang digunakan.



    Udang Mamak



    Assalamualaikum. Ni kes nak habiskan stok udang, Mas masak Udang Mamak untuk lunch semalam. Memang sedap...resepi ni Mas ambik dari rumah Kak Hana yang nun jauh kat Jepun tu. He..he..jauh udang ni merantau kan. Anak Mas suka sangat, sampai menghisap2 kulit udang tu....tima kasih ye Kak Hana, resepi yang memang power...

    Udang Mamak
    Copy : Kak Hana

    Bahan - bahan :
    • 1 kilo udang ( kalau udang galah lagi bagus, mas guna udang biasa je )
    • 2 biji limau nipis - ambil jusnya
    • 1 biji bawang besar - cincang
    • 1 biji bawang putih - cincang ( mas tumbuk )
    • 1 cm halia muda - tumbuk
    • 1 batang serai - diketuk
    • 1/2 cawan air / stok ikan ( mas letak sikit je )
    • 1 sudu besar sos tomato
    • 1 sudu besar sos cili
    • 1 sudu besar sos tiram ( mas saja letak )
    • 1 sudu besar serbuk kari ikan ( mas letak 2 sudu )
    • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1 senduk gulai cili kisar
    • 2 tangkai daun kari
    • 4 helai daun pandan
    • garam , gula, serbuk lada sulah
    Cara - cara :
    1. Perapkan udang dengan garam, serbuk lada sulah dan jus limau untuk seketika.
    2. Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
    3. Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
    4. Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari dan cili kisar, goreng seketika.
    5. Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, sedikit stok ikan, sos tiram ( ganti garam ), gula secukup rasa, gaul sebati.
    6. Last, masukkan udang, sebatikan dan tutup api.


    Wednesday, May 26, 2010

    Air Soya Mangga




    Masa lunch tadi mas buat air soya mangga, sedap tau, semua ni gara - gara tengok jalan - jalan cari makan, sedap betul tengok serina minum soya mangga..he..he..memang sedap

    Air Soya Mangga
    Bahan:
    • air soya
    • ais
    • mangga masak
    • air gula melaka
    Cara - cara :
    1. Potong mangga panjang - panjang.
    2. Kisar air soya dan ais.
    3. Masukkan hirisan mangga kedalam cawan, tuang soya yang dikisar, tuang sedikit air gula melaka.
    4. Sedia di minum...

    Masak Lemak Cili Padi Keli



    Assalamualaikum. Sekali 2 layan masak lemak keli sedap tau. Mas buat tak banyak sebab yang nak makan mas sorang je, suami dan anak2 tak makan, hu..hu..

    Masak Lemak Cili Padi Keli
    Bahan - bahan :
    • 2 ekor ikan keli dibersihkan ( rendam dengan asam jawa dan tepung 5 minit, bilas, rendam dengan air limau nipis 5 minit, dibilas bersih.
    • *10 biji cili padi
    • *1/2 inci kunyit hidup
    • *2 biji bawang besar
    • *1 ulas bawang putih
    • *secubit garam kasar
    • 1 cawan santan pekat
    • 1/2 cawan santan cair
    • asam keping dan gula secukup rasa
    • 1 helai daun kunyit dihiris halus
    Cara - cara :
    1. Kisar halus bahan - bahan yang bertanda *. Masukkan bahan - bahan yang dikisar dan santan cair kedalam periuk dan kacau perlahan - lahan dengan api perlahan hingga kuah sebati dan mendidih.
    2. Masukkan santan pekat, asam keping dan gula, kacau lagi hingga kuah mendidih. 
    3. Masukkan ikan keli dan daun kunyit dan biarkan mendidih dengan api perlahan dan kacau sekali sekala hingga kuah kelihatan pekat. Sedia dihidangkan..

    Tuesday, May 25, 2010

    Udang Goreng Rangup



    Udang Goreng Rangup ni Mas buat pagi tadi, makan ngan koeytiaw goreng, sedap tau bila cicah dengan sos.
    Bila tengok udang besar2 ni  teringat kalau goreng rangup2 memang sedap.

    Bahan - bahan untuk udang :


    • 10 ekor udang ( dibuang kulit je dan dibelah sikit badannya )
    • 1 sudu kecil serbuk kari
    • 1 sudu kecil lada sulah
    • sedikit garam dan serbuk perasa
    Untuk tepung
    • 3 sudu besar tepung kastad
    • 3 sudu besar tepung beras
    • 3 sudu besar tepung jagung
    • 2 sudu besar serbuk kari
    • 1 sudu besar lada sulah
    • sedilit garam dan serbuk perasa
    • semua bahan - bahan diatas digaul sebati
    1 biji telur dipukul sedikit

    Cara - caranya :
    1. Gaul udang dengan bahan - bahan perap.
    2. Celup dengan telur yang dipukul.
    3. Salut dengan tepung yang telah disebatikan dan goreng  hingga udang garing.
    4. Sedia dihidangkan.

    Kek Marble Sheila Mambo





    Assalamualaikum. 
    Meh layan Kek Marble Sheila Mambo yang simple tapi sangat sedap.....bahan2nya ringkas jerk.... resepinya Mas ambil dari dapur CMG. Sedap tau kek ni. Tapi belang kek tak berapa nak menjadi. Mas buat kek ni hari Ahad lepas, memang asyik makan sambil tengok tv. Sedar2 dah habis sepinggan. Akan ada ulangan untuk kek yang mabekess nie.....


    Kek Marble Sheila Mambo

    Bahan :
    125 g mentega
    155 g tepung naik sendiri - self - raising flour 
    2 biji telur, dipukul sedikit
    125 g gula halus
    125 g cooking chocolate
    1 camca esen vanila
    80 ml susu segar



    Cara :
    Panaskan oven pada suhu 170c, lenserkan tin kek dengan mentega. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double - boiler. Ketepikan.
    Putar mentega dengan gula hingga putih. Tambahkan telur dan terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanila, putar rata.
    Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, kacau rata. Bahagi adunan pada 2 bahagian, 1 biarkan pada asal dan 1 lagi bancuh dengan coklat yang dicairkan tadi. Kacau rata.
    Tuang berselang seli antara adunan bercoklat dengan adunan biasa. Lorekkan dengan hujung pisau 2 hingga 3 kali.
    Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak, sejukkan dan sedia dihidangkan.



    Monday, May 24, 2010

    KOEYTIAW KUNGFU



    Assalamualaikum. Selamat pagi, sarapan apa pagi ni, Mas buat Koeytiaw Kungfu pagi ni, sesekali sarapan macam ni sedap tau.Tapi kuah Koeytiaw Kungfu ni pedas sebab Mas letak cili padi yang diketuk, maklumlah tekak ni kena rasa pedas baru puas makan. 


    Bahan - bahan koeytiaw ( untuk 1 orang makan ) :
    • koeytiaw
    • 1 biji telur gred A
    • sedikit garam dan lada sulah
    Bahan - bahan kuah :
    • 11/2 cawan stok ayam
    • dada ayam dipotong
    • 3 ekor udang
    • lobak merah dipotong2 ( boleh juga letak sawi, cendahwan tiram, bunga kobis )
    • sedikit isi ketam
    • 2 sudu tepung jagung
    • garam dan serbuk perasa
    • 3 biji cili padi diketuk
    Cara - caranya :
    1. Pecah telur kedalam mangkuk, masukkan garam, lada sulah dan pukul, masukkan koeytiaw ( agak2 koeytiaw tenggelam dalam telur ) dan sebatikan.  Masak seperti memasak telur dadar. Angkat dan letakkan kedalam pinggan.
    2. Untuk kuah : didihkan stok ayam dalam periuk, masukkan isi ayam, apabila memdidih, masukkan lobak merah, cili padi, garam, serbuk perasa. Apabila mendidih lagi, masukkan udang dan isi ketam, apabila udang bertukar warna / masak, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan tuangkan keatas telur yang digoreng bersama koeytiaw tadi. Sedia dihidangkan.


    Sunday, May 23, 2010

    Kuih Lapis Kopi




    Assalamualaikum.
    Kuih lapis kopi yang resepinya dari dapur kak Asma. Sedap tau, rasanya lemak2 manis, memang asyik bila menguyah...sesiapa yang teringin boleh mencuba...sangat sesuai untuk dibuat sarapan @ minum petang...

    Kuih Lapis Kopi
    Sumber : Kak Asma

    Bahan A :
    2 cawan santan 
    1 cawan tepung gandum
    1 cawan gula pasir
    2 sudu besar tepung beras
    2 sudu besar tepung kastad
    1 sudu teh garam

    Bahan B :
    1 sudu teh coklat emulco 
    1 sudu besar serbuk koko
    1 sudu besar serbuk nescafe
    1/4 cawan air suam

    Bahan C :
    1/4 cawan air suam

    Cara :
    Gaulkan semua bahan A hingga sebati dan tapiskan. ( mas blender semua bahan A, tak payah tapis)
    Bahagikan kepada 2 bahagian.
    Masukkan bahan B kedalam 1 adunan, kacau rata. Biarkan warna asal 1 adunan dan campurkan bahan C dan kacau rata.
    Masukkan 1 senduk adunan koko kedalam acuan dan kukus selama 5 minit.Lapiskan 1 senduk adunan asal dan kukus semula selama 5 minit. Buat berselang seli hingga habis.

    Nota : 
    Kuih lapis ni kurang lemak, jadi boleh tambahkan secawan lagi santan dan juga tambahkan lagi sedikit tepung gandum..kena adjust sikit yea...itu pendapat kak Asmah, Mas  gunakan santan pekat, jadi rasanya kuih lapis tu dah cukup lemak...he..he..





    Saturday, May 22, 2010

    PIZZA



    Assalamualaikum. Selamat pagi Sabtu. Jom kita sarapan pizza pagi ni. Baru je lepas masak tau. Mas copy resepi pizza dari rumah kak Hana, thanks kak, memang sedap pizza ni, bahan2 nya pun ringkas. Walaupun dah sejuk pizza ni tetap lembut dan gebu...yummmy..

    Pizza
    Bahan :
    • 2 cawan tepung gandun
    • 2 sudu yis kering
    • 1/2 kecil sudu garam
    • 1 sudu gula
    • 2 sudu minyak zaitun ( Mas gantikan dengan lemak sayur )
    • 1/2 cawan air suam
    • 1 sudu besar water roux ( Mas saje tambah water roux ni )
    Cara membuatnya :
    • Gaul tepung ngan gula, garam , lemak sayur dan water roux.
    • Campurkan yis ke dalam air suam n masukkan sedikit2 ke dalam adunan tepung.
    • Uli sampai doh licin. Biarkan adunan sehingga naik 2kali ganda.
    • Tumbuk2kan adunan n canaikan. sapukan sos pizza,isi pilihan n keju mozarella.
    • Bakar 15-20 minit.
    • Siap!!

    Siap untuk dimakan...yummmmmyy...


    Yang ni kes tak sabar2.....


    Thursday, May 20, 2010

    Kerisi Bakar Berempah Woku



    Assalamualaikum. Sekejap je dah hari khamis kan. Semalam Mas buat Kerisi Bakar Berempah Woku macam kat rumah Kak Hana hari tu, caya la Kak Hana, memang betul - betul sedap la ikan bakar tu, sampai menjilat jari, walaupun Mas guna ikan kerisi memang sedap betul ikan bakar tu, lain kali Mas nak guna ikan siakap, mesti lagi sedap. Sesiapa yang memang suka makan ikan kalau tak cuba resepi ni mesti rugi besar tau, Mas pun tak puas makan lagi, rasanya minggu depan nak buat lagi..sedapnya..thank Kak Hana dan tuan punya resepi ni..

    Kerisi Bakar Berempah Woku
    Resepi : Kak Ummi
    Copy : Kak Hana
    Bahan :
    • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - xde! ikan apa2 ajer! :D ( mas guna ikan kerisi )
    • 2 sudu teh air perahan limau nipis
    • 1 sudu teh garam
    • # Lumur ikan  dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan
    • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
    • 4 helai daun pandan - hiris halus
    • 2 helai daun kunyit - hiris halus
    • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
    • 5 tangkai selasih - diambil daunnya - x ltk
    • 2 biji tomato merah - potong dadu
    • 250 ml air
    • 1/2 sudu teh garam
    • 1 sudu teh gula pasir
    • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
    • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
    Bahan Kisar :
    • 12 biji bawang merah
    • 7 biji cili padi merah 
    • 5 biji buah keras - bakar kejap
    • 3 cm kunyit hidup - bakar - tak bakar pong dua2
    • 2 cm halia
    Bahan Pelengkap :
    • Daun senduduk secukupnya
    • 1 biji timun - dipotong serong
    • 4 tangkai selasih
    • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur

    Cara Memasak :
    1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
    2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
    3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
    4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
    5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
    6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
    7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
    8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
    9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...