Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Wednesday, December 15, 2010

Talam Gula Merah



First time tau Mas buat kuih talam ni, nasib baik menjadi, cuma kepalanya macam tak licin kat bahagian tengah tu...ke memang kepala talam macam tu, Mas pun tak pasti. Tapi kuih Talam Gula Merah ni memang sedappp....elok jer kuih ni, tak keras dan tak lembik. Memang puas hati dengan resepi dari Kak Yatie ni.....sedapp sangat. Lain kali boleh buat lagi.

               
Talam Gula Merah
Sumber : Kak Yatie

Bahan utk lapisan bawah :
  • 200gm gula merah
  • 2 sudu gula pasir
  • 2 1/2 cawan air biasa
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar air kapur

Cara :
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dengan air. Tapis dan sejukkan.
  2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
  3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
  4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
  5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.


Bahan utk lapisan Atas :
  •  3 cawan santan pekat
  •  1 cawan tepung beras
  •  Sedikt garam

Cara :
  1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
  2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
  3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
  4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

14 comments:

  1. salam kak mas, dtg pagi2 ni nak kuih talam tu kak, ros amik dua potong ya, nak buat berbuka nnt ni hehehehe

    ReplyDelete
  2. pagi Mas : ambo ni ha, tak pernah wat talam kuih..talam boh pinggan selalu le nampak...hehe...tp sedap bila makna (sbb selalu gak beli)
    tang tak licin tu takpe kot, janji talam tu licin dimakan..hehe..
    pst: kek marble tu mmg sedap & gebus,ngan badan ni skali gebus..heheh

    ReplyDelete
  3. Ros
    ros puasa lagi yer...tak pe..untuk ros nnti k.mas anto sepiring wat berbuka..he..he...
    berapa hari lagi nak ganti tu ros....

    Anna
    try la buat anna..baru puas makan...he..he..betul tu....janji licin talam tu...ni pun dah tinggal suku jer...

    ReplyDelete
  4. Wah Mas, ni my favourite kuih gak ni. Nak share cheesecake dah abis lah plak, muffins kopi boleh tak?? hehehez

    ReplyDelete
  5. bolehh sesangat Anie....muffin tu pun nampak sedap sangat.....

    ReplyDelete
  6. akak pon lom penah lg wat kuih talam.. teringin sgt tgk talam2 kak yatie tuh! nak sket mas....

    ReplyDelete
  7. haaa..akak datang lambat, dah abis kuih talam ni...
    try la wat kak....memang menjadi resepi kak yati ni...mas pun first time buat gak....ok jer..he..he...

    ReplyDelete
  8. sedap kan Mas:)tak puas makan masa buat hari tu.Kena buat lagi:)

    ReplyDelete
  9. betul tu CM, Mas pun nak buat lagi nanti...he..he..

    ReplyDelete
  10. mas

    makin menjadilah hasil tanganmu itu

    ayu banggalah..
    karang ayu nak cuba masak..hehe

    ReplyDelete
  11. salam ayu, Alhamdudillah,resepi kekawan alam maya ni tak mengecewakan...memang menjadi dan sedap talam ni....try la buat ayu....

    ReplyDelete
  12. salam mas,
    kuih ni pun dah lama masuk list..seap nampaknya..terliur pulak akak nengok..

    ReplyDelete
  13. salam kak mas, ini memang kuih febret giha nih.. catik kuih akak.
    tapi biasa la kuih kukus ni selalu cacat kt atas dia..

    kalau taknk cacat kat atas tu, balut tutup pengukus dengan kain.

    :P

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...