Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Monday, July 12, 2010

SUP AYAM HADYAI



Ari tu nampak kat rumah Izah , izah copy resepi dari Kak Yatie, memang betul macam yang dicakap , memang sedap Sup Ayam Hadyai ni, walaupun pedas sikit, Ain ngan Daniel berebut2 nak kuah sup tu... he..he..rasanya kena buat lagi lepas ni sebab maknya tak puas makan..En Bos pun tak rasa lagi sebab dia tak de..tima kasih ye Izah dan Kak Yatie ...

BAHAN - BAHANNYA 
  • 800 g ayam, dipotong sederhana besar
  • 5 batang serai, dititik
  • 7 cm lengkuas, diketuk
  • 2 batang saleri, dikerat2
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
  • 5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 kuntum bunga lawang#
  • 5 biji buah pelaga#
  • 3 kuntum bunga cengkih#
  • 1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3-4 biji cili padi*
  • 4 cm halia*
  • 1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
  • 2 camca besar ketumbar*
  • 1 camca teh jintan kasar*
  • 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
  • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA 
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
  3. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
  4. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak.
  5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  7. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  8. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja....

3 comments:

  1. Salam Mas,
    Dah masak ya sup hadnyai....ingat nak tumpamg makan kat sini, tapi dah abes pulak...mmng sedapkan..

    ReplyDelete
  2. alamak mas..saya pun tak puas makan hari tu...biasanya sup esok nya makin sedap...hari tu tak sampai esok dah habis..kena buat gak ni, hari tu saya tak letak cili, bebudakkan kecik lagi takut sakit perut,tapi kalau dah besar cam anak mas tu mesti saya letak, sebab suka makan pedas2 nih..kena wat lagi la nampaknya kite ye mas

    ReplyDelete
  3. kak yatie
    salam kak,sup kalau kat rumah mas memang laku kak..thanks ye kak resepi tu, memang sedap sup tu..

    izah
    anak2 mas kalau pedas sikit2 boleh la, kena buat cili kicap la izah..lain kali nak buat lebih, baru boleh ulang makan..betul tak..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...