Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, September 23, 2010

Chocolate Mint Cake




Assalamualaikum.
Mas buat Chocolate Mint Cake ni untuk buah tangan family mertua kat kampung, jap lagi dah nak bertolak balik kampung.....mudah2an kami sekeluarga sampai dengan selamat...Amin..jadi kekawan semua, nanti kita berjumpa pada hari Isnin yer....kat kampung internet lembab sikit, malas Mas nak bawa laptop...
Resepi Chocolate Mint Cake ni, Mas ambik resepinya kat dapur Kak Ummi, maceh Kak Ummi, memang sedap kek ni, lembut dan gebu jer....resepi asal kata Kak Ummi dari Kak Halimah Anang.....jadi sesiapa yang nak kek ni jangan marah yer, semuanya Mas bawa balik kampung...tengok gambar jer la ye....rajin2 tu,  buatla kek ni, sedap tau...


Chocolate Mint Cake
Copy :  Kak Ummi

Bahan : 
loyang bulat 8 inci
200 gm tepung naik sendiri
230 gm mentega
220 gm gula kastor
230 gm telor (*ummi letak 4 biji saiz B)
3 gm esen vanila (1 sudu teh)
30 gm serbuk koko 
50 gm susu segar
beberapa titis pewarna hijau
beberapa titis esen peppermint


Cara :
Panaskan oven pada suhu 180 C.
Sapu butter pada loyang dan alaskan kertas baking di dasar dan bahagian tepinya.
Dalam mangkuk, pukul tepung dengan mentega hingga jadi pes yang sebati (hati-hati ketika memukul, tepung akan sedikit naik berdebu). Ketepikan.
Dalam mangkuk lain, pukul telor dan gula hingga likat.
Masukkan adunan ini dan esen vanila ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati dan kembang.
Bahagi dua adunan - satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala satu bahagian lagi dicampurkan pewarna hijau dan esen peppermint.
Letakkan 2 sudu besar adunan coklat di bahagian tengah loyang dan kemudian letakkan pula 2 sudu besar adunan hijau di atas adunan coklat tadi.
Buatlah secara berselang seli hingga habis.
Kemudian hentakkan sedikit loyang sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 - 50 minit.


7 comments:

  1. Salam Mas,
    Cantik dan tentunya sedap....nak wat jugalah...hihihi...

    ReplyDelete
  2. Selamat jalan Mas...jgn lupa hapdate bila dah balik dari kg k..

    baru akak survey2 cake ni kemarin..mas dah wat..sedap ya mas..nampak catek la :)

    ReplyDelete
  3. mas..smoga selamat dlm perjalannan pulang ke kempung yeee...aiisshh sengat seydap ituww kek..tapi tak dek la plok pepermint tu....makan umah mas jek la bbile2 ek..hehee

    ReplyDelete
  4. balik kampung beraya lagi ke mas? rajin bawak buah tangan ye!

    ReplyDelete
  5. Salam mas..
    sedapppnya (sampai terliur2)..- kitaorg kat sini dessert tak bnyk pilihan..sbb pakej murah kot..hihi..tu yg terliur tgk dessert2 org

    ReplyDelete
  6. Waaaaahh..x tinggal kat akak sikit ke Mas, semua nak bwk balik kg tu..drop by kat akak dulu laaa..hehe..Sedap kan! Ada kelainan dan tekak jadi sejuk je bila minum air lepas makan kek ni kan..hehe

    ReplyDelete
  7. Salam Mas...

    Belum terlambat lagi rasanya nak mngucapkan Selamat Hari Raya kpd Mas skeluarga... akak ada byk mslh teknikal, tu yg senyap jer.. hihi.

    sedapnya nampak kek tu, mintak sikit..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...