Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, July 31, 2010

MEE SUP AYAM



Lunch ari ni Mee Sup Ayam jer...sesekali tekak ni terasa nak makan sup pulak..jemu juga asyik nasi jer...Mas buat sup ayam ni cara Mas...sedap tau...makan dengan cili kicap...perh...menitis peluh ni...ha..ha..

Mee Sup Ayam

Bahan - bahan :
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil2
  • 1/2 batang saleri - dipotong2
  • 1 kiub ayam
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar :
  • 1 peket rempah sup adabi 
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1/2 batang batang saleri
Bahan sampingan :
  • mee kuning - dicelur , toskan
  • baun sup , daun bawang
  • bawang goreng
Cili kicap :
- Satukan cili padi yang ditumbuk halus + jus limau nipis + kicap manis dalam satu bekas.

Cara memasak sup :
- Rebus ayam hingga 1/2 masak, sementara itu tumis bahan - bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau dengan api perlahan kemudian tuang kedalam rebusan ayam tu, masukkan batang saleri yang dipotong2, kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sup tu pekat dan ayam cukup masak.

Cara menghidang :
- Masukkan mee kedalam mangkuk, masukkan daun bawang , daun sup, bawang goreng,tuang kuah sup tadi dan letakkan cili kicap secukup pedas...



6 comments:

  1. Salam kak mas,
    Aduh, kak. kalu sup2 ni memang kegemaran saya..kak. bagus gak guna mee. macam mee soto pulak,kan? nak tumpang sesudu... hihihi

    ReplyDelete
  2. salam indah
    ha..ha..rasanya lebih kurang kot..cuma tak ada nasi impit jer...sedap tau indah..

    salam farnas
    sedap farnas..letak cili kicap banyak2...berpeluh dibuatnya..

    ReplyDelete
  3. Waaa....sedapnya!!!! Bhn2nya pun ringkas....aq akn buat mi sup nie 4 my mom befday....yehaaa!!!! :-)

    ReplyDelete
  4. thanks akak. senang sgt nak buat. mama takde kat rumah, jadi saya kena masak untuk Abah ngan Adik.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...