Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, September 28, 2010

Pengat Labu




Assalamualaikum.
Mas buat Pengat Labu pulak untuk dessert petang semalam. 
Sebenarnya Mas terlupa ada juga buah dari kampung, labu ni mak mertua Mas dapat dari jiran sebelah rumah, Mas ambik sikit, boleh buat pengat dan kuih sikit...masa Izah tanya Mas bawa buah pe dari kampung , terlupa ada bawa labu setengah biji....itu pun sebab Mas selongkar freezer, ternampak labu berbungkus terselit dalam freeze, kalau tak kecut juga buah labu ni....he..he..saboo jerk la


Pengat Labu
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
labu - kopek kulit - buang biji dan potong2
santan 
sedikit gula melaka @  merah
gula pasir - ikut manis
daun pandan
sagu biji - rendam supaya kembang
sedikit garam - untuk seimbangkan rasa lemak2 manis

Cara :
Rebus labu 1/2 masak, toskan.
Masukkan santan, daun pandan, gula melaka @ gula merah dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
Kemudian masukkan gula pasir dan garam dan rasakan supaya cukup rasa lemak2 manis.
Kemudian masukkan labu yang telah direbus 1/2 masak tadi dan sagu biji, biar seketika dan boleh tutup api. 
Sedap dimakan panas2 suam @ sejuk dan sedap juga dicicah ngan roti.


7 comments:

  1. salam mas...wah! da lama tak singgah umah mas nie... dtg jek dpt dijamu ngn pengat labu...sedap!sedap!

    ReplyDelete
  2. oo..ngelat ye makcikkk tak kasi buah dari kampung ye..ngahahaa...sedaapppnyaaa..lama tak makan pengat..eh kami kan mas..kalau berkuah kami panggil bbur labu, kalau kering baru panggil pengat.biasa tak makan labu yang masak dengan gula merah sampai kering?sedap kan

    ReplyDelete
  3. ha..ha..jemput2 makan, nak tambah cedok kt periuk yer...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. he..he..jangan marah yer makcik....
    macam tu ke, rasanya pengat ngan bubur ni sama jer...kalau kering tu tak de kuah la....tak pernah makan lagi, nanti izah tunjuk la pengat izah tu, macam mana rupanya ...boleh tak makcikk...

    ReplyDelete
  6. belum pernah makan pengat labu hihi masak lemak labu pun baru je mencubanya and sungguh sedap..so kita simpan resepi ni kot kot nk wat jugak nanti ye!

    ReplyDelete
  7. kalau ada lagi labu tu elok sesangat zarin buat pengat labu...sedap tau.....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...