Search This Blog

Monday, July 5, 2010

Sambal Ikan Keli



Assalamualaikum. Baru lepas masak Sambal Ikan Keli , Mas masak sekor je sebab yang nak makan pun Mas sorang je....Ain ngan Daniel tak makan ikan keli, hu....hu....tak de geng, ari ni masak awal sikit sebab Ain tak sekolah lagi, doktor bagi  M.C sampai Khamis ni sebab badan Ain masih lemah lagi, Khamis ni nak check balik darah putih Ain, minta2 dah stabil balik, jadi Mas tak sibuk sangat, cuma hantar dan ambik Daniel je...meh layan dulu Sambal Ikan Keli ni..

Sambal Ikan Keli
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • ikan keli 
  • cili kisar - ikut kepedasan
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dikisar
  • sedikit ikan bilis - dikisar
  • 1 keping asam keping
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis
  • minyak untuk menumis

Cara memasak :
  1. Keli dipotong jika suka, dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 10 minit dan cuci kembali dan toskan.
  2. Lumurkan keli dengan sedikit garam dam kunyit dan tabur sedikit tepung, sebatikan dan goreng garing, angkat dan toskan, ketepikan.
  3. Tumis bawang yang dihiris2 hingga wangi kemudian masukkan bahan2 kisar dan masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.
  4. Masukan garam, gula, asam keping dan kiub ikan bilis, kacau sebati.
  5. Masak hingga sambal kering, garing dan pecah minyak dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau supaya sambal tak hangus.
  6. Bila sambal dah kering garing dan pecah minyak, masukkan keli yang telah digoreng tadi, sebatikan , tutup api dan boleh dihidangkan.


2 comments:

  1. wah kamu suka ikan keli ya...banyak masakan ikan keli kat sini...jom lawat blog ikan keli...1001 cerita ttg ikan keli...

    ReplyDelete
  2. he..he..memang suka sangat ikan keli...insyaAllah nanti mas menyusur ye..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.