Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Wednesday, July 7, 2010

KUIH LAPIS KACANG HIJAU



Sedap tau Kuih Lapis Kacang Hijau ni, resepi dari Kak Yatie yang rajin memasak tu, terutamanya kuih lapis, macam2 resepi kuih lapis ada kat rumah Kak Yatie, tima kasih ye kak, memang sedap...warnanya saje mas buat merah, hijau...jangan marah ye..


Bahan A
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 s/b tepung beras
  • 2 s/b tepung jagung
  • Sedikit garam
Bahan B
  • 1/2 cawan kacang hijau yg telah direbus kembang
  • 1/2 cawan air
  • pewarna hijau
Bahan C
  • 1/2 cawan air - mas tambah warna merah
Cara-Cara
  1. Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
  3. Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
  4. Sapukan minyak pada loyang bulat atau empat segi berukuran 5 inci.
  5. Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 7 minit.
  6. Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 7 minit lagi.
  7. Ulang proses melapis sehingga adunan habis.
  8. Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.



9 comments:

  1. Salam Mas,
    Mas pun apa kurangnya....rajin masak macam2...cantik dan menariklah kuih lapis ni...akak mmng peminat setia kuih2 mcm ni...nak sepotong....hi3..

    ReplyDelete
  2. salam kak yatie
    itu sebab banyak resepi yang sedap dan menarik,tak rugi rasanya berblog kan kak..dulu mas masak cincai2 je..mas pun dah jadi macam akak juga, dah minat kuih2 macam ni..sedap...,boleh,nanti mas hantar ye..

    ReplyDelete
  3. salam mas,
    aduh, ada kuih lapis kacang ni..
    terliurlah tengok..nak sikit boleh?..
    nak buat buka pose hari ni..huhu

    ReplyDelete
  4. salam ayu,
    boleh..nanti dah maghrib datang ambik tau...sekarang tak boleh..nanti bocor puasa tu..he..he..

    ReplyDelete
  5. akak tgk ajer dah tau sodapp! apatah lagik klu dapat makan! dua potong mas! lebih pong xpe! hihihihi

    ReplyDelete
  6. mas......yuhuuu..dah merayap sini lak kuih ni...bila nak datang seru melapis kuih ni plak

    ReplyDelete
  7. kak hana
    akak ni..mas kasi sepiring ye..buat minum petang...cukup tak..

    izah
    rasa dah sampai seru tu..dah tak sabar kuih ni nak gi rumah izah...buka pintu tau..

    ReplyDelete
  8. ermmm lazatnya... cantik pula tu.. rajin mas yer..
    dalam mimpi pun belum tentu saya buat..

    ReplyDelete
  9. nak rasa kena la buat cikgu...sedap tau, jangan cakap macam tu, sampai seru nanti,ada juga kuih lapis kacang hijau ni kat rumah cikgu..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...