Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Tuesday, November 2, 2010

Ayam Goreng Herba 2



Ari ni tension sikit, tak bleh nak upload gambo, nasib baik Izah tolong, jadi sekarang dalam proses lagi, hubby tengah tolong sama, sempat la masak Ayam Goreng Herba ni, Daniel ngan Ain dah pesan lunch nak ayam goreng herba lagi. Untuk kali ke 4 Mas buat Ayam Goreng Herba ni. Rakyat jelata kat sini suka sangat, jadi kena la masak lagi. Selagi tak jemu la katakan. Kali ni Mas ikut macam Kak Nor buat, derhakakan sikit resepi ni dan hasilnya, ayam ni lebihh sedapp. Maceh untuk Kak Hana yang promotkan resepi ni dan  Kak Nor yang menyedapkan lagi ayam ni. Tapi Ayam Goreng Herba yang ini, Mas buat hari Ahad lepas, tersorok plak sebab dah kluar Daging Masak Bali, cian kan...

Ayam Goreng Herba 2
Sumber : Kak Hana dan Kak Nor 

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil
  • sedikit serbuk kunyit dan garam
Bahan tumis:
  • 3 ulas bawang merah india*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai*
  • 2 sm halia*
  • 1 sudu teh jintan manis*
  • sedikit daun kari - Mas ikut Kak Hana
  • 1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya.
  • cili padi - dihiris (ni Kak Nor tambah) Mas pun letak tapi Mas kisar sekali
  • 1 sudu besar jus limau nipis - juga Kak Nor tambah
 - Bahan * - dikisar.


Cara Memasak:
  1. Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis @ kisar dan daun kari hingga naik baunya. Kemudian masukkan jus limau nipis  dan cili padi diketuk.
  4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati.
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kering.
  6. Angkat dan hidang.

5 comments:

  1. dah boleh tu mas? yg upgrade tu kena tambah gb lagi la..tu tak pasti jugakla..tak berapa mahir jugak...kena tnya pada yg pakar

    ReplyDelete
  2. wahhh mas...hangat betul ayam goreng herba ni ye! zarin ni tk buat2 lagi ni ha...

    ReplyDelete
  3. Izah
    tak ble lagi makcik..tak berapa ok la...tensennya....hubby tengah tolong ni...

    Kak Eliya
    ha..ha..gitu la kiranya kak...yang ni ada tambah bahan, lebih sedapp tau...

    Zarin
    memang hangat zarin, buat la cepat,sedapp tau...

    ReplyDelete
  4. alah mas...nak uat jugak..tapi tak cukup bahan...cam mana ni..daun kari tak dak..ada daun kari lg wangi kan..emmm sedapnyer

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...