Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Wednesday, December 22, 2010

Ayam Goreng Tomyam



Dah lama nampak Kak Yatie buat Ayam Goreng Tomyam ni, baru ari ni Mas try buat, memang sedap Ayam Goreng Tomyam ni. Ain ngan Daniel pun suka. Cuma Mas derhakakan sikit dengan tambah kentang dan bunga kobis. Jadi tak yah masak sayur..he..he.... dan Mas goreng telur dadar jer untuk lengkapkan menu untuk lunch ari ni.  Lagi pun hubby tak de ari ni, jadi masak pun yang simple2 jer...janji sedapp kan.

Ayam Goreng Tomyam
Sumber : Kak Yatie

Bahan :
  • 1 ekor ayam - potong2
  • 3 ulas bawang putih - diketuk 
  • 1 biji bawang besar -  dihiris 
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 10 biji cili api - di masukkan sebiji sebiji atau di ketuk 
  • 1 batang serai -  di ketuk 
  • 1 sudu makan air perahan limau nipis
  • 2 sudu besar sos cili -  resepi asal tak letak 
  • 1 biji buah tomato -  belah 6 
  • garam
  • sedikit gula -  optional 
  • minyak masak secukupnya
  • daun limau purut
  • bunga kobis  - Mas tambah
  • kentang - buang kulit, belah 6 dan goreng

Cara penyediaaan :
  1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak ( jangan terlalu garing ). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga wangi.
  3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan garam.
  4. Masukkan ayam, bunga kobis, kentang yang digoreng dan masak hingga pekat.
  5. Last sekali masukkan tomato dan daun limau purut. Bolehlah di hidangkan.

8 comments:

  1. Salam K.Mas,
    nampak sedap ayam goreng tomyam ni...lum pernah msk mcm ni lagi...bagus masukkan sayur 2 in 1...senang keja kan...nanti bolehlah mencuba ni...:)

    ReplyDelete
  2. salam nieza,mesti baru bangun tido kan..he..he...tu la nieza, senang masak lauk ni..sedapp lak tu...k.mas suka kerja2 senang macam ni....he..he..

    ReplyDelete
  3. salam mas - sedap ayam goreng tomyam tu....:)

    ReplyDelete
  4. Salam Mas,

    Baru jer abis mkn ni...ternampak ayam goreng Mas ni, jadi lapar balik pulak. Ada lagi tak? Nak mintak sikit ni.....hehehez

    ReplyDelete
  5. Lina
    he..he..memang sedapp, lina pun buat tomyam kan....tukar nak...

    Anie
    amboi..lepas makan pun boleh buat second round yer....he..he...ha...ambik kat atas meja tu, ada sikit lagi....boleh cedok ngan kuah2 sekali, lepas tu basuh pinggan sekali....he..he...

    ReplyDelete
  6. sedapnyer ayam tomyam tuh,jgn luper org kat sungai besi dah la.he he cup cup.

    ReplyDelete
  7. ok cayang, U balik nnti I masak kat U yer....hee..hee...cuupp..cuupp...too...

    ReplyDelete
  8. love u and masakan u yg every time nice tuh.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...