Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Wednesday, October 13, 2010

Kacang Buncis Tumis Simple



Mas suka masak kacang buncis ni tumis jer....simple dan sedap. Kali ni Mas letak ikan bilis dan tongkeng ayam. Tengok tongkeng ayan kat Giant cantik jer, Mas ambik sebekas, tapi tak elok makan tongkeng ayam ni selalu...lemakkk he..he... Boleh buat rencah.....Daniel pun suka tongkeng ayam. Untuk yang tak suka tongkeng ayam, boleh letak isi ayam, udang atau pun daging. Letak cili yang dihiris2 sikit, pedas2 baru sedap kan....


Kacang Buncis Tumis Simple
Bahan :
  • kacang buncis - potong serong2
  • isi ayam @ udang @ daging - mas letak tongkeng ayam
  • ikan bilis
  • cili merah - hiris2
  • bawang merah - hiris2
  • bawang putih - hiris2
  • sedikit kiub ikan bilis
  • sedikit sos tiram
  • sedikit serbuk kunyit

Cara :
  1. Tumis bawang putih, bawang merah, ikan bilis, cili merah hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam @ udang @ daging @ tongkeng ayam, kacau lagi .
  3. Masukkan sos tiram, serbuk kunyit, kiub ikan bilis, kacang buncis dan sedikit air. Biarkan mendidih dan sayur 1/2 masak.
  4. Tutup api dan boleh dihidangkan. Sedap dimakan dengan ikan goreng dan nasi panas.

4 comments:

  1. suka masak simple cam ni..rangup je kacang tu kan..hehe..saya tak pernah makan bahagian ayam yang tu..sedap ke...kene rasa gak ni

    ReplyDelete
  2. zarin pun buncis macam ni cuma bawang n cili tu di tumbuk n tk taruk tongkeng ayam sbb tk makan hihi..sedapkan sayur buncis ni

    ReplyDelete
  3. izah
    ha..ha..kalau tak pernah makan lagi cuba la try, mana tahu suka..mas dulu pun tak makan , sejak kahwin, suami suka tongkeng goreng, mas pun join, terus suka...sedap kan izah masak macam ni..

    Zarin
    betul tu sedap, suka menguyah buncis tu, rangupp jer...

    ReplyDelete
  4. mas...bila ckp pasal tongeng ayam..teringat kat mak akak..dia suke benor mkn benda ni..akak tak suke

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...