Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, October 31, 2010

Banana Rolls



Dah lama teringin, akhirnya dapat gak buat. Sedap dimakan waktu petang sambil minum teh o panas dan yang penting, tak meletupp masa menggoreng. Mas ikut petua yang Kak Nor berikan. Maceh yer Kak Nor. Untuk bahan sampingan, Mas tambah strawberi segar, sedapnya....sebab tambah sikit rasa masam2 strawberi tu.

Banana Rolls
Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan :
  • Kulit popiah secukupnya
  • Pisang masak secukupnya
  • Peanut Butter super chunk - Mas tak letak
  • Kelapa kering sangai - optional - hana tak letak
  • Tepung jagung / gandum + air -  bancuh utk jadikan gam

Cara-cara :
  • Belah tengah pisang. Sapukan peanut butter super chunk (yg ada kacang tuh). Kalau xde leh guna peanut butter biasa then taburkan almond nibs. Jika suka boleh juga taburkan dengan kelapa kering sangai utk bau yang lebih harum.
  • Kemudian katup kedua belah pisang dan letak di atas kulit popia.Gulung kemas dan gamkan dengan tepung jagung. Buat sehingga habis.
  • Panaskan minyak. Pastikan minyak benar2 panas. Goreng hingga kulit popia keemasan. Tidak perlu lama utk mengelakkan pisang menjadi lembik dan berair. Angkat dan toskan.
  • Hidangkan. Jika suka leh curahkan sos coklat, caramel atau aiskerim.

6 comments:

  1. sori nak tanya, apa petua yg kak nor beri?
    t.kaseh.
    adik

    ReplyDelete
  2. Mas singgah sini nak mkn banana roll mas boleh....

    ReplyDelete
  3. ni mas copy petua tu yer :

    Kali ni buat, satu pun tak meletop, alhamdulillah.. Nak tau tak cara nak kasi meletop? Hehehe.. panaskan minyak tu sampai betul2 panas baru masukkan popia pisang yg siap digulung. Dengan cara ni, kita tak perlu masak dgn agak lama utk kasi kulit popia tu garing. Bila dah garing sket terus angkat dan toskan, insyaallah pisang tu tak sempat nak meletop pong hehe .. oppss!! lupa nak pesan, masa panaskan minyak tu jgn la bukak api kuat sgt sampai kuali dan minyak berasap ya.. nanti kulit popia tu jd berjerawat menggerutu kang. Cuma kuatkan sket jer dan panaskan lama sket. ermmm.. pandai2 la ejjas camna k..hihi


    Kak Ida
    bolek kak, akak dah try ke, sedapp tau...

    ReplyDelete
  4. salam..mas...dah habis ke?tak sudi ke hantar yg ni lak kat umah kita :-)

    ReplyDelete
  5. salam kak suri...he..he..dah abiss la...nanti mas anto yang lain lak yerr...

    ReplyDelete
  6. akak rasa nak try la buat banana rolls ni mas tapi tggu semua anak2 balik dulu..tak syok makan dgn pak dia je..

    da try buat pie?akak copy dr rumah rima dgn ummi.ummi tak guna sos akak guna campbell mushroom soup utk sos dia..cilok sana,cilok sini utk bg sedap..tu yg nampak meleleh je tuh..hihi.sedap mas..cuba lah

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...