Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Wednesday, October 20, 2010

Apam Pisang



Kali ni riwayat pisang ditamatkan ngan dijadikan Apam Pisang. Kebetulan memang tinggal 2 biji pisang berangan yang makin hitam kulitnya. Dari tercampak ke tong sampah, baik cepat2 dibuat kuih. Teringat Apom Pisang kat dapur Ros dan cara membuatnya senang dan cepat. Jadi Mas pun terus buat. Dalam masa 1/2 jam dah siap Apom Pisang ni sebab tak payah diperap, terus boleh kukus. Dan hasilnya macam yang Ros cakap, lembut dan gebuu....tetap sedap dimakan tanpa kelapa parut.

Apam Pisang
Sumber : Ros

Bahan ( 10 biji acuan apam ) :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/4 cawan gula
  • 2 biji pisang ranum ( dilecek)
  • 1 biji telur
  • 50ml minyak masak
  • secubit garam

Cara :
  1. Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. Selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.
  2. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.
  3.  Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

11 comments:

  1. apam pisang ni mmg sedap klu mkn pepagi dgn nescaafe panas...tmbh pulak klu dpt pree kak mas kasi, lagi sodap...hahahahhahha

    ReplyDelete
  2. hm....betul tu, kau ambik jer sebiji...bebudak tak boleh makan banyak...ha..ha..

    ReplyDelete
  3. boleh try lah nanti....slalu ada pisang kat rumah ni

    ReplyDelete
  4. kalau pisang tu dah masak ranum, elok dibuat apam...senang dan cepat buat apam ni zarin...selamat mencuba yer...

    ReplyDelete
  5. salam mas...cantik apom pisang tu..klu ada lebih anta sini :))

    ReplyDelete
  6. looohh..lama dah teringin nak buat..tapi kan, baru ni beli pisang, sampai terlupa pisang tu rupanya dah kena penyek kat bawah barang2..habis semua masam tak leh diselamatkan..huhu

    ReplyDelete
  7. Del
    he..he..macehh...kalau Del nak, ada atas meja tu...ambikk la..

    ReplyDelete
  8. makcikkk...kau ni buat lawakk la...cian pisang tu...lain kali izah beli pisang, simpan atas meja, baru nampakk pisang tu...

    ReplyDelete
  9. Salam kak mas,
    apam pisang ni gebunya...!
    kalu cepat kejadiannya mmg sure la nak rasa jugak nanti. pagi2 pun bole buat ni. :))p

    ReplyDelete
  10. kak ina
    ha..ha..sambal belacan tu ke kak...

    Indah
    memang gebu indah, try la buat indah, kejap jer ...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...