Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, September 29, 2010

Sicilian Orange Cake


Nampak  Kak Hana buat ari tu, jadi teringin pulak, Mas buat 1/2 adunan jer , memang sedap kek oren ni, lembut dan gebu jer....tak muak dimakan, maceh untuk  Kak Hana resepi kek oren ni, selain dari Kak Hana,  Kak.JunRima Singapore dan Kak.Yatie pun dah mencuba kek ni dan rasanya ramai lagi yang dah mencuba.....jadi sesiapa yang teringin boleh try buat kek oren ni, senang dan bahan2 pun tak banyak....

Sicilian Orange Cake
Copy : Kak Hana

 Bahan-bahan
  • 250g butter - suhu bilik
  • 250g gula pasir - hana buh 210g je..tuh pong dh manis
  • 4 biji telur size M
  • 11/2 sk parutan kulit oren
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren
Bahan untuk aising
  • 125g gula aising
  • 5 sk jus oren
Cara-cara
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.


2 comments:

  1. waahhhh..dah buat dah...nak cikit makciikkk....mmg sedap la niihh...lawoo je nampak gebu yekk

    ReplyDelete
  2. salam mas...cantiknyer cake...nmpak sedap plak tuh... :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...