Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, December 27, 2010

Sambal Tumis Ikan Pari



Lunch ari ni Mas masak Sambal Tumis Ikan Pari ngan masak lemak putih kobiss jer . Masak simple2 jer sebab hubby keje ari ni. Pernah tengok Izah buat Sambal Tumis Ikan Pari ni, jadi ari ni try buat, sedapp tau pari dibuat sambal....lagi pun pari ni di goreng dulu, rasanya jadi lebih sedap. Resepi Sambal Tumis Ikan Pari ni kata Izah di ambik dari Dapur Tanpa Sempadan, CMG yang pemess tu..he..he..maceh yer CMG dan Izah untuk resepi yang simple dan sedapp ni.

Sambal Tumis Ikan Pari

Bahan :
  • 300 ikan pari, potong kecil
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 4 camca besar cili kisar
  • 1/3 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar, belah 6
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan  - yg bertanda * ditumbuk halus

Cara membuatnya  :

  1. Ikan pari diperap bersama jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga wangi, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Tuang jus asam jawa, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat.
  3. Tambah bawang besar belah dan juga ikan pari tadi, gaul hingga rata. Masak sekejap, rasa dan boleh diangkat. Hidangkan..

13 comments:

  1. salam mas... akak mmg suke sangat lauk sambal ikan ni... makan dengan nasi panas!!! layan...

    ReplyDelete
  2. makcikk..kalau nampak lauk pauk bersambal ni serta merta keluar air liur selera aku..hahahhaa..

    ReplyDelete
  3. wah terliurnya ikan pari!!....dh setahun lbh dah x mkn ikan ni...kat sini lum jumpa lagi...huhu btw sukax3 sambal ni..

    ReplyDelete
  4. Kak Wana
    memang peberet mas klu sambal kak...tu la, sedap betul sambal pari ni....

    Izah
    makcik..aku pun suka sambal pari ni..sedappp loooo.....

    Nieza
    ala cian nieza...balik msia cepat2..bleh mkn pari puas2....ha..ha..3 kali suka tu.....

    ReplyDelete
  5. Salam kak mas,
    Terliur nampak ikan pari sambal tumis . kelmarin nampak pari kat giant, tapi terambil tenggiri pulak. hikhik... nasebla.

    ReplyDelete
  6. Mas,

    Sambal tumis ni bukan dlm category simple bagi Anie...hehehz. Kalau simple tu telur goreng mkn dgn kicap...hehehez ;) anyway, nampak sedap tu, nak masyuk list lah.

    ReplyDelete
  7. indah,
    cam no bleh terambik ikan tenggiri...he..he...tak pe indah, lain kali ambik ikan pari lak yer, boleh wat sambal pari..sedapp tau..

    Anie
    haaa..yang tu lagi simple anie.....he..he..

    ReplyDelete
  8. Salam Mas,
    Mmng menyelerakan lauk Mas tu....tadi akak lauk ikan pari gak...tapi biasalah tekak ni nak asam pedas jek...lain kali paksa diri nak masak mcm ni plk....kih3..

    ReplyDelete
  9. Sambal tumis ni kalau digengkan dengan apa pun best kan.. mantap je.. :)

    ReplyDelete
  10. slm mas....wahh ikan pari..dah lama tak mkn...kat sini lum jumpa lagi la ikan pari...sedap buat sambal tu..nyummm2

    ReplyDelete
  11. memang sdpp mkn nsi klu msk smbal ada psngannya nga msk lemak kan..mau mkn brpngan2..

    ReplyDelete
  12. dah lama tak beli ikan pari. Tiap kali pegi pasar, tak nampak ikan pari ni, asyik nampak ketam, sotong dan udang jer..hehe...bila balik rumah baru teringat..alamak...takpe2..esok nk balik Melaka..boleh beli ikan pari kat pantai kelebang

    ReplyDelete
  13. Bahan: 300 ikan pari terlalu banyak tu..hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...