Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, October 21, 2010

Kangkung Goreng Taucu



Kali ni tukar selera pulak masak Kangkung Goreng Taucu, tak pernah buat lagi, tengok kangkung Kak Hana nampak sedapp jer. Tergoda gak tengok ikan bilis goreng tergolek atas kangkung tu.  Maceh Kak Hana untuk resepi ni. Sedap tau Kangkung Goreng Taucu ni. Sekali hadap jer habis kangkung tu...he..he..Mas makan ngan ikan bakar...perhh...memang kena.

Kangkung Goreng Taucu 
Sumber : Kak Hana

Bahan :
  • Kangkung - potong2
  • * cili padi @ lada kering - bergantung kepedasan masing2
  • * bawang merah
  • * bawang putih
  • * ikan bilis
  • taucu - org tailen gune taucu pedas!!
  • air sedikit
  • perasa - jika suka
  • Bahan Tabur - ikan bilis goreng dan bawang goreng.

Cara :
  1. Tumbuk @ kisar kasar bahan yang bertanda *.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk @ kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan taucu dan juga sedikit air. Tambahkan perasa jika suka. Takyah buh garam sebab taucu dah masin.
  4. Masukkan kangkung. Kacau sebati. Matikan api.
  5. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan juga ikan bilis goreng!

2 comments:

  1. Salam kak maz! ohhh lama dah tak buat sayur ni, kalau kat sini guna hot soy bean paste kalau kat mesia tak tahu ada ke tak, ni yg mcm nak berdesup carik kangkung! wakakakaka..

    ReplyDelete
  2. salam ika, ada kat sini taucu tu, k.mas yang tak cari, he..he..sedap kan ika masak kangkung macam ni...suka sangatt..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...