Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, September 2, 2010

Mee Kari Kerang


Dah lama teringin nak makan Mee Kari, semalam nampak kat dapur Ika, wah...dah tak tahan..nak juga berbuka ngan Mee Kari, kebetulan abang nak keluar, boleh ikut gi pasar sekali untuk beli bahan2 untuk Mee Kari. Akhirnya tercapai juga hajat nak makan Mee Kari masa berbuka semalam, resepi Mas copy dari Ika dan kata Ika dia copy dari Kak Ayu Spore dan resepi asalnya dari  Kak Ain's Kitchen, maceh yer semua, memang sedap Mee Kari ni......lain kali boleh buat lagi....he..he...

Mee Kari Kerang
Sumber : Ika
              Kak Ayu Spore
              Kak Ain's Kitchen
Bahan :
  • Satu senduk minyak masak
  • 10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
  • 10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes
  • 1 sudu besar cili blender
  • Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 biji bunga lawang
  • Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)-Ayu gunakan santan kotak aje
  • 600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
  • 1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)-Ayu gunakan kerang
  • 3 biji kentang - potong kecil-kecil
  • Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)-Ayu gunakan taupok
  • 1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
  • 2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
  • Garam secukup rasa - Mas ganti dengan kiub ikan bilis
  • Serbuk Perasa (Ajinomoto)

Bahan-bahan sayuran:-
  • 1 bungkus Mee kuning (dicelur)
  • 50 sen taugeh (dicelur)
  • 3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
  • 2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
  • Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
  • Cili merah (dimayang halus)
  • Bawang goreng
  • Daun pudina (untuk lebh "ummpph") -  Mas x letak ni
  • Kacang panjang - celur yang ni Mas tambah
  • ½ kilo sawi - Mas celur
Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.

Cara memasak :
 - Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga
dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake,
air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.

 - Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan lain.Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping keluarga atau tetamu.

Tips dari empunya recipe:- Ain's Kitchen
  1.  Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh. Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja. MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING. Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG. Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!
  2.  Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.
  3. Jika guna udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan ambil airnya. Hampasnya buang! Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru! Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang? Ain lah.. siapa lagi! Naya, naya!
  4.  Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's. Tapi, seandainya ada netters yg ada better suggestion, please let me know.
  5. Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu.
    Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih. Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?


12 comments:

  1. Salam kak Mas,
    Ini yang buat rasa nak nangis ni... mee kari ngan kerang ya kak. huhu. Suuuungguh menggoda.

    ReplyDelete
  2. Mas

    Meriah sungguh mee kari dengan aksesori kerang, udang, sayur..adussss selera akak tgk :)

    ReplyDelete
  3. gulp 'telan air liur' je la...tk buleh tahan tengok mee kari nih...

    ReplyDelete
  4. sedapnye mee kari kak mas..terasa2 d mulut ni,huhuhuhu....de lg x??mintak sepinggan....

    ReplyDelete
  5. indah
    ni nangis sebab tak dapat makan ke..he..he..meh ambik semangkuk....lap air mata tu...

    kak yat
    he..he..tu yang sedap tu, semuanya ada, mana nk dapat macam ni kalau beli...kan kak..puas makan...

    zarin
    sruppp..sedap tau....

    mimiey
    ada mimiey, tinggal kuah dalam periuk tu..he..he..

    ReplyDelete
  6. salam mas...kecur betul tgk yg bersusun2 atas mee tu...klu lah dpt semangkuk ni mmg x cukup..mintak lagi dan lagi dan lagi...:))))

    ReplyDelete
  7. sampai hati tayang kat kita,

    waaaaaa....aksesory yang melampau...udang tu menawan....kerang tu hensomnye...bebola tu melambai2,...goda manja kat kita

    ReplyDelete
  8. emm..mmg kegemaran ida & suami ni..anak2 tolak tepi la,sebab pedas kari tu..ada kerang mmg kaw,sini tak dak kerang la mas..msk pun rasa tak kaw mcm berkerang tu

    ReplyDelete
  9. mas, kemain lg udang tu bersusun posing yerk! hehehe..
    waaaa....dah lama x makan kerang. kt sini xde kerang cam kt mesia tu. kerang kt sini lain sket. akak mmg feberet nih mee kari. klu duk dkt umah mas, dh gi ngecek nih... hahahaha....

    ReplyDelete
  10. del
    he..he..memang fesyen mas kalau makan mee kari, semuanya nk letak...baru sedap, kena semangkuk memang tersandar kejap...he..he..

    ayu
    amboi....ayat menggoda tu...he..he..baru sedap ayu letak semua....

    kak ida
    ait...terbalik pulak, suami mas pulak yang tak berapa gemar mee kari, mas ngan anak2 yang suka...

    kak ina
    he..he..kalau dok sebelah rumah mas dah dapat dah semangkuk..he..he..kerang tu lain macam , macam mana tu ..tak sedap ke...apa pun kerang malaysia the best..kan kak..mee kari kalau tak letak kerang tak sedap kan...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikumwbh Mas,

    Suka dpt onkan blog mas ni. Kita link and follow sama2 nak? :)
    Banyak dah wak cookies?

    ReplyDelete
  12. ayu
    maceh ayu....mas buat 6 jenis jer....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...