Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Monday, November 1, 2010

Soft Honey Bun



Rasanya dah lama Mas tak meroti. Jadi Mas mulakan balik projek meroti ni. Kali ni Mas try resepi dari Ros Jintan Manis. Tak terkata hasilnya, roti yang lembut dan gebu, sedapnya makan masa masih panas2... fresh dari oven gitu, buat sendiri baru boleh merasa tau.  Daniel ngan Ain cicah ngan milo jer, habis gak sorang 3 ketoi...he..he..maknya jangan ditanya pulak, malu nak cakap...kiranya makan sampai kenyang la....

Soft Honey Bun

Bahan :
  • 250gram tepung roti
  • 1 1/2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar marjerin / butter / shortening
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar madu
  • 150ml susu segar atau air suam
  • 2 sudu besar water roux
  • 1/2 sudu kecil garam

Water Roux Ros buat separuh adunan dari resepi asal.
( resepi asal water roux ni Ros ambil di blog MamaFami`s spicen n splendour) terima kasih ye Mama.


Bahan :
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air
Caranya :
  1. Masukan semua bahan di dalam periuk .
  2. Kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Cara : ( Jika Menggunakan Tangan) - Doh Roti
  1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.
  2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh.  Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak  didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.
Cara lain :
  1. Masukkan semua bahan  ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12     bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.
  3.  Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 22 – 25 minit. Gliss  mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba.

2 comments:

  1. nak tanya jugak..mas...ko makan berapa ketol? cakap..cakap brapa ketol..hahaha... memang nampak gebu gebas weiii roti tu..huuiii.

    ReplyDelete
  2. tak mo cakap....kiranya lebih sikit dari bebudak la...he..he...tu la makcik, letak water roux....memang gebu gila roti tu.....tu yang dah makan tak bleh berhenti...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...