Search This Blog

Saturday, August 21, 2010

Bronok @ Kuih Sago Kukus



Mas buat untuk juadah berbuka semalam, Mas buat 3 jenis, merah, hijau dan perisa gula merah...boleh pilih nak yang mana satu...ni kes semuanya teringin he..he..perisa gula merah tu Mas ikut macam Izah buat, boleh tengok kat SINI. Untuk kuih sago yang warna hijau macam yang Ika buat tu boleh tengok kat SINI dan yang warna merah tu boleh tengok resepi Mas sebalun ni, ada  kat SINI atau pun yang macam kat dapur Izah...semuanya sedap2.....

Bronok @ Kuih Sago Kukus
Copy : Izah  

Bahan ( loyang 22 cm ) :
  • 1 gelas sagu biji kecil - Kita guna sukatan cawan metrik
  • 3 gelas air - yg ni pun sama
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja - digaul dengan garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose
Cara :
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih. 
  2. Masukkan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukkan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukkan kedalam loyang.
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ni boleh dikacau saja dalam kuali tetapi apabila dikukus , sagunya akan nampak berbiji - biji. ( yang ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih ) Lagi enak rasanya.
  5. Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa...siap

2 comments:

  1. Salam mas..
    sedapnya berbuka pose ngan kuih sagu ni kan... akak suka sgt kuih ni... boleh masuk list ni..

    ReplyDelete
  2. kak wana...memang sedap kak..kira makanan ringan2 la ni....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.