Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Tuesday, October 12, 2010

Agar - agar Karamel




Assalamualaikum.
Tengah hari ni jom kita sejukkan tekak ngan Agar - agar Karamel ni. Sedap tau. Hari tu Mas ternampak masa selongkar dapur Kak Nor. Jadi teringin pulak mencubanya bila nampak Agar - agar Karamel ni, jadi Mas try buat. Memang sedap...sesuai ngan kuah karamelnya tu.....terima kasih pada tuan resepi Shafidah Shamenuntuk resepinya, Mas ikut macam Kak Nor.
             
Agar - agar Karamel
Resepi : Shafidah Shamen
Sumber : Kak Nor dan CMG

Bahan untuk karamel :
1 cawan gula pasir - mat guna 3/4 cawan
3 camca besar air

Cara membuat karamel :
Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.

Bahan  : 
8 g serbuk jelly - k.nor guna serbuk agar2 10gm
600 ml air - k.nor lebihkan 100ml
300 ml susu cair
120 g gula halus - k.nor letak 5 sudu besar aje
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla


Cara membuatnya :
Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly @ serbuk agar2, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu + kastard, kacau rata.
Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. 
Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...


Tips dari Kak Nor :
Bila guna serbuk agar2 kena lebihkan air, sebab tekstur puding jadi keras siket.
Dalam adunan puding K.Nor kurangkan sukatan gula sebab dah ada rasa manis dari karamel.
Kalau masak guna serbuk agar2 tak perlu masak lama bila dah letak adunan susu + kastad sebab serbuk agar2 tu akan buat adunan akan pejal tak seperti kalau guna jelly.




5 comments:

  1. tengahari ni sedapnya makan agar2 sejuk sejuk ni..terliur plak ;-)

    ReplyDelete
  2. he..he..jemput ambik seketoi zarin..

    ReplyDelete
  3. Love telan air liur je tengok puding tu Mas! Takleh makan sejuk2 karang, I'm down with sore throat...uwaaa :(

    ReplyDelete
  4. love
    kurang sedap kalau tak sejuk love...he..he..cian love..ambik la satu, tapi biar tak sejuk yer...

    Del
    salam Del...he..he...memang sedap...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...