Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Tuesday, July 6, 2010

Patin Masak Tempoyak



Patin Masak Tempoyak ni menu malam tadi, Mas dulu tak makan tempoyak sebab tak suka baunya, tapi entah macam mana masa mengandung teringin nak makan, rupa2nya sedap...terus sampai sekarang minat tempoyak, he..he..bak kata orang, belum cuba belum tahu...

Patin Masak Tempoyak
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • ikan patin dibersihkan dengan asam limau @ asam jawa
  • 10 biji cili padi - ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 3 sudu besar tempoyak
  • sedikit daun kesum
  • sedikit air
  • gula, garam secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis
Cara memasak :
  1. Patin dipotong, dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 10 minit dan cuci kembali dan toskan.
  2. Satukan semua bahan diatas dan masak dengan api perlahan hingga ikan patin masak dan kuah agak pekat, kacau perlahan2 supaya patin tak hancur.

2 comments:

  1. Salam kak mas,
    Teringat patin masak tempoyak kat RR laluan ke pahang... mahal sungguh!
    nak numpang makan? hihi.

    ReplyDelete
  2. ye ke, kak mas tak pernah makan lagi..makan je la kat sini...free je..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...