Search This Blog

Monday, November 1, 2010

Daging Masak Bali



Nampak Izah pun dah try buat, jadi Mas pun try gak, memang dah beli daging untuk masak Daging Masak Bali ni. Memang sedap seperti yang katakan. Makan ngan nasi panas, telur dadar dan buncis goreng, perhhh...kena tambah gak sikit nasi tu. Untuk resepi ni memang Mas ikut semuanya, tak derhaka macam Izah sebab makcik tu tak letak kicap. Maceh untuk makcik jepun yang panas tu,Kak Hana. Memang best resipi ni.


Daging Masak Bali
Sumber : Kak Hana dan Izah
Bahan :
  • 1/2 kilo daging - rebus dan hiris kecil
  • *6 tangkai lada merah @ cili kering
  • *5 biji bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *3 biji buah keras
  • *1/2 inci kunyit hidup
  • *1 inci lengkuas
  • *1 inci halia
  • *1 sk jintan manis, putih, dan ketumbar
  • 2 batang serai - ketuk
  • 2 helai daun salam
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 biji tomato - belah 4 atau cincang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Garam dan gula merah @ gula melaka
Cara memasak  :
  1. Tumbuk bahan yang bertanda *. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik minyak. Masukkan tomato dan air asam. Kacau.
  2. Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging, daun salam, daun limau purut, serai, kicap manis. Masak sehingga kuah agak kering sedikit.
  3. Akhir sekali perasakan dengan garam dan masukkan gula merah secukup rasa.
  4. Hidangkan dengan nasi hangat.
  5. Untuk bumbu nih leh tukar dengan ayam, telur rebus dan ikan. (klu ikan, goreng biasa dulu)

4 comments:

  1. wey wey..bukn derhaka tapi terlupa..wakaka..nnti buat skali lagi aku letak lerrrrr..huuhh.. nampak menyelerakan lagi la berbanding kat umah aku..cemana nih..

    ReplyDelete
  2. ha..ha..tu la, lain kali nk buat, ambik kicap tu dulu, nanti lupa lagi...pukk izahhh

    ReplyDelete
  3. mas...sedapnya nampak daging tu...lebih kurang macam daging sumur ye!

    ReplyDelete
  4. daging sumur tu macam mana ....tak pernah makan lagi...tapi memang best daging bali ni, try la buat zarin, izah pun kata sedapp...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.