Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Wednesday, October 13, 2010

Roti Cheese, Roti Bakar Kaya



Assalamualaikum.
Meh layan Roti Bakar Kaya, kegemaran kami sekeluarga, rasa macam roti kaya kat kopitiam tau. Sedap dimakan panas2 sambil minum nescafe @ kopi @ teh o juga bersama telur 1/2 masak. Nak membuatnya pun senang dan cepat...

Roti Bakar Kaya
Resepi : MasDuniaku

Bahan : 
roti
kaya
marjerin @ butter

Cara :
Sapukan roti  ( sebelah jer ) dengan marjerin @ butter dan lapiskan dengan kaya.
Panaskan oven dengan suhu 170c dengan api atas bawah dan bakar roti hingga roti tu keperangan disebelah bawah. Terus keluarkan dari oven dan potong 2 atau 4 .
Sedap dimakan panas2 sambil minum nescafe @ kopi @ teh o dengan telur 1/2 masak. 




Yang ni pulak sarapan yang selalu Ain ngan Daniel makan pepagi sebelum ke sekolah. Anak2 Mas selalunya sarapan roti, telur ngan susu jer, senang kan kerja maknya. Ni roti cheese yang menjadi kegemaran Ain dan Daniel. 

Roti Cheese
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
2 keping roti
1 keping slice cheese
marjerin @ butter - Mas guna marjerin jenama Naturel

  • Cara :
    Sapukan marjerin pada kedua2 belah roti dan letak dalam non stik pan dengan api sederhana, setelah roti tu warna kecoklatan, terbalikkan dan letak cheese atas sekeping roti jer.
    Telangkupkan 1 lagi roti yang garing tadi atas cheese dan biarkan roti tu garing dan terbalikkan sebelah lagi dan bila dah garing angkat terus dan potong 2 atau 4.





    4 comments:

    1. Mas, baru makan NL...dah lapar plak tgk roti bakar tuH! Haishhh...dah lama tak buat...:D

      ReplyDelete
    2. maasssssssss.... ni mmg peberet.lagi satu makanan paling ringkas dan mudah..hehehhehe.. i likeee

      ReplyDelete
    3. ha..ha..sedap makan roti kaya, dah pedas makan NL makan manis2 plak...

      ReplyDelete
    4. Izah
      he..he..kau memang makcik...mesti dua2 kau suka...

      ReplyDelete

    Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...