Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Sunday, August 22, 2010

Sambal Kentang dan Bilis Kering



Ni salah satu makanan peberet family Mas, Mas belajar buat resepi ni dari ibu mertua...sedap dimakan dengan nasi panas atau makan macam tu jer....krup krap krup krap menguyah sedar2 dah abis semangkuk...Mas selalu buat untuk makan macam tu jer....Ain ngan Daniel pun suka....untuk dapatkan kentang yang nipis2 , Mas guna pisau untuk kopek kulit buah tu...senang kerja.....

Sambal Kentang dan Bilis Kering
Bahan :
  • kentang - ( ikut nak banyak mana ) kopek kulit dan hiris halus2 - rendam kejap dalam air - toskan
  • ikan bilis - ( ikut suka nak letak banyak / sikit ) basuh dan toskan 
  • pes sambal boleh tengok kat sini @ pun boleh buat sambal biasa tu cuma sambal tu biar kering sikit yer..
Cara membuatnya :
  1. Goreng kentang hingga garing , toskan dan ketepikan.
  2. Goreng ikan bilis hingga garing, toskan dan ketepikan.
  3. Panaskan pes sambal @ kalau buat sambal biar sambal tu agak2 kering dan masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng garing, kacau sebati dan terus tutup api. 
  4. Jika tak nak makan lagi simpan dalam bekas bertutup supaya kentang masih rangup....

10 comments:

  1. salam mas...hr ni x nak kwn mas sbb msk sedap!:D *buat mkn sahur laju ni mas :)

    ReplyDelete
  2. Salam mas

    sedap nih..tapi akak malas nak hiris nipis2 tu kentang la..mas watkan akak 1 tupperware k..hehe.

    ReplyDelete
  3. sedapnye kentng ranup gitu,,nk jugek la mas

    ReplyDelete
  4. Salam MAS.. wah sedap tuuu. Paberet Kak Azie gak tu.

    Semalam Kak Azie buat macam tu gak, tapi dgn Tempe. :)

    ReplyDelete
  5. i pun suka sangat makan yang ni tapi macam yat kata..i pun malas sgt nak hiris kentang nipis2 tu hihi..nanti poslah satu balang ye :D

    ReplyDelete
  6. kak del
    boleh juga tu..sambal kering2 ni sedap makan ngan nasi panas, kak del..nak kawan juga...he..he..

    kak yat
    ha..ha..boleh kak..nanti2 hantar...ala akak, hiris kentang guna pisau kopek kulit buah tu..senang kak...




    izah
    nak yang kat gambar tu dah abis la izah, mas kalau buat tak sempat simpan..

    kak azie
    ngan tempe pun sedap juga tu..hiris tempe nipis2 kan kak..sedap2...

    zarin
    ha..ha..tambah satu lagi order, boleh..nanti2 yer zarin..

    ReplyDelete
  7. Salam Mas, akak pun suka dan selalu masak sambal kentang + bilis, tp + tempe + kacang tanah, buat bnyk2 simpan sampai raya pun boleh kot..(kalau tak dimakan la)..hehe

    ReplyDelete
  8. ha..ha..bunyi macam tak sempat simpan lama jer...budak2 memang suka kan kak...

    ReplyDelete
  9. Awak,guna kentang apa supaya kntg tu rangup...kita buat kentang tu xrangup

    ReplyDelete
  10. Awak,guna kentang apa supaya kntg tu rangup...kita buat kentang tu xrangup

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...