Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, April 30, 2010

Cinnamon Hot Dog Spicy Bun




Assalamualaikum. Moga pagi Jumaat yang mulia ni kita semua sihat dan sentiasa dirahmati Allah sentiasa. Meh layan mood meroti lak. Spicy Sosej Bun ni memang sesuai untuk orang yang seleranya suka makanan pedas . Mas buat bun sosej ni tengahari semalam sebab pagi tu dah makan nasi lemak ayam , maklumlah kita makan nasi sehari sekali je..he..he..resepi roti sosej ni Mas dapat dari citarasawan Myresepi.

Cinnamon Hot Dog Spicy Bun
Resepi : citarasawan 

Bahan :
  • 500gm tepung high protein - Mas guna tepung gandum
  • 95gm gula kaster
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 14gm yis segera
  • 50gm majerin @ mentega
  • 45gm shorteing @ minyak sayur
  • 2 tsp susu pekat manis
  • 1 biji telur gred A
  • 210gm air
Bahan isian / hiasan :
  • Hot Dog sosej
  • Serbuk kayu manis
  • Serbuk kari
  • Mayonnaise
  • Daun Bawang di potong
  • Susu sejat utuuk sapuan

Cara membuat :
  1. Satukan semua bahan dlm mangkuk pengisar kecuali air dan garam. Gunakan hook dan dengan speed perlahan, gaul adunan hingga rata .
  2. Tukar kepada speed sederhana dan masukkan air yang dicampur garam sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli hingga 8 - 10 minit sehingga menjadi doh yang elastik ( bola ditarik dan tidak putus ).
  3. Keluarkan doh dan uli dengan tangan, bentukkan bulat dan rehatkan selama 20 minit. Tutup mangkuk dengan kain bersih yang lembab.
  4. Leperkan doh dan uli semula. Bulatkan kembali dan rehatkan lagi selama 15minit.
  5. Ambil dan timbang seberat 60 gm atau saiz yang dikehendaki. Bulat2 kan semula. Rehatkan semula selama 5 minit.
  6. Leperkan doh dan canai untuk membuang angin. Bentukkan bujur ikut saiz sosej.
  7. Letakkan sosej ditengah2 dan potong doh dengan pisau plastik dikiri dan kanan sebanyak 5 potongan.
  8. Lipat silang pangkah kiri dan kanan mula dari atas hingga habis. Tekan sedikit hujungnya supaya melekat.
  9. Rehatkan doh supaya mengembang 2 kali ganda dan sapukan susu sejat.Taburkan serbuk kari dan serbuk kayu manis diatas bun dan paipkan sos cili dan mayonnis dan tabur daun bawang.
  10. Panaskan oven dan letakkan bun atas loyang yang disapu marjerin dan masukkan kedalam oven dibahagian tengah dan bakar pada suhu 180 c selama 15 minit dengan api atas bawah.                     

Thursday, April 29, 2010

Apam Eno


Assalamualaikum dan Selamat Pagi , pagi ni Mas sarapan Apam Eno , selalunya Mas beli je Apam Eno ni sebab tak pandai buat . Semenjak terjumpa resepi Apam Eno ni kat Myresepi dari Zara klate, selalu gak Mas buat apam ni . Cara membuat Apam rupanya tak susah sangat dan bahan2 nya pun tak banyak .

Apam Eno

Bahan  :
  • 300 g tepung beras
  • 8 - 10 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar yis kering
  • 280 - 300 ml air
  • 3 sudu kecil eno untuk 3 warna berbeza ( 1 sudu kecil eno untuk 1 warna )
  • pewarna

Cara :
  1. Tepung dibancuh dengan air . Kemudian masukkan yis dan gula pasir . Kacau hingga sebati .
  2. Bancuhan tepung dibiarkan semalaman . Bancuh malam , kukus keesokkan pagi .
  3. Bancuhan dibahagikan kepada 3 bahagian .Letakkan warna tiap 2 bahagian . ( Mas bahagi 2 bahagian dan buat 2 warna je ).
  4. Letakkan 1 sudu eno untuk 1 warna .( sebab Mas bahagi 2 dan buat 2 warna Mas letak 1 1/2 sudu kecil eno tiap 1 warna ) . Kacau biar berbuih . 
  5. Sementara itu panaskan periuk kukus . Bila mendidih letakkan acuan apam sekejap dalam periuk kukus kemudian tuang adunan tadi kedalam acuan yang telah dipanaskan .
  6.  Kukus selama 10 minit dengan api yang besar .
  7. Apabila sejuk baru keluarkan apam dari acuan .
  8. Sedia dihidangkan dengan kelapa parut yang dicampur garam .

Wednesday, April 28, 2010

CANTIKNYA...


Assalamualaikum ....hm...berserinya rumah Mas . Award2 ni  Mas tapau dari rumah Yus dari  Alam Sari. Jangan marah ye Yus , Mas ambik 2 sekali . Tu la cantik sangat , Yus pun tak cakap nak ambik yang mana . Jadi mana2  teman2  blog yang belum ada dan berkenan sangat kat award2  ni , sila la ambik . Moga persahabatan kita semua berkekalan . 





Tuesday, April 27, 2010

Coklat Cheese Cake



Assalamualaikum... selamat malam. Hari ni birthday adik ipar Mas. Jadi Kak Mas buatkan Coklat Cheese Cake untuk Na. First time buat ni, jadi.. sedap sangat. Resepi ni dapat dari Kak Hana, tima kasih yer...Sebenarnya asal cake ni perasa pandan, dah tukar jadi coklat, jangan marah....

Coklat Cheese Cake
Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan :
  • 4 - 5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila
  • sesudu kecil perisa pandan @ pandan emulco - Mas guna serbuk koko
  • pewarna hijau

Cara-cara :
  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.*hana masukkan sesudu kecil perisa pandan n pewarna hijau. kacau.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Roti Paun



Assalamualaikum dan selamat pagi..Sesekali sarapan roti ngan minum nescafe sedap juga kan. Roti Paun ni Mas buat petang semalam. Suami Mas waktu petang  ke malam jarang makan makanan berat. Sampai Mas pun join sekali. Bagus juga, jaga kesihatan katakan. Maklumlah sekarang ni macam - macam penyakit ada. Jadi Mas nak kongsi  resepi Roti Paun ni. Bahan - bahannya pun ringkas. Resepi Roti Paun ni Mas dapat dari Nekma Myresepi. Maceh yer tuan punya resepi. Memang sedap roti ni, lembut jer....


Roti Paun
Resepi : Nekma@Myresepi.com
Bahan :
  • 1 sudu kecil yis kalau nak cepat naik taruk 2 - 2 1/2 sudu kecil.
  • 1 cawan air suam
  • ½  cawan gula
  • ½  cawan marjerin / butter
  • Tepung gandum bergantung di taruk masa menguli.
  • sedikit minyak utk dilenserkan diatas roti.
Cara membuatnya :
  1. 1 cawan air suam dicampurkan yis biarkan seketika hingga larut. Sediakan besen tarukkan sedikit gandum lebih kurang ½ cawan kedalamnya.
  2. Kemudian masukkan air suam yg bercampur yis tadi kedlm besen yg berisi gandum.
  3. Kemudian masukkan pula gula kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin / butter kedalamnya kacau sampai sebati.
  4. Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum di adun sampai boleh diuli. Jangan diisi terlampau banyak tepung takut jadi keras Cuma agak2 boleh diuli dgn tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sampai menjadi doh yg lembut. Kemudian doh direhatkan sehingga ½ - 45 minit.. kemudian boleh dibentukkan bulat2 (ikut suka hati) dan di susun ke dlm loyang yg telah dialas baking paper (mcm MIL buat dia alas daun pisang-fuhyo naik dan bangkit bau dia).
  5. Dibiarkan naik sampai 2 kali ganda lepas itu dilenserkan minyak ke atas roti yg dah kembang kemudian bolehlah dibakar dgn kepanasan 180C selama 10-15minit dlm oven yg telah di panaskan terlebih dahulu dengan api atas bawah.




Monday, April 26, 2010

FRIENDSHIP AWARD DAN TAG DARI MAZ




Assalamualailum dan selamat malam. Mesti sekarang ni semua teman2 tengah berehat2 kan. Mas benar2 rasa gembira dan terharu dapat friendship award dari Maz.  Walaupun ada homework sikit, tak pe, seronok juga, boleh kenal lebih rapat kan. Tak sangka dapat bear yang comel buat penyeri rumah Mas .Bila dah dapat award mesti ada tol kan, inilah jawapannya...

1) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD....                         Ok...dah siap dah..

2 - BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI....

         Award dari Maz  yang Mas selalu singgah untuk rumahnya untuk bertandang

3 - TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH? 
KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...WOWWW!!!!!).... 

4 - FIVE NAME THAT PEOPLE CALL YOU....

  1. MAS  - suami yang mula guna dan melekat sampai sekarang
  2. ALONG - family Mas , ibu dan bapa mertua  
  3. MASHE - masa sekolah kawan2 panggil Mas MASHE
  4. EMAK - anak2  Mas 
  5. SAYANG - suami Mas yang tercinta
5 - FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE.... 
  1. 6 Feb ( birthday Mas )
  2. 31 mac ( birthday suami Mas )
  3. 3 ogos ( birthday anak dara Mas Nurul Ain Natasysa )
  4. 29 mac ( birthday anak bujang Mas Mohd Daniel )
  5. 12 nov ( anniversary Mas dan suami )
6 - FIVE THING YOU DONE YESTERDAY.... 
  1. Try resepi baru
  2. Mengemas, memasak, 
  3. Keluar ke tesco beli barang2 dapur ( Mas selalu beli barang dapur untuk seminggu )
  4. Sembang2 dengan jiran
  5. Layan internet 

7 - FIVE WAYS TO BE HAPPY.... 
  1. Bersama2 anak2 dan suami.
  2. Dapat rehat secukupnya.
  3. Bila mencuba resepi baru dan menjadi. 
  4. Bila dapat telefon atau mesej dengan family Mas, family mertua, kawan2
  5. Bila dapat barang idaman.

8- FIVE FAVOURITE MOVIES... 
        Mas layan je semua cerita janji bukan cerita perang.

6 - FIVE FAVOURITE HOBBIES.... 
  1. Memasak
  2. membaca
  3. berjalan2 
  4. blogging
  5. tengok tv
7 - FIVE FAVOURITE PEOPLE.... 
  1. Suami
  2. Anak - anak
  3. Family Mas 
  4. Family mertua
  5. Semua kawan - kawan
8 - FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION.... 
  1. Menunaikan haji dan umrah. Mudah2an sampai.
  2. Mas suka tempat yang berbukit dan sejuk macam Cameron Highland.
  3. Mas suka tempat yang tenang macam kat kampung.
  4. Kalau boleh nak gi negara2 Eropah.
  5. Teringin juga gi Jepun ngan Korea.

9 - FIVE REASON YOU ANSWER THE SERVEY.... 
  1. Sebab terharu sangat di tag oleh Maz, terkejut pun ada, maklumlah Mas masih baru lagi.
  2. Rasa diri dihargai.
  3. Untuk seronok 2 dengan member2 blog.
  4. Untuk eratkan lagi persahabatan.
  5. Boleh tag orang lain pulak.

10 - FIVE PERSON TO TAG....PASTINYA AKAN ADA PENYAMBUNGNYEEE...hihi...
  1. YUS DARI ALAM SARI
  2. HANA  DARI HANA'S FAMILY
  3. E-NA DARI E-NA ZARINA LOVELY KITCHEN
  4. KAK ASMAH DARI DAPUR KAK ASMAH
  5. INA DARI LAKARAN KEHIDUPANKU

Diharap Maz puas hati tau  dan Mas dapat markah penuh.....



Friday, April 23, 2010

Tepung Bungkus








Assalamualaikum, selamat petang, makan kuih apa petang ni.
Mas buat tepung bungkus jerk. Kuih tepung bungkus ni orang jarang jual kan. Tak tahu kenapa sebab cara membuatnya tak la susah. Mas pun sebenarnya baru 3  kali buat, dapat resepi dari majalah saji. Alhamdudillah..sedapp tepung bungkus ni...


Tepung Bungkus
Resepi : MasDuniaku


Bahan :
1 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
sedikit garam
daun pisang - untuk membalut

Bahan2 inti :
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1 sudu besar gula
1 helai daun pandan

Cara membuat :
Satukan semua bahan inti dan gaul rata. Kemudian kacau atas api perlahan hingga kering. Sejukkan.
Bancuh @ sebatikan tepung beras dengan santan. Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran yang diperlukan. Lap daun pisang bersih2.
Letakkan 2 sudu besar bancuhan tepung diatas daun pisang. Kemudian letakkan inti yang telah dibulat2kan.

Tutup daun pisang dan lipat kedua2 hujung daun dan kukus selama 15 minit.


Thursday, April 22, 2010

HARI SUKANEKA SEK. KEB. TUDM SUBANG


Mohd Daniel tersenyum bila pasukan dia dapat no 1. Dapat hadiah bekas ape ye.... nanti balik buka kat rumah.


Alahai kesian anak dara aku beratur tengah2 panas tunggu giliran nak bersukan. Nurul Ain Natasya ni kalau bersukan memang dia suka

.
Inilah kaum2 ibu yang setia menunggu anak2 bersukan. Yang sebelah Mas ni Kak Ida, jiran sebelah rumah merangkap teman baik dengan anak2 kembarnya Wana dan Wani.

 

Yang berbaju merah ,Kak Zie, jiran depan rumah, juga merangkap teman baik dengan anak lelakinya Hazid.

Wednesday, April 21, 2010

AWARD DARI E-NA ZARINA


Selamat malam ...gembiranya dalam hati , ambil  award dari E-NA ZARINA dari LOVELY KITCHEN, tima kasih banyak2 E-NA sebab sudi memberi. Maklumlah MAS ni masih baru, rasa terharu sangat .Moga ikatan persahabatan ini berkekalan. Tima kasih ye atas tanda ingatan.

Pau Ayam Pedas




Assalamualaikum. Selamat pagi rabu....sarapan pe pagi ni. Mas sarapan pau Ayam Pedas jerk. Dapat juga Abang sarapan pau ayam ni pagi tadi. Maklumlah suami Mas awal2 pagi dah pergi kerja, jadi nak kerja senang buat malam ,waktu pagi panaskan balik.
Resepi pau ni Mas dapat dari Myresepi, tak ingat la dari siapa, memang puas hati, pau gebu dan lembut walaupun dah sejuk, tapi Mas suka makan panas2..

Pau Ayam Pedas
Bahan : 
  • 3oog tepung pau / tepung gandum
  • 6g / 2 sudu kecil  double action baking powder
  • 2g /1/4 sudu kecil garam
  • 162g air suam
  • 6g yis kering
  • 30g gula 
  • 18g lemak sayur

Bahan2 inti ayam pedas:

  • 3 biji kentang dikupas dan dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 labu bawang besar ( dipotonh dadu )
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam 
  • garam dan gula secukup rasa
  • isi ayam yang dipotong dadu  
Cara2 membuat inti :
  1. Tumis bawang dan isi ayam hingga naik bau.
  2. Masukkan sos lada hitam, sos tiram, kentang, serbuk lada hitam, garam dan gula.
  3. Masak dengan api perlahan hingga kentang empuk dan kering.
  4. Sejukkan.
Cara2 membuat pau :
  1. Gaul sebati tepung pau ,double action baking powder dan garam.
  2. Satukan air suam, gula dan yis kering.
  3. Tuang kedalam adunan tepung dan uli sebati.
  4. Masukkan lemak sayur. 
  5. Uli hingga lembut dan lincin.
  6. Tutup dengan kain lembab yg bersih dan biarkan doh naik 2 kali ganda.
  7. Tumbuh2 doh utk keluarkan angin.
  8. Buat bentuk bulat dan rehatkan 10 minit.
  9. Letakkan inti dan biar pau naik dalam 10 minit.
  10. Panaskan periuk kukus dan kukus pau selama 15 minit dengan api sederhana

Tuesday, April 20, 2010

Keli Masak Asam



Assalamualaikum...lunch lauk apa hri ni..Mas masak keli masak asam. Resepi ni Mas dapat dari mrsnoor@myresepi.com Ayam Masak Asam.  Sorry ye Mrs Noor ,ayam dah bertukar ikan, Mas memang gemar makan ikan keli, jadi nak tukar selera, asyik sambal, masak tempoyak, asam pedas,masak lemak ikan keli , jemu juga.Tak sia2 eksperimen Mas, memang sedap keli masak asam. Bagi penggemar keli, boleh mencuba....


Keli Masak Asam
Resepi : mrsnoor@myresepi.com 
Bahan :
  •   3 ekor ikan keli sederhana besar
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 4 biji bawang kecil ( mas guna 1 labu bwg besar )
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 1 sudu kecil jintan manis
  •    10 biji cili api dibelah 2 ( mas ketuk je cili api ,nk rasa lebih pedas )
  •    1 biji bawang besar dipotong bulat2
  •    1 batang serai diketuk
  •    2 sudu besar asam jawa
  •     garam dan gula secukup rasa

Cara memasak :
  1. Ikan keli dilumur dengan asam jawa , biar 5 minit, cuci dan siang. Bersihkan  dan perap sekali lagi dengan garam, air limau nipis dan sedikit tepung dan perap selama 15 minit. Bilas dan letakkan garam dan kunyit dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2.  Kisar bahan2 yang bertanda *  dan tumis bersama serai, bawang besar dan cili api hingga garing.
  3.  Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan ikan dan biar mendidih dalam 5 minit .Tutup api dan sedia dihidangkan

Monday, April 19, 2010

LEPAT PISANG



Assalamualaikum....selamat malam...Mas kalau malam  dah tutup kedai, sebenarnya Mas sekeluarga dah terbiasa makan malam awal, pukul 6.45 dah  makan malam, jadi waktu petang  dah sibuk didapur.
Petang tadi Mas buat lepat pisang sebagai pencuci mulut, kelmarin Mas beli pisang masam dan daun pisang kat pasar tani,duduk kat bandar ,daun pisang pun kena beli, kalau kt kampung, ambik kat pokok je kan


Lepat Pisang
Resepi : MasDuniaku
Bahan :

  • 10 biji pisang masam - dilenyek
  • 4 sudu besar sagu biji - direndam hingga kembang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar gula - kalau nak lagi manis bleh tambah lagi 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan santan pekat
  • daun pisang yang dilayur diatas api ,dipotang panjang 10 inci , lebar 5 inci, dan dilap bersih




Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan 2 hingga sebati.
  2. Letakkan adunan diatas daun pisang ( anggaran dalam 2 sudu besar ) ,gulung dengan rapi dan lipat dibahagian kiri dan kanan kebawah.
  3. Kukus selama 15 minit.



Sunday, April 18, 2010

Jalan2 Dipasar Tani



Assalamualaikum. Awal2 pagi lagi dah sampai kat pasar tani di tapak letak kereta di Stadium Melawati, Shah Alam. Ni kes nk elak panas dan senang nk cari parking. Lagi pun kalau datang awal semua barang 2 yang dicari ada.Macam2 ada kat sini.Dari makanan, barang2 basah, pakaian, barang hiasan rumah,senang cerita semuanya ada.


                                                                                                   
Selalunya  Mas memang beli barang yg tetap kat sini. Air tebu dan air soya memang wajib dibeli. Selalu beli kat tempat yang sama. Nasi lemak daun pisang ( RM 0.70 je sebungkus), keropok lekor ,jagung rebus,laksa,  itu memang wajib dibeli.Ini untuk lunch sekali tau, sememangnya hari Ahad  dapur tak berasap ,ptg bru berasap balik .Lupa plak nk ambil gambar makanan yang dibeli, dah habis makan baru teringat. Ini kes lapar la ni, sebelum keluar tak sarapan.


Ni la tempat wajib beli laksa, sedap tau, 



Akhirnya....tinggal jagung rebus je dan keropok lekor sikit .


Saturday, April 17, 2010

Ayam Bakar



Assalamualaikum. Meh layan Ayam bakar ari ni, ayam bakar ni moden sikit tau, bakar dalam microwave. Dalam 20 minit dah siap masak Anak - anak ngan suami memang suka ayam bakar, ye la...time cuti bila dapat berkumpul makan ramai - ramai  memang sedap.
Ayam ni Mas dah perap semalaman, supaya rasanya lebih meresap kedalam isi ayam. Baru sedap rasanya.


Ayam Bakar
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dipotong 5
  • *2 batang serai - hiris
  • *1 labu bawang besar - hiris
  • *sedikit halia
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 sudu kecil garam
  • * 1 sudu kecil gula
  • *1/2 sudu serbuk perasa
  • *1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar sos tiram

Cara memasak  :
  1.  Semua bahan yang bertanda * dikisar halus, sebatikan dengan ayam dan masukkan juga serbuk cili dan sos tiram. Perap 1 jam . Lebih lama perap lebih sedap rasanya.
  2. Susun dalam bekas dan bakar dalam microwave selama 20 minit dengan suhu tinggi. 
  3. Semasa membakar ayam dalam microware, pastikan sentiasa check ayam selang 5 minit supaya ayam tidak terlebih bakar, ni petua bakar ayam guna microware.

Thursday, April 15, 2010

Kueteow Goreng



Hmmm...sedapnya...apa taknya, Mas memang minat sangat makan kueteow goreng. Memang dah jadi menu wajib tiap2 minggu. Jangan pelik pulak, rasanya semua orang ada makanan kesukaan ,betul tak,jadi apa salahnya kita kongsi cerita ,tapi kueteow goreng Mas guna kicap campur,jadi apa lagi, jom kita tengok bahan2nya....


Kueteow Goreng
Sumber : Mas Duniaku
Bahan:
  •  1/2 peket kueteow
  •  isi ayam ,udang basah
  •  tauge, sawi  -  ikut suka byk mana  
  •  2 sudu besar cili kering yg dikisar dengan 2 ulas bwng putih
  •  2 biji telur
  •  kicap campur
Bahan kicap campur :
  • 1 cawan kicap pekat
  • 1 cawan kicap cair
  • 1 cawan sos ikan
  • 1cawan sos tiram
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan garam
  • 1/2 cawan ajinamoto
Cara membuat kicap campur :
Masukkan semua bhn2 kedalam periuk.Kacau dengan api perlahan hingga sebati. Bila kicap campur sudah sejuk boleh disimpan didalam peti.   
Cara2 utk menggoreng kueteow:
Tumis cili hingga garing. masukkan isi ayam dan udang, bila dah masak, masukkan kueteow dan kicap campur,kacau hingga sebati. masukkan tauge,sawi dan telur. kacau hingga masak.jika kurang masin boleh tambah kicap campur.





Wednesday, April 14, 2010

Rabu 14/04/2010

Diam tak diam dah hri Rabu,blog ni masih belum lengkap,maklum lah, masih baru ,bnyk lgi yg kena belajar,harap dapat tunjuk ajar dari rakan2 blog yg lain,disamping tu sempat juga singgah ke blog2 lain,memang seronok lihat mcm2 resepi rakan2 blog,buat Yus dri Alam Sari,tima kasih byk2 atas tunjuk ajar,harap2 Yus jumpa blog Mas,skrg ni Mas msih mencuba mcm mana nk letak cbox,nk paste ke blog Mas ni,x blh msuk la...tpi tak pe,tak lama lgi ada ...sabar ye..

Saturday, April 10, 2010

salam perkenalan

Assalamualaikum,selamat berhujung minggu,walaupun hari cuti ,macam2 perkara yang hendak diselesaikan.Memang badan ni tak tahu duduk diam,dah selesai kerja rumah ,rasa tak lengkap kalau x mengadap laptop. Dari main game,sekarang dh mula seronok melayari internet. Dari SAJIONLINE,tersesat masuk ke ALAMSARI,BISIKAN HATI,DAPUR TANPA SEMPADAN ,yang lain2 lagi. Memang byk blog nak singgah,rasanya tak salah nak buat blog sendiri.Boleh bertukar2 pandangan,betul tak.Jadi buat teman2 blog yg lain, salam perkenalan mas hulurkan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...