Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Tuesday, October 12, 2010

Sambal Ikan Kembong




Assalamualaikum.
Lama tak buat sambal ikan kembong, bila tengok ikan kembong segar jer rasa teringin pulak buat sambal ikan, makan ngan bayam tumis  dan nasi panas jer dah cukup sedap. Ikan tu Mas goreng garing sikit dan sambal kena kering sikit, baru sedap...


Sambal Ikan Kembong
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
Ikan kembung - bersihkan dan kelar sedikit

Bahan untuk sambal :
sedikit ikan bilis basuh sedikit
 biji bawang besar.- potong bulat
14 ulas bawang merah.
sedikit belacan
10 tangkai cili kering.
1/2 keping asam gelugur.
Gula melaka secukupnya.
Garam secukup rasa.

Cara :
Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit dan goreng garing. 
Angkat dan ketepikan.

Untuk sambal : 
Cili kering dibuang biji dan di masak dengan air hingga lembut / kembang - toskan.
Blend cili kering,bawang merah , ikan bilis dan belacan hingga hancur.
Tumis bawang besar hingga layu baru masukkan  bahan-bahan kisar dan masak dengan api yang perlahan..Jika perlu masukkan sedikit air dan masak lagi hingga sambal betul-betul masak. Masukkan gula pasir,gula merah secukupnya.
Kemudian masukkan asam keping. Rasakan masin dan manisnya biar betul-betul seimbang.
Masak hingga sambal kering dan masukkan ikan kembong yang digoreng tadi dan gaul sebati . 
Angkat dan sedia dihidangkan.



5 comments:

  1. Salam kak mas,
    Tengok sambal ikan ni, teringat masa kecik2 dulu. Dah goreng ikan, mesti nak buat sambal camni. Garing2 lagi. Memang 10 ekor bole abes! haha..

    ReplyDelete
  2. sedapnya sambal ikan kembung..
    tk pernah lg taruk bilis dlm sambal tu...boleh try ni...eh apa bezanya taruk bilis tu ye?

    ReplyDelete
  3. Indah
    tu la..masa k.mas kecik2 dulu pun mak k.mas rajin buat sambal kembong ni...suka sangat makan...

    Kasih
    he..he...dah masak nasi belum....

    ReplyDelete
  4. Zarin
    sesekali makan sambal kembong ni memang sedap zarin, beza letak ikan bilis masa kisar tu menyedapkan lagi sambal tu...try la buat Zarin...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...