Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, November 30, 2010

Cencaru Bakar



Semalam buat cencaru bakar lak, kali ni Mas ambik resepi dari Junjs11@myresepi.com, memang sedap cencaru bakar ni. Mas letak lak cili padi jer, perhhh....memang power cencaru bakar ni. Lain kali boleh buat lagi.

Cencaru Bakar

Bahan :
  • 1 ekor ikan - Mas guna cencaru
  • 1 serai-  diketuk
  • daun limau purut - dihiris
  • air asam jawa - agak2
  • daun pisang dan aluminium foil
Bahan kisar :
  • 5 cili merah
  • 5 cili kering
  • 5 cili api - Mas letak cili api jer
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • garam

Cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. Masukkan serai, garam dan air asam.
  2. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil. Letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. Tutup daun pisang dan foil.
  3. Bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
  4. Hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.

7 comments:

  1. cencaru bakar mmg best kan...biase cicah air asam n cili kicap potong jer...nampak bes ni leh la cube..:)

    ReplyDelete
  2. kak noorsha
    yang ni tak payah cicah air asam kak sebab dah sedap dah kuahnya...

    ReplyDelete
  3. sedapnyer mas ikan mu itew... akak nih klu bab ikan bakar mmg suka banget!

    ReplyDelete
  4. bila la kmaz nk mbkar ni..asik tgk kat dpur mas je..xleh jdi ni..hehee..mas psal pnkek tu..mas buat gna kuali yg kecik molek tak..sbb klu gna kuali bsar..nti pnkek tu jdi leperrr je..tu yg kmaz rsa dia jdi xgbuss..pastu lepas je buh adunan dlm kuali..tutup nga tdung pyok..nti dia akan naik...nti try ye..

    ReplyDelete
  5. kak hana
    sama la kita kak..mas pun suka lauk2 yg dibakar...sedapp kan

    Kak Maz
    he..he..wat cepat kak, tak nak kat oven, kat dalam kuali pun boleh...
    ooooo, macam tu yer...maceh kak atas tunjuk ajar..nnti mas try buat mcm akak cakapkan tu...

    ReplyDelete
  6. salam kak mas, nak lauk cencaru bakar ni, ros tak masak sgt malam ni buat burger je heeheh, malas nak dok dapur lame2 hehee

    ReplyDelete
  7. makcikkkkkkkkkk... eh boleh tiru la buat bakar.. ada sekor cencaru tergoleekkk jek dlm fridge tuu.. bkr atas acuan cara okeyy...hahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...