Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Sunday, July 11, 2010

MEE REBUS SEMPOI



Ni untuk makan petang semalam, tetiba rasa nak makan Mee Rebus. Jadi Mas letak apa yang ada kat rumah je la. Rasanya sayur tauge dan tauhu je yang tak de, apa pun janji sedap dan hajat nak makan Mee Rebus tercapai...he..he..


MEE REBUS SEMPOI

Bahan :
  • 1 peket mee kuning - dicelur kejap
  • tauge - dicelur kejap
  • 2 keping tauhu - goreng garing - potong2
  • limau nipis - dibelah 2 ( untuk diperahn atas mee kuah )
  • bawang goreng - tabur atas mee
  • 2 biji telur - direbus dan belah 2
Bahan untuk kuah mee :
  • ayam / daging - ikut nak banyak mana 
  • cili kering yang dikisar - ikut pedas
  • udang kering  - dikisar ( agak2 rasa udang, lebih banyak lebih sedap )
  • 2 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • sedikit ikan bilis - dibasuh sikit dan dikisar
  • kentang / keledek - direbus dan dikisar  ( bergantung pada kuah nak pekat macam mana ) untuk 4 orang makan mas guna 7 biji kentang
  • garam, gula, serbuk perasa 
Cara membuatnya :
  1. Rebus ayam / daging ( hingga hampir empuk ) hingga masak dengan air secukupnya.
  2. Kemudian masukkan bahan 2 kisar kedalam rebusan ayam / daging dan biarkan masak dalam 15 minit dengan api sederhana.
  3. Masukkan kentang / keledek yang dikisar , garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau dan biarkan masak dalam 15 minit lagi.
  4. Boleh dituang atas mee yang telah diletak bahan2nya tadi.

4 comments:

  1. fulamak sedap niee..
    buatkan akak sepinggan yg kaw kaw punyee..hehe..akak mmg suka mee nie..asal campak jer jadikk..hehe..kalu tak jadi jgn campak..

    ReplyDelete
  2. he..he....kalau tak campak tak dapat la makan mee rebus...boleh kak, akak nak pinggan kecik ke besor...

    ReplyDelete
  3. salam, Mas.. rindu sngguh dengan dunia Mas.

    wow, sempoi2 pon nmpk sngguh mngancamlahhhh...!

    ReplyDelete
  4. salam kak yus
    mas pun rindu kat akak,he..he..ye ke kak..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...