Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Tuesday, November 23, 2010

Daging Hitam Berempah Madu



Ari ni masak Daging Hitam Berempah Madu untuk lunch ngan anak2. Ni kes tak puas makan daging sebab masa raya ari tu demam..tak merasa langsung daging. Jadi ari ni baru nak makan daging, resepi dari Kak Hana dan hasilnya....memang sedap daging ni. Masih panas lagi tau. Jap lagi nak makan ngan nasi panas.

Daging Hitam Berempah Madu
Sumber : Kak Hana

Bahan :
  • 500 gm daging batang pinang - dihiris nipis
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 inci halia - diketuk
  • air secukupnya
  • 2 sb. rempah kari daging
  • 1 sb. rempah kurma
  • 1 st. serbuk ketumbar
  • 4 sb. kicap pekat manis
  • 1 sb. serbuk cili kering - yg kasar2
  • 1 sb. sos Honey BBQ Blackpepper
  • 1 st. cuka
  • 3 sb. madu
  • 1 st. gula (optional) 
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk :
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia


Cara Memasak :
  1. Daging direbus dengan air secukupnya dan masukkan serai dan halia yang diketuk. Rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dengan api sederhana.
  3. Masukkan serbuk kari daging, serbuk kurma, serbuk cili kering, serbuk ketumbar dan serai yang direbus bersama daging tadi. Kacau sebentar.
  4. Masukkan daging dan kacau balik rata-rata.
  5. Tambah kicap pekat manis, cuka, sos honey BBQ, madu dan garam secukup rasa.
  6. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Masak hingga rempah meresap dan naik berminyak.
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak. Selamat Mencuba!!!


14 comments:

  1. mas,masa raya tu hari akak ingatkan tak dpt daging.2 hari raya akak dah ke perak.balik2 je rumah tgk lam esbok ada dekat 5 kg daging org sumbangkan ke rumah akak.alhamdulillah.ni tgh jln2 cari menu daging,tetiba mas post resepi nih.maceh atas idea bernas ni ya tapi hari ni akak gulai cili api dulu lah.rindu dgn gulai.kihkih

    ReplyDelete
  2. Alhamdudillah...rezeki akak tu...nnti try buat daging hitam berempah madu ni lak akak...sedapp tau...
    wahhh..masak lemak pun sedapp tu...

    ReplyDelete
  3. wooo sedap nampaknya tu mas..boleh masuk list nih..

    ReplyDelete
  4. masukkk makcik...dah berapa ratus tu...he..he...

    ReplyDelete
  5. kak Mas.. sebelum masuk list join dulu sedapnye kak.. mkan ngan nasi impitpun sedap kan

    ReplyDelete
  6. erma
    memang kena ngan nasi impit erma...try la buat nnti...

    ReplyDelete
  7. arghhhhh lapo lapoo... daging lg semalam duk termenung! tak tau nk mskkan apa lg.. padahal resepi belambak! Kikikiki... sket mas.....

    ReplyDelete
  8. kak mas pun mendaging hari ni??? mie pun mendaging gak,hehehhe... tapi tetap nk mintak daging kak mas tu, nampak sgt sedap!!!

    ReplyDelete
  9. mas...
    pergh! sedap tu makan dgn nasi putih panas...

    ReplyDelete
  10. salam mas..menu ni hitam hitam si tampuk manggis ni mas hehe..sedap:)

    ReplyDelete
  11. Salam Mas,
    Akak dtng mlm2 ni mesti dah abeskan daging hitam berempah madu ni...masuk list dululah nmpknya...mmng nmpk sedap..

    ReplyDelete
  12. tengok daging ni mlm2 terasa lapar la pulak :-)

    ReplyDelete
  13. Salam Mas,
    Akak nak bagi award blog cantik kat Mas...sudilah terima ya...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...