Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, December 25, 2010

Keli Masak Asam Lagi...



Assalamualaikum.
Selalu gak Mas masak Keli Masak Asam ni, cuma kali ni Mas try letak bendi, hasilnya lebih sedapp tau. Lagi pun masak asam ni dah jadi peberet Ain ngan Daniel, jadi kena buat kuah lebih dan kurang pedas. Jadi Mas kena buat sambal belacan untuk cari pedas tu masa makan nasi. Asal resepi ni Mas dapat dari myresepi mrs noor yang masak Ayam masak Asam...dah diderhakakan resepi ni tukar ayam jadi ikan....tapi tetap sedapp tau.


Keli Masak Asam 
Resepi : mrs noor@myresepi.com  
Olahan : Mas Duniaku

Bahan :
3 ekor ikan keli sederhana besar
6 biji bendi - Mas tambah
* 3 ulas bawang putih
* 4 biji bawang kecil - Mas guna 1 biji bwg besar 
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* 1 sudu kecil jintan manis
10 biji cili api dibelah 2 -  Mas ketuk je cili api ,nk rasa lebih pedas 
1 biji bawang besar dipotong bulat2
1 batang serai diketuk
2 sudu besar asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit kiub ikan bilis - Mas tambah
sedikit air



Cara :
Ikan keli disiang, dilumur dengan asam jawa @ jus limau nipis , biar 5 minit, cuci bersih. Bersihkan dan perap sekali lagi dengan garam, jus limau nipis dan sedikit tepung dan perap selama 15 minit. 
Bilas sebersihnya dan letakkan garam, kunyit dan sedikit tepung gandum dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
 Kisar bahan2 yang bertanda *  dan tumis bersama serai, bawang besar dan cili api hingga garing.
 Masukkan air asam jawa, sedikit air, gula, sedikit kiub ikan bilis dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
Masukkan ikan dan bendi dan biar mendidih dalam 5 minit .Tutup api dan sedia dihidangkan.



7 comments:

  1. salam mas...tak pernah lagi try ikan keli, kalau sembilang tu selalu lah..nanti nak cuba pulak..

    ReplyDelete
  2. salam che mat, mas lak jarang jumpa ikan sembilang..tu yang selalu makan ikan keli, try la buat che mat, sedapp tau....he..he..

    ReplyDelete
  3. wah kat sini lak ada asam pedas...sedapnya ikan keli sukax3...my fav tu..:)

    ReplyDelete
  4. nieza,
    keli ni masak asam la cayang....he...he..sedapp tau...peberet me too..

    ReplyDelete
  5. Salam Mas,
    Akak kalau masak asam/asam pedas mmng antu betulll....mmng suka sngt lauk yg masam2 pedas ni....laporlah pulok....

    ReplyDelete
  6. Sedapnya Mas, Saya memang suka makan lauk asam sedap.Bila nak ajak kengkawan datang makan?

    ReplyDelete
  7. kahkahkah..sabo jela ko mas... sebelum ni dah lama gak masuk myR..tapi ingat susah nak masuk laporan..bila dah masuk..suke pulak nak letak..mana makcik tau ni...buat siasatan ke? hahhaaaaa

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...