Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Sunday, October 17, 2010

Puding Roti Laici



Alang2 laici ada lagi tu, Mas buat Puding Roti Laici pulak. Dah lama nampak kat dapur Kak Ummi dan teringin nak rasa. Sedap tau, Mas tukar sos karamel ngan sos kastad. Memang serasi dan sedap. Makan masa sejuk2 memang nyaman sekali. Maceh  Kak Ummi tok resepi puding ni dan kata  Kak Ummi resepi dari Kak Hanieliza. Mas buat 1/2 adunan jer tok resepi puding ni.

Puding Roti Laici
Sumber : Kak Ummi

Bahan :
  • 1 buku roti saiz kecil (450 gm) (*k.ummi dan mas guna Gardenia)
  • 1 tin susu cair (*ummi guna Ideal)
  • 1 tin air (sukatan tin susu di atas)
  • 1 tin buah laici
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji telor
  • 2 sudu besar rata tepung jagung
Sos Karamel:-
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan air
Mas guna sos kastad :

  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2  sudu besar tepung kastad - nak lebih pekat tambah sikit lagi.
  • 2 sudu besar gula - ikut manis

Cara Membuat :
  1. Koyak isi laici dan roti kepada saiz kecil2, campurkan keduanya dalam bekas dan ketepikan.
  2. Campurkan semua bahan cecair dalam bekas dan tuangkan ke dalam roti tadi.
  3. Rendamkan selama 1 jam.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang (*ummi griskan loyang dengan butter dulu).
  5. Bakar pada suhu 180C selama 1 jam.
  6. Sejukkan dan potong. Hidangkan bersama sos karamel / sos kastad.
  7. Masak bahan sos karamel dengan api perlahan hingga agak pekat/  likat. Tutup api.
  8. Untuk sos kastad, Campurkan semua bahan ke dalam periuk, sebatikan dan kacau atas api perlahan guna pemukul telur hingga agak pekat.

3 comments:

  1. Salam kak Mas,
    sos kastard yg meleleh tu menggiurkan betul... dah lama tak makan puding roti ni. Nak duduk la, makan sini.. nak kutip laici skali. hihihi..

    ReplyDelete
  2. makscik...binatang apa yang ko takut tu makcik..kikikiki.. eh bestnyer tengok lelehn sos kastard tuh..apa ni menggoda suh naik kalori lagik ni... sayur kat bawah ni mmg best makan ratah je..krupkrap je kan

    ReplyDelete
  3. indah
    ha..ha..kutip sikit2 jer tau...memang sedap sos kastad tu dimakan ngan puding roti, tambah plak ngan laici...ummpp....

    Izah
    mana boleh cakap makcik..rahsia...ada sejenis jer binatang tu...memang fobia dari kecikk.
    ala..sebelum makan puding tu kau ratah tauge tu jer...he,,he..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...