Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, July 12, 2010

Puding Roti Pelangi



Mas buat Puding Roti Pelangi semalam, untuk adik Mas yang datang singgah kejap, nak tengok Ain, Alhamdudillah, Ain pun dah sihat, dah gi sekolah pun. Resepi Mas dapat dari rumah Kak Hana. Tima kasih ye kak, Mas selongkar lagi dapur akak tu...memang sedap Puding tu...Mas tukar sikit bahannya sebab Daniel nak perisa strawberi dan Ain nak coklat, macam2 budak2 tu...jadi pelangi kat sini warna coklat dan pink je...boleh ke..

Puding Roti Pelangi
Resepi :Kak Hana 
Bahan: 
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair - mas guna 85ml susu coklat dan 85ml susu perisa strawberi
  • 8gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) - mas guna butter
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • pewarna merah,kuning dan hijau. (terpulang masing2) - Mas guna sirap untuk perisa strawberi
Cara membuatnya :
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. 
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati. (hana gune merah,hijau dan kuning)
  5. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tk payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas kaler hijau pula. ulang smula kaler merah dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.
Cara Mas :
  • Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  • Blend roti yang direndam dengan air, susu pekat dan telur,kemudian bahagi 2 dan satu letak susu coklat dan satu bahagian lagi letak susu perisa strawberi.
  • Bahagi 2 agar2 yang telah dididihkan tadi dan tuang satu bhn blend perisa coklat kedalam satu periuk agar2 dan satu lagi  periuk agar2 dituang bahan blend perisa strawberi . Kacau rata tiap2 periuk tu.
  • Masukkan butter/marjerin ke satu periuk strawberi dan satu lagi ke periuk coklat dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  • Tuang sedikit sirap kedalam periuk strawberi untuk cantikkan warnanya.
  • Ambik sesenduk coklat dan tuang ditengah2 loyang, kemudian ambil sesenduk perisa strawberi dan tuang atas perisa coklat tadi, biarkan puding bergerak sendiri ketepi, tak payah ratakan dan kacau dan ulang tuang coklat dan strawberi berselang seli hingga habis.
  •  Ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk


9 comments:

  1. memang sedap..dah 2 kai buat tak jemu..nak buat lagi lah bila tengok yg mas nih..nyumnyumm

    ReplyDelete
  2. Salam mas...
    Kita datang tak di jemput ni main redah je.... nak mengintai resepi!!! ni nak ucap salam dulu... nanti kalau ada masa nak selongkar n3 yg lama tu erkk... harap diberi izin!!!

    ReplyDelete
  3. aduhh masss... akak lamanya tak wat puding nih! slalu wat time ade yasinan n ghater2 jerk! mintak 2 potong mas! kompom air tgn mas sedapp!

    ReplyDelete
  4. izah
    tu la, sedap kan puding roti ni,buat cepat izah, tak sabar nak tengok puding izah pulak..

    wana
    salam wana, tima kasih sudi datang, rumah mas ni terbuka untuk sesiapa je yang sudi singgah...boleh selongkar..jangan lupa kemas balik tau..he..he..

    kak hana
    tu la, senang kan buat makan untuk majlis,sedap lak tu...baki tu mas tinggal untuk akak potong la tu, pisau ada tak...mana boleh lawan air tangan sifu..lagi mantop...

    ReplyDelete
  5. mmm syedap tu... lama erma x wat puding ni... ader lagi? nak juga... he he he

    ReplyDelete
  6. erma
    ada sikit lagi kat peti ais tu..ambik la erma..janjan lupa pulangkan balik bekas puding tu..he..he..

    ReplyDelete
  7. puding apa pun sedap! hihi dah mmg minat...;-)

    ReplyDelete
  8. e-na
    e-na minat puding ke..mesti dah buat kan..sedap tau..

    ReplyDelete
  9. salam mas...
    aritu abby ader try buat, tp versi milo ngan susu... :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...