Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, October 28, 2010

Ayam Goreng Herba



Teringin tengok Kak Hana buat semalam, jadi hari ni Mas pulak buat, lagi pun masak lauk macam ni Daniel ngan Ain memang suka. Wahh...sedap tau, rasanya ada gak sikit2 ala2 rendang. Kiranya lepas ni boleh buat lagi, lain kali Mas nak bagi kering lagi macam yang Kak Hana buat. Yang ni tak kering sangat kan. Lagi pun hubby tak rasa lagi. Ari ni masak untuk Mas ngan bebudak jer. Jadi Mas masak Ayam Goreng Herba, masak lemak kuning pecah telur ngan sambal belacan cicah ngan timun. Maceh untuk Kak Hana dan  Kak Suzi untuk resepi ayam yang sedapp ni.

Ayam Goreng Herba
Sumber : Kak Hana dan  Kak Suzi 

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil
  • sedikit serbuk kunyit dan garam
Bahan tumis:
  • 3 ulas bawang merah india*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai* - hana tambah lagi
  • 2 sm halia* - hana tambah kunyit hidop
  • 1 sudu teh jintan manis* (bahan *----> dikisar)
  • 1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya.

Cara-cara :
  1. Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis@kisar hingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati. - Hana goreng hingga agak garing.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Angkat dan hidang.

5 comments:

  1. aiseh mas dah buat lah...oo rasa rendang kalau kering kan la ye..tapi moist2 jugak kan..tuan besor kalau ayam goreng nak moist2 gitu..uishh mcm2 la..mas pinjam seketul nak buat sample

    ReplyDelete
  2. ha..ha...pandai kau yer...ambik jer 2 ketoi tu....nanti kau buat pulak tau...sedappp....ni dah menjilat2 jari dah ni...he..he...

    ReplyDelete
  3. ish! geram la tengok ayam tu! taim lunch plak neh! kang sampai gak aku depan umah ko tu...

    ReplyDelete
  4. ha..ha..dah sampai tekan loceng yerr...

    ReplyDelete
  5. Salam Mas,

    sedap nya nampak ayam goreng tu...ni kalau mkn 1 tak cukup mesti nak lebih...hihi.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...