Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Tuesday, July 6, 2010

Pucuk Ubi Kayu Masak Lemak Putih



Assalamualaikum. Hmm...Meh layan Masak Lemak Putih yang menjadi peberet Ain ni, tapi kali ni Mas letak pucuk ubi kayu sebab kata orang sesiapa yang kena denggi, bila dah sembuh kena makan pucuk ubi kayu untuk matikan kuman kat dalam badan, jadi Mas masakkan masak lemak putih letak pucuk ubi kayu untuk Ain, berselera Ain makan...selalunya pucuk ubi kayu ni dimasak masak lemak cili padi ataupun masak tempoyak, jadi kali ni meh layan masak lemak putih pulak...sedapp tau dimakan ngan ikan goreng dan sambal belacan...

Pucuk Ubi Kayu Masak Lemak Putih
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • pucuk ubi kayu - diambil daunnya, dicuci bersih dan direbus kejap - toskan dan potong2
  • santan secukupnya
  • sedikit ikan bilis
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit kuib ikan bilis
Cara memasak :
  • Satukan semua bahan diatas dan masak dengan api perlahan hingga masak.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...