Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Wednesday, July 7, 2010

Sambal Patin Goreng



Assalamualaikum. Baki Ikan Patin yang Mas masak tempoyak semalam Mas buat Sambal Patin Goreng pulak, memang sedap ikan Patin yang goreng dan dibuat sambal...rasa macam tak cukup pulak 2 ketul ikan patin tu..sedapnya.. 

Patin Goreng Sambal
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • ikan patin - dipotong2
  • cili kisar - ikut kepedasan
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dikisar
  • sedikit ikan bilis - dikisar
  • 1 keping asam keping
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis
  • minyak untuk menumis

Cara memasak :
  1. Patin dipotong, dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 10 minit dan cuci kembali dan toskan.
  2. Lumurkan patin dengan sedikit garam dam kunyit dan tabur sedikit tepung, sebatikan dan goreng garing, angkat dan toskan, ketepikan.
  3. Tumis bawang yang dihiris2 hingga wangi kemudian masukkan bahan2 kisar dan masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.
  4. Masukan garam, gula, asam keping dan kiub ikan bilis, kacau sebati.
  5. Masak hingga sambal kering, garing dan pecah minyak dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau supaya sambal tak hangus.
  6. Bila sambal dah kering garing dan pecah minyak, masukkan patin yang telah digoreng tadi, sebatikan , tutup api dan boleh dihidangkan.



4 comments:

  1. sedap ke mas patin goreng..slama makan ikan patin tak penah buat goreng sebab isi lembik kan..tapi kalau bakar pais tempoyak tu biasa la sangat.....boleh try nanti..

    ReplyDelete
  2. salam kak mas,
    oh... baru tau patin sedap jugak buat sambal. nanti saya bole try :D.

    Kelmarin buat dadih jugak. teringin... hihi. tapi susu segar takde, jadi saya buat dadih aritu je.

    ReplyDelete
  3. sedap sesangat izah, mas pun tak pernah makan ,ari tu tengok rancangan ketuk2 ramadhan, sheila rosli masak patin goreng, jadi mas pun try buat, memang sedap,belum cuba belum tahu, cuba dulu...he..he..

    ReplyDelete
  4. dah nampak dadih tu...sedap2...
    kalau indah suka ikan patin, boleh cuba buat goreng sambal pulak , memang sedap, suami kak mas kalau kak mas masak tempoyak patin dia jeling je...tapi kalau kak mas buat patin goreng bersambal, nak pulak dia makan, tapi isi patin tak mau, dia makan bahagian yang garing je...berjaya juga goda suami kak mas makan patin..he..he..selamat mencuba ye indah...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...