Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, October 7, 2010

Ladna



Mas buat Ladna untuk dinner malam tadi, makan ngan Ain ngan Daniel jer...abang keje malam...Mas nampak resepi Ladna kat Myresepi, jadi tergoda pulak, selalunya Mas makan Ladna kat kedai jer, dah jumpa resepi ni , Mas buat sendiri, maceh Sunkist, memang sedap Ladna ni.... 

Ladna

Bahan :
  • 250 gram kue teow
  • 4 sudu besar minyak sayuran
  • 1 sudu besar kicap pekat (dark soy sauce)
  • 100 gram isi ayam / daging - di potong kecil2
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 11/2 cawan brokoli - mas letak bunga kobis
  • 1 sudu besar bawang putih - dicincang kasar
  • 1 sudu besar taucu (yellow bean sauce)
  • 2 cawan stok ayam / boleh buat air + kiub ayam
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar maggi seasoning
  • gula, serbuk perasa dan sedikit serbuk white pepper

Cara - cara :
  1. Gaulkan isi ayam / daging dengan 1 sudu besar tepung jagung dan maggi seasoning. Perap selama 10 minit.
  2. Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sudu besar minyak dan kicap pekat. Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan taucu (yellow bean sauce) dan goreng lagi sehingga sebati. Masukkan pula ayam / daging yang telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan pula stok ayam / air + kiub ayam dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan brokoli / bunga kobis, sos ikan, sos tiram, gula dan serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.
  5. Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi. Taburkan sedikit serbuk white pepper.

6 comments:

  1. mas..dah nk tumpah dah tu....jangan la kedekut, bagi ler sepinggan..nk try jugak la ladna pulak

    ReplyDelete
  2. ha..ha..tu sebab nak habiskan kuah..tak tahu makcik nak pulak...try buat izah...sedap tau...

    ReplyDelete
  3. mas
    waduh2...membuat akak lapar kali yg kedua.

    ReplyDelete
  4. sedap nyer mas....nampak creamy and mewah jer ladna ni....kalu nak tukar kueteaw dgn mee kuning ok ker?

    ReplyDelete
  5. Kasih
    he..he..bleh try buat kak...sedap tau...

    Ayu
    boleh ayu, ngan bihun pun bleh...ikut selera sendiri...sedap tau ayu..

    Yan
    he..he..bolehh....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...