Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, July 3, 2010

Sagu Gula Merah




Assalamualaikum.
Hari ni sibuk sikit, keluarga mertua nak datang, nak tengok Ain ,Alhamdulillah Ain pun makin sihat. Meh layan dulu Sagu Gula Melaka yang Mas buat semalam, memang sedap sagu ni, tak cukup rasanya satu, bertambah juga Mas makan...he..he..memang best..

Sagu Gula Merah
Sumber : Kak Anymz

Bahan :
2 cawan sagu - nak cantik pakai sagu berwarna
1 tin susu cair @ santan - Mas guna santan
1 cawan gula melaka @ gula merah pun boleh


Cara :
Rendam sagu lebih kurang 20 minit. 
Kemudian masak sagu dengan air sampai sagu kembang, likat dan kental. 
Tuang ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais.
Gula melaka @ gula merah tu bancuh dengan secawan setengah air panas untuk dijadikan air gula yang agak pekat. Boleh juga masak dengan daun pandan.
Bila nak hidangkan just terbalikkan sagu tadi ke dalam mangkuk, tuang susu cair dan gula melaka





Nota :
Lagi satu version, kalau tak nak pakai susu cair, boleh pakai santan. 
Masak santan pekat dengan secubit garam dan daun pandan, sentiasa kacau tapi jangan sampai pecah minyak. 
Sebijik rasa macam cendol. :-D


1 comment:

  1. its very nice. i like it. your article is very useless for me thanks

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...