Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, July 8, 2010

Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi dan Udang



Assalamualaikum. Arini awal sikit sebab jap lagi nak gi hospital nak check darah Ain balik, mudah2an darah Ain dah ok...Nak menghabiskan stok pucuk ubi kayu ni, seringgit pun banyak, boleh 2 kali masak..kali ni Mas masak Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api Dan Udang. panjang pulak namanya...

Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi dan Udang
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • pucuk ubi kayu - bersihkan, celur kejap ,potong2
  • 6 biji cili padi - ditumbuk ( nak pedas lagi letak lebih )
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 cawan santan 
  • udang - mas letak 6 ekor
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit kuib ikan bilis

Cara memasak :
  • Tuang santan kedalam periuk, masukkan bahan2 tumbuk, serai dan pucuk ubi kayu, biarkan mendidih dengan api sederhana, masukkan garam ,gula, serbuk perasa, kacau rata dan biarkan masak dalam 10 minit, kemudian masukkan  udang , ,masak hingga udang kelihatan kemerahan . Boleh tutup api dan dihidangkan.

2 comments:

  1. waaa.cantik mangkuk sayur tu hehehe...kata org kalau nak cepat sembuh makan sup ketam mas..dah cuba dah..akak doakan semuga ain cepat sembuh yer..amin

    ReplyDelete
  2. tima kasih kak..mas dah buat dah..saje bagi makan pucuk ubi juga...tadi dah check, alhamdudillah..semuanya dah ok..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...